Nuffnang

Saturday, March 2, 2013

Jurnal Baru Dan Makanan Kenduri Kahwin


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Semalam petang-petang buta iaitu pukul 3 lebih, saya meredah panas matahari menuju ke kedai runcit beli buku log untuk buat jurnal. Hampir 3 minggu jurnal lama dah habis. Tekad berjalan kaki demi untuk meluahkan perasaan pada kertas-kertas. Hehe. Tak peduli kulit terbakar, peluh yang turun macam air terjun. Biar kalori terbakar banyak sedikit. 

Sambil jalan menahan panas tu teringat saya waktu budak-budak dalam darjah 5. Memang saya suka berbasikal keliling kampung dan kawasan perumahan. Balik sekolah, makan dan kemudian cabut bawa basikal. Bayangkan awal petang saya dah merayap. Tapi saya banyak pergi kawasan banyak pokok, kadang-kadang ada masuk sedikit hutan. Memang seronok rasa dalam pengembaran, tengok rumah orang, tengok pokok, tengok sungai.

Balik bila penat dan lapar. Rasanya masa tu takde merungut panas macam sekarang panas sedikit je dah macam cacing kepanasan cari kipas kasi sejuk badan.

Hoho ok cerita lain pula. Tadi pergi 2 kenduri kahwin. Satu saji nasi ayam dan sate dan satu lagi rumah macam biasa nasi minyak dengan lauk-lauk. Rasa pelik pertama kali pergi rumah kahwin orang saji nasi ayam dan sate. Macam rumah terbuka rasa.

Esok ada 2 lagi kenduri kahwin. Menu apakah agaknya. Apapun saya makan berpada-pada supaya tak membazir makanan.

Jumpa lagi. 

P.S: Puas dapat tulis apa yang terbuku di hati semalam dengan jurnal warna hijau yang baru.

Tuesday, February 26, 2013

Tunggu Sambil Menulis


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Isk-isk seminggu lebih tak kemaskini ada je yang lain pada pengedit teks ni. Malas betul nak jenguk blog sebab iklan hantu. Komen-komen diterima saya tak balas. Maaf ok. Cuma dilepaskan. Takmo tengok iklan hantu yang masih ada. Kalau korang tahu iklan hantu tu terletak di kiri yang mungkin korang tak nampak sebab iklan tu macam biskut kejap ada kejap takde. Sesiapa ada penyelesaian untuk buang, boleh tinggalkan komen.

Tulis ni sebab tunggu 'buffered data' siri tv. Mata terasa mengantuk jadi alang-alang baiklah tulis. Oklah selamat beradu semua.