Nuffnang

Monday, August 22, 2011

Segmen Hira : Aku Reti Memasak Kau Reti?

Assalamualaikum...

Tertengok segmen si Hira yang rajin masuk segmen ni. Menarik pula. Sebagai seorang wanita, mestilah kena pandai masak. Hehe. Rasanya semua reti masak walaupun masak air kan? Saya pula memang suka tengok siri-siri RANCANGAN MASAKAN macam Top Chef, Masterchef, Jamie Oliver 30 Minutes, Chef At Home dan banyak lagi. Malah ada gunakan petua mereka ni dalam masakan saya.

Kalau tengok blog saya ni memang ada cerita masakan saya buat dan tepek gambar. Ok kira banyak masakan saya tahu buat tapi saya cenderung masak masakan/makanan Barat.

Antara masakan yang saya suka buat

1) Kek keju/pai epal
2) Spaghetti/ Lasagna
3) Ayam panggang
4) Kentang putar bersama kuah
5) Tomyam
6) Ikan kukus halia

Ikut banyaklah kan. Kata reti memasak mesti kena tahu semua tapi yang saya senaraikan tu yang saya selalu/suka buat sendiri.

P.S: Nanti saya 'blogwalking' blog-blog yang selalu saya lawat malam ini. Ni jenguk sekejap jer sebab nak buat segmen si Hira yang dah bermula semalam.



Sunday, August 21, 2011

Mari Kita Kejar...



Assalamualaikum...

Tiada siapa suka kerugian. Semua yang dibuat pasti inginkan keuntungan, kebaikan ataupun kejayaan. Ada sesiapa buat sesuatu tu saja, suka-suka tanpa apa-apa? Sedangkan amal ibadah khusus pun kita harapkan keredaan Allah dan memperoleh ganjaran pahala. Tidak mahu natijah buat sesuatu itu hasilnya kosong=null.

Jadi kita perlu bijak untuk mengejar keuntungan mana yang lebih utama. Alhamdulillah kita telah pun berada pada 10 terakhir Ramadan. Bermakna ganjaran berlipat kali ganda sedang menunggu kita iaitu malam Lailatul Qadar.  Bertuah sesiapa yang mendapat bonus pahala yang melebihi 1000 bulan. Maka marilah kita mengejar dan mengharapkan malam Lailatul Qadar digenggaman kita. Tinggalkan perkara-perkara lain yang boleh dibuat pada waktu lain.

Mari kita berusaha dan berdoa dengan giat dan bersungguh-sungguh moga kita dapat malam tersebut. 

P.S: Memang satu godaan apabila kita melupakan malam Lailatul Qadar kerana sibuk menyiapkan persiapan raya. Sayapun tak terkecuali. Moga tahun ini puasa dan amal kita lebih baik serta kita dapat mengejar 'bonus' yang disediakan oleh Allah untuk kita.