Nuffnang

Wednesday, May 18, 2011

Hujan Lebat Waktu Malam Ketika Menjamu Selera



Assalamualaikum...


Selamat pagi. Hujan baru je berhenti. Setelah saya mengomen Melaka tiada hujan lebat pada waktu siang tadi seperti mak saya bagitahu keadaan lebuhraya berhampiran Nilai hujan lebat maka tiba-tiba hujan lebat pada waktu malam di Melaka. Ketika itu kami menjamu selera bagi bagi membelanja H dan isteri di Muara Sungai Duyung. Nasib baik dah nak habis makan sebab hujan yang lebat menyebabkan tempat duduk kami makan terkena tempias yang mula-mula sedikit tapi lama-lama air makin banyak bertakung dah nak becak lantai. Dah lama rasanya Melaka tidak mengalami hujan lebat beserta petir. H terpaksa mengambil kereta dan jemput kami masuk dalam kedai yang terbuka. Masa kami nak keluar, kedai tu 'black-out' .Haha nasib baik, kalau tak bergelap kitaorang duduk dalam tu. H siap pasang lampu tinggi suluh kedai tu sebelum kedai tu ada elektrik semula.


Air di Sungai Duyung dah separas jalan. Agaknya kalau kami lambat keluar mungkin air akan melebihi paras jalan dan banjir. Sepanjang jalan pulang memang tak nampak jelas, kereta-kereta lain memandu dengan memasang lampu kecemasan.


Lupa menu kita orang makan: nasi lemak, sotong sambal, udang goreng tepung, sepapan masak halia, kailan ikan masin, separuh ikan buat masam manis dan separuh ikan buat kukus.


Ok itu aje, esok malam hantar H dan isteri. Ketika ini H sedang sibuk mengemas beg.


Jumpa lagi.

 


Tuesday, May 17, 2011

Perasaan Bercampur-Baur



Assalamualaikum...




Selamat tengah hari dan selamat makan. Waktu ini saya tinggal sorang di rumah tidak ikut abah dan emak yang ke Sungai Penchala kerana ada mesyuarat adik-beradik belah abah. Rasa menyesal gak tak pergi tapi rasanya sebab asal tidak mahu ikut kerana itu hanya mesyuarat bukan kenduri. Apapun setiap keluarga akan membawa makanan macam pot luck untuk makan beramai-ramai. Mak saya buat rendang ayam Negeri Sembilan.



Esok pula, H dan isteri akan terbang ke Christchurch untuk memulakan kerja di sana. Nampaknya rezeki H adalah di negara dia belajar. H akan memulakan kerja pada 25 Mei tak silap saya. Esok saya akan turut serta untuk ucap selamat merantau. Entah bila dia akan pulang. Tidak akan selalu balik seperti yang dilakukan balik sebulan sekali sebelum dia kerja di Hospital Muar.



Perpisahan memang tidak akan dapat dielakkan sama ada perpisahan sementara atau perpisahan abadi. Kita akan sentiasa menghadapi keadaan ini sama ada kita suka atau tidak.



Oklah itu aje, ringkas tulisan kali ini. Entahlah perasaan saya bercampur-baur, berubah-ubah tak tau mengapa. Jumpa lagi.