Nuffnang

Saturday, September 24, 2011

Angry Birds...Secepat Mana Anda



Assalamualaikum...


Saya baru jer pulang daripada jamuan hari raya di sekolah emak. Macam biasa makanan adalah seperti nasi impit, sate, rendang dan lain-lain. Oklah bukan ini nak cerita sebenarnya.


Semalam emak menugaskan saya untuk kupas bawang putih sebanyak 5 labu bukan 5 biji. Saya yang kuat menangguh kerja. Memula nak buat pukul 10 pagi. Rasa macam awal pula kan kupas awal-awal takut lebam. Ha sekali gelabah tertidur bangun pukul 4 lebih. Turun ke dapur tengok abah dah kupas. Saya dah takut emak murka. Terus minta maaf. Gelabah cepat-cepat kupas bawang putih tu sambil khayal mengenang nasib kerana lalai melaksanakan suruhan emak.

Antara melayan lamunan dan sambil-sambil dengar berita CNN di tv (redha jerla dengar walau dalam hati ada paya). Tiba-tiba mak saya tanya.

"Angry birds tu apa?" 

Saya terpana. Wah bila pula emak saya ambil perhatian tentang teknologi ni. Teringat saya pernah tanya soalan yang sama pada Y. 2 kali lak tu saya tanya sebab pertama kali lupa. Jawapan sama diucapkan oleh Y kini saya lontarkan pada emak.


"Angry birds ni main lastik burung." Eh tepat ke jawapan aku? Saya menyambung balik. "Na pun tak berapa tahu tapi sekarang ni orang tengah kecoh tentang permainan ni. Mana mak dapat tahu perkataan ni?"

Mak menjawab," ada pensyarah di bla-bla cerita kita kena tahu hal perkembangan terkini."

Dalam hati, aku pun tak tahu sangat tak pernah main pun. Dah komputer aku jenis semput jadi tak dapatlah nak muatnaik muat turun untuk dicuba.


Tapi memanglah bukan semua orang mengikuti teknologi terkini kan, ada cepat, sederhana,lambat dan langsung tidak tahu? Saya pun kira lambat juga nak meneroka hal teknologi ni. Berbanding dengan adik saya si Y, M dan H yang memang tahu awal-awal tentang teknologi dan perisian terkini. Malah ketika M bawa iPad 2 ke rumah, sekejap jer saya godek sebab tak reti nak pakai dan tak berkesungguhan meneroka. Macam bosan lak nak cuba. Camne tu kata nak iPad? Macam saya kata saya ni lambat. Satu hari satu fungsi saya teroka kut kalau ada iPad. Yer M mungkin beli iPhone 5 kut *jeling ke hemisfera utara*, silalah derma iPhone lama untuk saya teroka.


Korang lak camne? Cepat tak tahu tentang teknologi dan berkaitan IT ni?


P.S: Masa di jamuan hari raya tengah bosan-bosan dapatlah saya letak gambar dinding si Adiva posing di tepi tingkap tu di telefon bimbit. Mak yang tanya camne nak buat. Mak memang tak tahu apa-apa. Sayalah yang kena godek telefon bimbit mak untuk buatkan. Hehe. Agaknya hal teknologi ni hal orang muda-muda agaknya. 

P.S.S: Masih belum main lagi permainan Angry Birds.


Pertama Kali Tahu Pasal Angry Birds Daripada Gambar Di  Laman Google Chrome

17 comments:

fatynadia said...

Saya pun lambat kak bab2 macam ni... Saya kurang gemar nak mengikut perkembangan ni. kalau Bab2 IT yang lain masih bleh ikut tapi kalau bab2 game ni tak minat sgt

pernah cuba main angry bird. macam tak best pun


apa la yg budak muda ni gemar sgt men game tu pun xtau la

NA said...

@Fatyn: Tak best ke? Hehe sekurang-kurangnya Fatyn pernah main.

Jasman said...

xsuka sgt main game komputer ni...selalu main game ps3 je...hehe

NA said...

@Jasman: Ok terima kasih beritahu kecenderungan tentang teknologi.

Ezad Skytech said...

hee..dulu sy mmg addicted dgn game angry birds ni...sekarang da kurang la kak.. :D

abghani said...

tekno sekadar ambil tahu .Klau fesyen byk ambil tahu

Saiazuan said...

jgn main angry bird.. nanti hidup tak keruan.. huhu

C` Ayob-Ilmu Asas Hidup said...

hebat gila ini..permainan..aku dah abis game ini..haha..best tau...rugi tak main....


upsss tiba-tiba commnet ini, lupa nak kenalkan diri.....salam kenalan dari cayob!...c`ayob follow sini 

Alang-alang saya datang ini, Kalau sudi kunjung2 sya di blog yang tak seberapa ini.........tak follow pun tak ape...janji awk datang, Inys Allah.

http://cayob.blogspot.com/

NA said...

@Ezad@Abghani@Saiazuan@Ayob: Terima kasih beritahu anda mengikuti perkembangan teknologi :)

Niena Pengembara Ilahi said...

hehehe haritu demam angry bird..skang ni dh pulih tp xsepenuhnya ^^

NA said...

@Niena: Hoh sampai demam.

GaRy™ said...

saya dah main!! hehehe... seronok gak la~.. huhu~...

NA said...

@Gary: Nantilah Kak Wina cuba. Mungkin ketinggalan zaman waktu nak cuba. Haha.

zareliqa afiqa said...

Tak pernah cuba main game angry bird ni.Mcm tak berminat pulak.Sebab Iqa cepat bosan.eheee,tgk jela adq main. :D

NA said...

@Iqa: Kak Wina pun rasa nak tengok camne permainan ni dimainkan.

schaze zainn said...

hehe schaze tak minat main game2 ni.
selalu main sampai level 2 3 je, pehtu dah bosan..ekkeke xP

NA said...

@Schaze: Banyak level rupanya. Daripada komen-komen baru tahu sikit-sikit pasal Angry Birds.