Nuffnang

Sunday, April 24, 2011

Penghargaan- Meraikan Pencapaian



Assalamualaikum...
Selamat berehat pada hujung minggu. Ada beberapa tulisan saya sebelum ini tentang kesyukuran, ucapan terima kasih atas segala yang menyenangkan. Tulisan itu sebagai penghargaan apabila dikurniakan nikmat yang tidak disangka atau yang diinginkan.
Atas dasar untuk sentiasa ingat dan mengamalkan ayat al-Quran yang lebih kurang "jika engkau bersyukur Aku akan tambah nikmatKu dan jika engkau kufur azabKu amat pedih." Salah satu cara saya ialah menulis di blog (selain menulis di diari dan ingat ketika susah)
Ikutkan, orang bukan Islam pun ada amalkan maka apatah lagi kita sebagai orang Islam, lagi perlu. Saya pernah ulas buku 'Law of Attraction' oleh Michael J.Lousier, dia menekankan bila kita dapat apa yang kita inginkan walaupun perkara itu kecil hendaklah kita meraikan perkara tersebut. Maksud saya meraikan ialah menyebut dan mengingat tentang perkara yang kita BERJAYA capai (atau perkara yang hampir kepada pencapaian tersebut) pada orang lain, tulis pada jurnal. Boleh aje buat doa kesyukuran, sujud syukur, puasa, nazar,sedekah untuk setiap pencapaian kita. Kata Lousier, perkara kecil ini kita raikan maka ia akan menjadi LEBIH BESAR pencapaiannya. InsyaAllah. Jadi pernyataan Lousier adalah mengikut firman Allah yang saya tulis di atas. Tak percaya, sila buat bagi yang belum pernah buat. Eh tapi dengan syarat jangan tinggal yang UTAMA atau kewajipan atau fardu.
Jangan salah faham kalau saya menulis tentang PENCAPAIAN yang saya dapat bukanlah ingin membanggakan tapi ingin merasa gembira dengan meraikan PENCAPAIAN tersebut. Saya minta maaf kalau ada salah silap penerangan saya sebelum ini. Hidup memang satu didikan untuk kita dan apa-apa ujian yang kita hadapi merupakan petanda sama ada Allah inginkan naikkan darjat kita atau menghapuskan dosa. Tentunya kita ingin BERSIH sebelum kita pergi ke alam SANA. Terima kasih semua kerana membaca blog saya.
Jumpa lagi. InsyaAllah 

P.S: Tiada aral, ada kenduri kesyukuran Khamis depan. InsyaAllah. Dari semasa ke semasa, saya akan tulis tentang meraikan PENCAPAIAN.





Saturday, April 23, 2011

Tak Payahlah Sakit Hati




Assalamualaikum...

Perlu ke kita cemburu pada orang lain? Tidak perlu kita cemburu pada nikmat yang dimiliki oleh orang lain tetapi kita PATUT cemburu pada orang lain yang dapat melakukan kebaikan, ketaatan dengan nikmat yang mereka ada LEBIH daripada kita.
Jadi tak payahlah sakit hati dengan kesenangan orang lain. Belajarlah bersyukur dengan apa yang kita miliki.