Nuffnang

Sunday, August 21, 2011

Mari Kita Kejar...



Assalamualaikum...

Tiada siapa suka kerugian. Semua yang dibuat pasti inginkan keuntungan, kebaikan ataupun kejayaan. Ada sesiapa buat sesuatu tu saja, suka-suka tanpa apa-apa? Sedangkan amal ibadah khusus pun kita harapkan keredaan Allah dan memperoleh ganjaran pahala. Tidak mahu natijah buat sesuatu itu hasilnya kosong=null.

Jadi kita perlu bijak untuk mengejar keuntungan mana yang lebih utama. Alhamdulillah kita telah pun berada pada 10 terakhir Ramadan. Bermakna ganjaran berlipat kali ganda sedang menunggu kita iaitu malam Lailatul Qadar.  Bertuah sesiapa yang mendapat bonus pahala yang melebihi 1000 bulan. Maka marilah kita mengejar dan mengharapkan malam Lailatul Qadar digenggaman kita. Tinggalkan perkara-perkara lain yang boleh dibuat pada waktu lain.

Mari kita berusaha dan berdoa dengan giat dan bersungguh-sungguh moga kita dapat malam tersebut. 

P.S: Memang satu godaan apabila kita melupakan malam Lailatul Qadar kerana sibuk menyiapkan persiapan raya. Sayapun tak terkecuali. Moga tahun ini puasa dan amal kita lebih baik serta kita dapat mengejar 'bonus' yang disediakan oleh Allah untuk kita.


10 comments:

aimie amalina said...

weeee
jom kan kak!
jom kejo pahala yg besaaaar sgt nih
seribu rahmat buat kita kan kak
insyaAllah =]

SoLy SoLicious said...

10 malam terakhir ni la, org sebuk nak buat persiapan raya sedangkan Allah memberikan ganjaran berlipat kali ganda bila 10 malam terakhir ni

fatynadia said...

Selamat menjalani ibadah puasa untuk 10 hari terakhir kak. dah lama dah tak raya

GaRy™ said...

harap2 gary masih sempat beribadah ketika lailatul qadar~.. hhmm... rugi kalau terlepas~..

Ummi_Rosalicious said...

salam...ada kawan cakap mungkin malam lailatulqadar malam 21...sebab puasa mula hari isnin...tapi apa pun hanya Allah yang tahu :)

yusuf Laili said...

Salam;
Selalunya apa2 saja benda yg aku kejar sering tak dapat2...tak tahulah kali ni.

abghani said...

kejar jgn tk kejar...takut ini kejaran yg terakhir.

psssst....tulisan tu gelap sangat suasah nk baca.

maszull said...

salam wina...alhamdullilah semoga kita mendapat bonus yg banyak pada bulan puasa ini dr bonus hari rayakn...

wina di sini mama nak mengucapkan selamat hari raya buat wina dan keluarga yer...

selamat hari raya maaf zahir batin dr mama...:)

schaze zainn said...

bertuahnya siapa yg dapat pahala sampai 1000 bulan .untung betul mcm tu.

NA said...

@Mimito: Haah nak kejar.

@Soly: Memang ada konflik nak buat persiapan raya dan Ramadan. Tapi persiapan raya tu buat awal atau pada hari siang ke :)

@Fatynadia: Terima kasih.

@Gary: Kita berusaha, Allah yang tentukan :)

@Ummi: Haah Kak Wina pun ada dengar gak.

@Yusuf: Usaha dan jangan lupa doa kepada Allah yang Memberi.

@Abgghani: Dah ubah. Terima kasih bagitahu :)

@Mama Maszull: Samalah mama, maaf atas salah silap kata semasa kita berkenalan.

@Schaze: Memang untung sanggaatttt.