Nuffnang

Tuesday, September 13, 2011

Susun Atur Komputer Peribadi



Assalamualaikum...


Ini sambungan tulisan semalam. Aha setelah puas memikirkan susun atur letak komputer sendiri di meja belajar saya dahulu yang berdekatan katil. Maka akhirnya kembali semula ke susunan asal iaitu cpu tu diletakkan melintang dengan skrin rata diletakkan di atas cpu tu. Waktu pakai memang tetikus tu diseret atas bantal dan papan kekunci saya letak atas riba. Senang nak layari dan taip. Amacam? Ok seperti digambar.

Memula Susun, Skrin Rata Letak Belakang CPU

Pandangan Dekat CPU Yang Selalu Glamour Kat Blog Saya

Susun Atur Waktu Komputer Tak Digunakan



P.S: Haha saya mungkin salah mengipas pada ruang kipas. Kita tengok nanti.


P.S.S: Mesti korang muntah asyik pasal komputer sendiri je saya cerita.


P.S.S: Masih tak puas hati sebenarnya susun atur camni tapi rasa ini yang terbaik.




Monday, September 12, 2011

Luahan Mengenai PC Sendiri Dan Gambar Yang Diambil Semalam



Assalamualaikum...


Sibuk la tadi menyusun susun atur pc sendiri kan sebelum muatnaik gambar. Ingatkan takde terpadam sendiri. Sekali ada pula. Terfikir gak adakah kerana cpu tu  pada posisi 'tidur' maka tak dapat kipas angin yang saya halakan terus dengan kuasa 3. Pakcik saya cakap dia pakai ok jer untuk sehari suntuk. Tu yang saya musykil sebab pc ni sepatutnya  ketahanan untuk menyala lagi lama daripada laptop. Lagi pula sebelum ni saya pakai pc ni boleh hidup lama tanpa letakkan kipas secara terus ke cpu. Oklah abaikan masalah tersebut. Lagipun dapat muatnaik gambar yang saya nak walaupun bukan semua dapat muatnaik.


Nak kongsi 3 keping gambar yang diambil semalam. Tak banyak ambil. Selamat menjamu mata.

Sebelum Pergi Seterika Baju Yang Hendak Dipakai

Emak + Adiva + Amin

Cuba Teka Y Ambil Apa Kat Tangan Emak?


P.S: Ke pc saya ni dengan orang lain dia tak buat hal. Haha maklum pakcik saya juruteknik komputer. Eh ada sesiapa yang tahu macam mana nak kembalikan cpu tu boleh beroperasi lebih 24 jam?