Assalamualaikum....
Bertemu kembali di ruangan ini. Alhamdulillah dipanjangkan usia ini. Eh tak sangka kan kita ni dah di pertengahan bulan 9. Rasa macam semalam jer tahun baru 2011. Apabila saya merenung kembali apa yang saya tempuh pada sepajang hari-hari 2011, saya dapati liku-liku hidup saya lebih kepada kegembiraan. Nampaknya tahun ini (buat masa ini ketika saya menulis) kesihatan saya pun agak baik, selesema kena sekejap berbanding tahun lepas saya kena demam, batuk dan keracunan makanan.
Tahun ni pun jiwa saya takde dipatahkan oleh mana-mana lelaki pun. Jadi takdelah saya menonggeng, menangis bagai rak ke. Takde, alhamdulillah. Kalau ada pun menangis, menangis hal yang positif ada lah. Itu takpe.
Sebaliknya ada gak satu unsur dalam kehidupan saya masih tak sempurna. Masih belum terjumpa formula yang sesuai untuk digunapakai dalam hal tersebut. Saya masih lagi membuat pencarian jiwa (soul-searching) tentang hal tersebut. Tetap akan terfikir dan tertanya-tanya apabila mata ini hendak dilelapkan dan kadang-kadang akan mengganggu dalam bentuk mimpi. Apapun saya percaya kepada kesabaran dan ketahanan untuk menghadapi walaupun seksa jiwa raga. Penyelesaian akan tiba juga nanti.
Seseorang beritahu tahun depan tahun gemilang untuk saya. Ya ke? Tengok dan lihat sahaja.
Ok itu sahaja saya nak curahkan dalam tulisan ini. Jumpa lagi.
P.S: Korang perasan tak banyak tulisan saya yang tulisan riang-ria.