Assalamualaikum...
Saya baru jer pulang daripada jamuan hari raya di sekolah emak. Macam biasa makanan adalah seperti nasi impit, sate, rendang dan lain-lain. Oklah bukan ini nak cerita sebenarnya.
Semalam emak menugaskan saya untuk kupas bawang putih sebanyak 5 labu bukan 5 biji. Saya yang kuat menangguh kerja. Memula nak buat pukul 10 pagi. Rasa macam awal pula kan kupas awal-awal takut lebam. Ha sekali gelabah tertidur bangun pukul 4 lebih. Turun ke dapur tengok abah dah kupas. Saya dah takut emak murka. Terus minta maaf. Gelabah cepat-cepat kupas bawang putih tu sambil khayal mengenang nasib kerana lalai melaksanakan suruhan emak.
Antara melayan lamunan dan sambil-sambil dengar berita CNN di tv (redha jerla dengar walau dalam hati ada paya). Tiba-tiba mak saya tanya.
"Angry birds tu apa?"
Saya terpana. Wah bila pula emak saya ambil perhatian tentang teknologi ni. Teringat saya pernah tanya soalan yang sama pada Y. 2 kali lak tu saya tanya sebab pertama kali lupa. Jawapan sama diucapkan oleh Y kini saya lontarkan pada emak.
"Angry birds ni main lastik burung." Eh tepat ke jawapan aku? Saya menyambung balik. "Na pun tak berapa tahu tapi sekarang ni orang tengah kecoh tentang permainan ni. Mana mak dapat tahu perkataan ni?"
Mak menjawab," ada pensyarah di bla-bla cerita kita kena tahu hal perkembangan terkini."
Dalam hati, aku pun tak tahu sangat tak pernah main pun. Dah komputer aku jenis semput jadi tak dapatlah nak
Tapi memanglah bukan semua orang mengikuti teknologi terkini kan, ada cepat, sederhana,lambat dan langsung tidak tahu? Saya pun kira lambat juga nak meneroka hal teknologi ni. Berbanding dengan adik saya si Y, M dan H yang memang tahu awal-awal tentang teknologi dan perisian terkini. Malah ketika M bawa iPad 2 ke rumah, sekejap jer saya godek sebab tak reti nak pakai dan tak berkesungguhan meneroka. Macam bosan lak nak cuba. Camne tu kata nak iPad? Macam saya kata saya ni lambat. Satu hari satu fungsi saya teroka kut kalau ada iPad. Yer M mungkin beli iPhone 5 kut *jeling ke hemisfera utara*, silalah derma iPhone lama untuk saya teroka.
Korang lak camne? Cepat tak tahu tentang teknologi dan berkaitan IT ni?
P.S: Masa di jamuan hari raya tengah bosan-bosan dapatlah saya letak gambar dinding si Adiva posing di tepi tingkap tu di telefon bimbit. Mak yang tanya camne nak buat. Mak memang tak tahu apa-apa. Sayalah yang kena godek telefon bimbit mak untuk buatkan. Hehe. Agaknya hal teknologi ni hal orang muda-muda agaknya.
P.S.S: Masih belum main lagi permainan Angry Birds.
Pertama Kali Tahu Pasal Angry Birds Daripada Gambar Di Laman Google Chrome |