Nuffnang

Monday, August 15, 2011

Resipi: Spaghetti Bolognese (Versi Pedas)


Assalamualaikum...

Terima kasih yang tinggalkan komen sebelum ini. Hehe semua bijak bistari dapat mengagak spaghetti. Spesifiknya spaghetti bolognese (entah betul entah tidak). Kiranya semua pernah buat kan dan masing-masing ada versi cara memasak.

Takpelah saya kongsi cara buat mana tahu ada yang belum pernah buat. Ni buat untuk 3 orang makan. Jadi pandai-pandai anda semua ubah/tambah/tolak bahan yang nak dipakai. Ini versi pedas atau citarasa rakyat Malaysia. Kiranya spaghetti bolognese versi pedas.

Bahan-bahan

1/2 paket spaghetti
Bahan-bahan untuk membuat sos

2 sudu besar minyak zaitun/minyak masak
Seulas bawang putih
Setengah biji cili merah
1 sudu besar cili boh
1 biji bawah besar, potong 2 dan hiris halus
Tomato puri dalam tin/Sos jenama Prego
1/2 paket daging kisar (seperti dalam gambar guna separuh)
5 biji cendawan butang- hiris
Garam- secukup rasa
Gula- secukup rasa
1 sudu besar cuka putih (pilihan)
1 sudu kecil lada hitam
1/4 batang lobak merah (boleh guna sayur lain atau tiadakan)- hiris berbentuk panjang
Sedikit kobis bunga (boleh guna sayur lain atau tiadakan)


Cara membuat

1. Rebus spaghetti sehingga 'al-dante'
2. Rebus lobak dan kobis bunga sehingga lembut

Untuk kuah

3. Panaskan minyak dalam kuali
4. Masukkan bawang putih bersama cili merah yang ditumbuk, daging kisar dan bawang besar. Kacau sehingga sebati dan daging berubah warna ke kelabu. Masukkan cili boh. Kacau lagi sehingga garing. Api sederhana.
5. Masukkan sos tomato/ sos Prego. Kacau dan kemudian masukkan 1 cawan air. 
6. Masukkan lobak dan kobis bunga yang telah direbus bersama cendawan butang yang dihiris. Biarkan ia mendidih seketika.
7. Masukkan bahan perasa seperti cuka, garam, gula dan lada hitam. Kacau 1-2 minit dan tutup api.

Mesti ada buat lain cara kan? Mungkin lagi sedap dan ikut citarasa anda. Hehe. 


P.S: Tak sabar nak dapat kad raya daripada para blogger. Pertama kali dapat daripada mereka ni. Terima kasih kerana bermurah hati nak beri.
P.S.S: Ambil banyak gak gambar tapi pilih 2 gambar untuk diletakkan di bawah.

Spaghetti Bolognese (Versi Pedas)



Spaghetti Bolognese








Hidangan Berbuka Puasa Pada Ramadan Ke- 15

Assalamualaikum...

Ketika saya menaip ini, lebih kurang 45 minit nak berbuka. Alhamdulillah, baru selesai masak. Jadi ada masa senggang.

Hehe sahaja nak tanya pembaca blog, berdasarkan gambar di bawah, apakah menu berbuka saya pada hari ini?

Sebahagian Bahan Untuk Menu Hari Ini. Teka Jangan Tak Teka

Ok rasa semua tahu kut apabila tengok sebahagian bahan-bahan yang ditunjukkan. Nanti tiada aral saya akan tunjukkan makanan tersebut yang telah siap dihidangkan dan resipi sekali.

Jumpa lagi. Selamat semua. Selamat berbuka pada kaum Muslimin dan Muslimat.