Nuffnang

Thursday, February 24, 2011

Tips Menghilangkan Parut



Assalamualaikum...

Ingat lagi pasal pengalaman pertama masak dan kaki terpacak dengan pisau? Kalau tak tahu boleh ke tajuk 'Masak'. Setelah luka sembuh, ia meninggalkan parut.
Jadi untuk menghilangkan parut luka kerana pisau, seterika dan lain-lain. Saya telah melakukan beberapa cara yang saya buat. Antaranya:

1. kentang dikupas, kentang itu digosok-gosok pada parut
2. kulit pisang, bahagian dalam kulit pisang digosok-gosok pada parut
3. guna pelekat macam untuk parut (tak ingat nama sebab dah takde benda tu)
4. sapukan minyak bio-oil atau rosehip oil pada parut
5. inai pada parut

Memang pada parut ini, saya buat semua cara di atas. Alhamdulillah hilang. Saya tak tahu mana satu yang paling berkesan. Jadi buatlah semua cara tersebut atau ikut keselesaan dan belanjawan yang anda ada. Nak murah boleh guna kentang atau pisang atau inai. Nak mahal guna rosehip oil (memang gila mahal rosehip oil dari Australia ni)

Anda tidak perlu risau tentang parut lagi seperti mana saya. Selamat mencuba.



Wednesday, February 23, 2011

Air Sejuk Jus Buah-Buahan dan Masalah Malas Muat Naik Gambar



Assalamualaikum..

Bertemu kembali di blog ini. Syukur alhamdulillah dipanjangkan umur.

Perasan kan, cuaca tengah hari sangat panas? Bila panas-panas begini, mulalah tekak ni rasa nak minum air sejuk jus buah-buahan.
Jadi minggu lepas bermula membuat jus buah-buahan. Adik perempuan saya yang membeli buah naga secara banyak di pasar malam (pasar di sini setiap Selasa). Mula-mula makan secara segar tapi tak sedap pula sebab tak menyejukkan badan dan tidak manis. Jadi saya buat jus. Senang je nak buat jus. Siapa yang tidak tahu mari saya bagitahu

Bahan-bahan

*Buah-buahan yang ingin dibuat jus
*Air batu (elok air batu bentuk lubang tu) tapi saya pakai air batu kiub
*Gula pasir
*Air masak

Cara membuat
Kisar dalam pengisar

Kalau ada yogurt kosong, lagi bagus boleh tambah. Lagi sedap. Selamat mencuba. Maaf gambar tidak dimuatnaik kerana 
1. malas
2. nak muatnaik kena buat dekat pc lain (pc ni tak kesan pemacu CD)
3. malas 

Haha tengok punya banyak alasan malas. Ingatkan ada kamera digital ni, rajin letak banyak-banyak gambar. Masalah saya ialah rajin ambil gambar tapi malas nak muat naik. Dah ambil banyak-banyak dan rasa seru nak sambung WAYAR antara kamera dan pc, barulah muatnaik. Jadi gambar tu lain kali bila saya dah muatnaik.

Minggu ini, saya buat jus buah mangga pula. Ikut selera adik yang beli buah di pasar malam. Saya tukang buat.

P.S: Mungkin patut beli telefon bimbit kamera yang bagus, mungkin saya lagi rajin muatnaik gambar. Ada cadangan telefon bimbit kamera yang murah dengan kualiti gambar bagus? Kamera digital saya memanglah bagus tapi saya rasa berat kesusahan dalam proses muatnaik gambar. Sila cadangkan,hehe

P.S.S : Telefon bimbit saya mempunyai kamera yang tidak mengancam.

P.S.S.S: Tiada cara mudah ke nak muatnaik gambar daripada kamera digital ke pc?

Tolong bagi penyelesaian.
Tambahan tulisan: Gambar dah ada. Klik di sini. Terkini 26/7/2011 dah ambil daripada kamera digital.


Jus Buah Naga