Nuffnang

Thursday, December 5, 2013

Saya Paranoid


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Mengikut definisi Kamus Dewan paranoid bermaksud terlalu takut, curiga atau tidak percaya terhadap orang lain.

Jadi saya rasa saya seorang yang paranoid. Tiba-tiba ternampak ada gambar-gambar dari blog saya ada dalam tab mak masa Adiva buka galeri gambar. Eh macam mana boleh ada dalam tab mak? Lepas tu teringat saya terpaksa daftar akaun google saya untuk ambil beberapa gambar dalam tab. Itupun saya berkira-kira nak buat sebab saya tak suka akaun saya pada alatan orang lain tapi terpaksa sebab saya nak emelkan gambar-gambar dalam tab mak masuk emel saya. Lepas tu takde mekanisme untuk daftar keluar pula. Maka hari ini bertambah kuat paranoid bila tengok tiba-tiba sahaja galeri gambar blogger ada tersimpan. Paranoid takut ada orang buang gambar-gambar dalam blog. Nanti lompong gambar apabila orang datang melawat. Kuat betul imaginasi saya ni. Ni nak kena buang penyelerasan (sync) kat tab tu pun saya takut. Takut saya buang nanti sayalah punca hilang gambar-gambar tersebut.

Dahulu pun orang pernah tawar nak edit templat blog saya tolak sebab kalau saya beri kebenaran, saya kena bagi kata kunci (password) untuk orang tu buka blog saya. Sungguh saya tak percaya pada orang tu. Saya tahu orang tu berniat baik untuk cantikkan dan kemaskan blog saya. Sudahnya sayalah kena betulkan sendiri. Ada iklan hantu tapi tak dapat selesaikan kerana masalah ini juga.

Kagum juga dengan orang yang takde masalah nak bagi kata kunci untuk buka emel atau apa-apa. Tinggi betul kepercayaan dorang pada saya. Hehe. Saya pernah diminta buka emel sorang teman ni sebab dia tak boleh buka. Lagipun penting jawapan temuduga kerja. 

Entah kat pc sendiri pun saya pastikan sebelum tutup pc saya bersihkan sejarah dan saya tak bagi pc ingat kata kunci saya. Biarlah saya kena daftar masuk setiap kali. Bagus untuk saya juga sebab selalu kena ingat kata kunci tu.

Jadi korang macam mana eh? Paranoid macam saya tak? Atau sebab saya ni sangat perahsia sangat? Gabungan perahsia dan paranoid. Kadang-kadang perasaan ni menyusahkan betul.
 

Tuesday, December 3, 2013

Peraduan Syok Sabtu! Lagi Mudah Menang Harian Metro


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

*Maklumat terkini 22 Disember. Keputusan senarai pemenang dah keluar pada hari Sabtu 21 Disember dalam suratkhabar Harian Metro. Boleh klik di sini untuk mengetahuinya.*

Lama tak cerita pasal peraduan yang saya sertai. Adalah satu dua peraduan yang saya sertai tapi tak tulis sebab peraduan kecil dan sebab tak menang. Ahaks.

Tadi baru sahaja hantar borang penyertaan peraduan Syok Sabtu! Lagi Mudah Menang Harian Metro melalui pos. Peraduan ni borang asli keluar sehari sahaja iaitu hari Sabtu 30 November ialah sempena muka baru suratkhabar tersebut. Harap-harap sempat sampai sebelum 6 Disember. Saya lambat hantar. Ingat abah yang poskan, tengok-tengok surat tu kat meja lagi petang tu. Terkial-kial saya pergi peti pos lepas hujan. Memang nasib baik tak kena hujan. Cuma balik tu saya terkena semburan nyamuk aedes. Kawasan kitaorang ni memang popular dengan kes aedes. Sabar jerla menahan bau tu.

3 soalan dengan bentuk silangkata. Memang keliru juga dengan jawapan antara lompang dan lompong. Kemudian slogan. Nasib baik pendek tak melebihi 5 patah perkataan. Nantilah saya bagitahu jawapan kalau menang :) Nanti bagitahu awal-awal takut salah. Pemenang kena tuntut hadiah pada atau sebelum 14 Januari 2014 (ingatan pada diri untuk semak supaya jangan lupa)

Hadiah memang lumayan. Hadiah pertama sahaja dah RM 100 000.Kedua pula 20 pemenang dapat RM5 000. Ketiga pula 100 pemenang dapat RM1 000. Ada hadiah sampingan daripada Petronas Gift Card. Bolehlah tampung perbelanjaan minyak kan? Hehe

Ok itu sahaja nak beritahu setakat ini. Jumpa lagi. 

P.S: Kalau memang RM100 000 tu dapatlah memenuhi senarai hajat untuk melancong dan banyak BUKU yang boleh dibeli. Chicago, Prince Edward Island, Cordoba. Hoyeah banyak tempat boleh pergi.