Ada nampak gambar wombat kat alamat website tu tak? (kecuali IE, apsal lah tak sama macam browser lain?). Itulah favicon. Favicon adalah kependekan kepada website icon atau bahasa Melayunya ikon laman web.Bersaiz 16x16
Ok nak bagitahu, kita boleh buat favicon sendiri daripada gambar-gambar kita ada. Saya mula- mula dulu (bulan lepas) ada masukkan favicon tapi yang dah sedia ada. Ini kalau kita ada gambar kita nak buat ikon (gambar bentuk format jpg, gif ditukarkan kepada .ico
Cari-cari tadi jumpa satu laman. Sebelum tu saya cuba muat naik ke photobucket tapi tak berjaya.
- Sila klik ke laman ini
- Tak daftar pun takpe untuk buat ikon. Ada banyak stail. Memandangkan saya tak sabar. Saya cuba yang ini saja.Muat naik gambar yang kita nak. Besar mana gambar kita ada tu dia akan tukarkan ke ikon. Contoh macam di bawah. Pilih gambar dengan tekan butang "Browse" (di sebelah kanan). Lepas dah pilih tekan butang "Upload Now"
- Lepas tu tingkap di bawah ini pula muncul
- Ok bagi yang ada domain sendiri,boleh ikut langkah PERTAMA iaitu Direct Download manakala yang menggunakan domain percuma macam saya guna blogger guna cara KEDUA. Salin KOD yang diberi. Nanti kita nak tampal di Edit HTML
- Tampal kod tu selepas ]]></b:skin> sebelum </head>. Tengok "Preview" sebelum "Save". Oh ya nak cari ]]></b:skin>, tu tekan Ctrl+F
Selamat mencuba. Kalau ada kemusykilan boleh tinggalkan komen.
P:S: Tampal kod selepas ]]></b:skin> tu sebab nak elakkan favicon tu hilang.Ada dibincangkan dalam forum blogger. Rujukan boleh dibaca di sini