Nuffnang
Wednesday, March 23, 2011
Tuesday, March 22, 2011
Mari Bereksperimen - Versi Mengarut Chicken Chop Bake Saya
Assalamualaikum...
Selamat pagi. Hujan lebat ketika ini. Tadi tengok siri 'The Amazing Race Unfinished Business'. Persaingan memang sengit maklum semua ada bekas peserta 'The Amazing Race' sebelum ini. Harap-harap Margie dan Luke akan menang untuk siri ini.
Sebelum siri itu bermula, saya buat ala chicken chop. Cara mudah versi saya. Memandangkan untuk saya sahaja makan jadi ambil isi ayam seketul yang dibakar dalam ketuhar bersama kentang (tak buang kulit) yang dipotong kecil-kecil. Takde letak rempah atau penyalut pada ayam itu. Kentang tu saya letak mentega,oregano dan minyak masak je. Panas ketuhar 250 darjah Celcius selama 5 minit sebelum masuk ayam dan kentang yang dibakar kira-kira 20-25 minit (ayam dan kentang dicampur satu bekas loyang,jangan tindan, bakar sampai perang dan keemasan). Buat coleslaw dan kuah untuk isi ayam yang dibakar. Resipi kuah tu sama je macam buat kuah untuk kentang lenyek (ada saya buat tulisan pasal ni). Cuma kali ini saya tukar, selalu pakai air atau stok ayam, saya pakai susu segar untuk kuah. Makan bersama air nescafe panas ketika menonton drama 'The Good Old Days'
Saya dapat tahu Pesta Buku akan diadakan bulan April. Tak tahu turun KL ke tidak kerana April macam sibuk sedikit tolong adik. Harap-harap ada kesempatan nak pergi dan borong buku
Jumpa lagi.
P.S: Nak cuba buat aiskrim esok. Harap-harap jadi.
P.S.S: Selalu kalau saya teringin nak makan makanan Barat, saya akan cuba buat. Inspirasi daripada Michael Smith dari siri Chef At Home. Lepas tu olah resipi ikut selera dan bahan yang ada di rumah.
P.S.S: Ketuhar saya tak berapa panas, kadang kena tengok masak ke tidak, kalau tidak kena tambah masa sampai 5 minit atau kena naikkan suhu. Mula-mula buat 200 darjah Celcius lepas tu saya naik 250 darjah. Senang cerita, masak cara cuba dan silap (try and error)
Labels:
Diri,
Makanan dan saya,
Resipi,
TV Show
Subscribe to:
Comments (Atom)

