Nuffnang

Thursday, March 7, 2013

Menyendiri Dan Terlebih Fikir


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat pagi Khamis yang indah. 
Kadang-kadang saya tak faham dengan keadaan saya yang tak berapa minat nak 'bergaul' dengan orang. Lebih suka menyendiri. Kalau dengan orang ramai, saya rasa macam beban dan penat jiwa nak berada dalam kelompok tersebut. Saya lebih suka melayan perasaan atau kata orang khayal dalam fikiran. Bolehlah nak berada dalam kelompok tapi lebih suka duduk di tepi mendengar cerita. Sambil dengar sambil mencerna cerita sambil kaitkan apa-apa yang terlintas di fikiran. Menyampuk kalau ada perkara nak luahkan. Kalau tak berdiam diri sahaja.

Saya rasa jenis banyak fikir di mana mungkin bagus mungkin tak. Tengok apa yang saya fikirkanlah. Kadang-kadang banyak fikir buat saya sakit kepala. Tak baguslah kut banyak fikir ni kan. Hehe. Kalau baca buku pun boleh hanyut dalam fikiran atau cerita. KUAT berkhayal saya ni. Imiginasi kuat. Saya kadang-kadang fikirkan apalah berlaku, itu ini. Korang ada sifat begini tak, tak berapa suka bergaul dan terlebih fikir?

Oklah itu sahaja nak kongsi. Tiba-tiba rasa nak luahkan apa terfikir dalam otak ini. Jumpa lagi...

Saturday, March 2, 2013

Jurnal Baru Dan Makanan Kenduri Kahwin


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Semalam petang-petang buta iaitu pukul 3 lebih, saya meredah panas matahari menuju ke kedai runcit beli buku log untuk buat jurnal. Hampir 3 minggu jurnal lama dah habis. Tekad berjalan kaki demi untuk meluahkan perasaan pada kertas-kertas. Hehe. Tak peduli kulit terbakar, peluh yang turun macam air terjun. Biar kalori terbakar banyak sedikit. 

Sambil jalan menahan panas tu teringat saya waktu budak-budak dalam darjah 5. Memang saya suka berbasikal keliling kampung dan kawasan perumahan. Balik sekolah, makan dan kemudian cabut bawa basikal. Bayangkan awal petang saya dah merayap. Tapi saya banyak pergi kawasan banyak pokok, kadang-kadang ada masuk sedikit hutan. Memang seronok rasa dalam pengembaran, tengok rumah orang, tengok pokok, tengok sungai.

Balik bila penat dan lapar. Rasanya masa tu takde merungut panas macam sekarang panas sedikit je dah macam cacing kepanasan cari kipas kasi sejuk badan.

Hoho ok cerita lain pula. Tadi pergi 2 kenduri kahwin. Satu saji nasi ayam dan sate dan satu lagi rumah macam biasa nasi minyak dengan lauk-lauk. Rasa pelik pertama kali pergi rumah kahwin orang saji nasi ayam dan sate. Macam rumah terbuka rasa.

Esok ada 2 lagi kenduri kahwin. Menu apakah agaknya. Apapun saya makan berpada-pada supaya tak membazir makanan.

Jumpa lagi. 

P.S: Puas dapat tulis apa yang terbuku di hati semalam dengan jurnal warna hijau yang baru.