Nuffnang
Saturday, May 14, 2011
Pemulihan
Apapun syukurlah, harap-harap pada masa akan datang pun tidak ada masalah besar yang pasukan google tidak boleh selesaikan. Tahniah sekali lagi kepada pasukan google kerana dapat menyelesaikan masalah sistem yang bagi saya sangat canggih dan susah.
Labels:
Diri,
Dunia Siber,
Luahan,
Peralatan/Gadget,
Peristiwa/Event
Cepat Pulih Blogger
Tulisan ini ditulis ketika blogger tidak boleh dibuka dan ditulis pada blog saya yang lagi satu. Harap maklum.
Assalamualaikum...
Masih lagi tak boleh tulis di blogger. Menunggu-nunggu bila boleh buka papan pemuka blogger. Memang lama servis dan mereka tengah simpan semula data. Pada ruang forum memang ramai yang dah marah-marah (terutama warga US) sebab tempoh servis yang lama menyebabkan mereka tidak dapat menulis dan menjejaskan trafik mereka serta ada antara mereka yang iklankan di Google Adsense. Saya pun bersemangat nak tulis di sana tapi nasib baik ada blog FS ni. Saya pun menyibuk gak kat forum tapi itu semalam masa ada dapat kesilapan bX yang sekejap. Trafik saya terjejas? Tak pasti, lagipun saya pun baru je berjinak dalam penulisan blog di blogger iaitu baru 7 bulan. Jadi ia adalah pengalaman pertama tidak dapat membuka papan pemuka blogger. Kali akhir buka mesej ini yang ada
"To get Blogger back to normal, all posts since 7:37am PDT on Weds, 5/11 have been temporarily removed. We expect everything to be back to normal soon. Sorry for the delay."
-Posted by at 4:25 PDT (Pasific Day Time)
Untuk makluman waktu saya tulis ni dalam pukul 8:30 malam hari Jumaat maka waktu sana ialah 5:30 pagi Jumaat. Jadi kalau 7:37 pagi PDT hari Rabu bersamaan 10:30 malam waktu Malaysia hari Rabu. Hehe berbelit dan pening. Saya ni memang lemah sedikit hal tukar-tukar waktu dunia.
Hoho dahla saya aktif tulis blog semula pada tarikh sama. Kalau tulisan saya hilang bermula 11/5 (atau mungkin bermula 12/5 di Malaysia) maka saya boleh salin balik tulisan di FS pada blogger semula.
Bilalah nak kembali normal. Rasanya kritikal juga sebab ikut komen orang kat forum ambil masa nak pulih data kat blog. Bayangkan berpuluh-puluh blog dengan berapa banyak tulisan untuk satu blog. Kalau saya yang baru hampir 7 bulan pun dah mencecah 120 lebih pos apakan lagi yang dah otai. Gila betul sistem dorang mereng.
Semoga cepat pulih blogger dengan keadaan blog seperti dahulu tiada yang terkurang perkakas/perabot.
P.S: Blogger dah pulih semula. Alhamdulillah. Tulisan ini dah diposkan.
Labels:
Diri,
Dunia Siber,
Luahan,
Peralatan/Gadget,
Peristiwa/Event
Subscribe to:
Posts (Atom)