Nuffnang

Friday, February 11, 2011

Membuat Favicon Sendiri

Assalamualaikum...

Ada nampak gambar wombat kat alamat website tu tak? (kecuali IE, apsal lah tak sama macam browser lain?). Itulah favicon. Favicon adalah kependekan kepada website icon atau bahasa Melayunya ikon laman web.Bersaiz 16x16
Ok nak bagitahu, kita boleh buat favicon sendiri daripada gambar-gambar kita ada. Saya mula- mula dulu (bulan lepas) ada masukkan favicon tapi yang dah sedia ada. Ini kalau kita ada gambar kita nak buat ikon (gambar bentuk format jpg, gif ditukarkan kepada .ico
Cari-cari tadi jumpa satu laman. Sebelum tu saya cuba muat naik ke photobucket tapi tak berjaya.
 
  • Sila klik ke laman ini
  • Tak daftar pun takpe untuk buat ikon. Ada banyak stail. Memandangkan saya tak sabar. Saya cuba yang ini saja.Muat naik gambar yang kita nak. Besar mana gambar kita ada tu dia akan tukarkan ke ikon. Contoh macam di bawah. Pilih gambar dengan tekan butang "Browse" (di sebelah kanan). Lepas dah pilih tekan butang "Upload Now"



  • Lepas tu tingkap di bawah ini pula muncul

  • Ok bagi yang ada domain sendiri,boleh ikut langkah PERTAMA iaitu Direct Download manakala yang menggunakan domain percuma macam saya guna blogger guna cara KEDUA. Salin KOD yang diberi. Nanti kita nak tampal di Edit HTML
  • Tampal kod tu selepas ]]></b:skin> sebelum </head>. Tengok "Preview" sebelum "Save". Oh ya nak cari ]]></b:skin>, tu tekan Ctrl+F

Selamat mencuba. Kalau ada kemusykilan boleh tinggalkan komen.
P:S: Tampal kod selepas ]]></b:skin> tu sebab nak elakkan favicon tu hilang.Ada dibincangkan dalam forum blogger. Rujukan boleh dibaca di sini

    Thursday, February 10, 2011

    Ucapan Istirja- Sesungguhnya Kami Kepunyaan Allah...



    Assalamualaikum...

    Semalam saya tutup seketika modem, saya ternampak barang yang saya hilang hampir 2 tahun (mungkin) berhampiran katil di bilik serba guna. Gembira tanpa disangka kerana puas cari terutama di bilik saya. Rupanya kat bilik serbaguna. Tetiba saya teringat ketika saya hilang benda tu, bersungguh-sungguh saya ucapkan ucapan istirja. Masa tu saya berharap dapat jumpa balik.

    انا لله وانا اليه رجعون

    "Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepadaNya"

    Kini, saya disedarkan semula sebab dah jarang ucapkan ucapan ini. Sebenarnya ucapan istirja ni bukan sahaja diucapkan ketika mendengar orang meninggal dunia tapi kita boleh ucapkan ketika dukacita, ditimpa nasib malang, kecelakaan, penderitaan atau kehilangan harta. Hatta tercucuk duri pun kita boleh ucapkan. Ucap berulang-ulang kali untuk musibah yang sama pun tidak mengapa.

    Hadis daripada Umm Salamah radiallahuanhu berkata: Saya mendengar Rasullullah sallallahu alaihi wassalam bersada:

    "Jika seseorang ditimpa musibah (kecelakaan) dan berkata Inna lillahi wa inna ilahi rajiun, lalu berdoa: Ya Allah! Anugerahi aku yang lebih baik daripada kehilanganku dalam kecelakaan yang menimpa aku. Allah akan menggantikannya di dalam kecelakaannya itu atau memberikan dia gantian yang lebih baik daripada yang hilang."

    InsyaAllah, sebenarnya kalau musibah yang kita alami dah lama berlaku atau teringat semula pun kita masih boleh ucapkan doa istirja ni. Doa tu boleh je kita ubah ikut apa yang kita alami. Yeah, jumpa balik barang saya yang saya sayang sangat. Makin bertambah keyakinan saya untuk amalkan selalu (kadang-kadang lupa nak buat dengan kerap)