Nuffnang

Saturday, May 30, 2015

Pertama Kali

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, saya sudah selamat sampai ke Christchurch. Sekarang ini sejuk gila. Musim sejuk sudah kembali. Pertama kali untuk segalanya. Pertama kali menghadapi musim sejuk. Tidak mudah. Ketika ini saya menyarungkan 2 baju sejuk. Pertama kali menaiki kapal terbang seorang diri tanpa ditemani sesiapa dari KL ke Melbourne. Mujur di Melbourne adik ipar ambilkan di lapangan terbang. 

Masih menyesuaikan diri di rumah baru. Apabila menghadapi sesuatu perkara baru atau berbeza tentu sahaja terpaksa mencari penyelesaian. Contohnya kedudukan bilik tidur, kata kunci wifi untuk telefon bimbit, arah kiblat dan segala-galanya yang dianggap remeh perlu diambil tahu kerana ia mempengaruhi kehidupan seharian kita. 

Buat masa ini tidak selesa tetapi lama kelamaan insya Allah dapat sesuaikan diri.

Setuju tidak dengan pendapat saya? Boleh tinggalkan komen.
 

Thursday, March 5, 2015

Beli Kain Untuk Raya

 بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum...

Alhamdulillah selamat membeli kain baju raya. Tema warna tahun ini ungu muda. Memang eloklah saya dah beli tudung Mesir warna ini. 2 pasang tudung warna ungu dengan ton ungu pekat dan cair. Kitorang pergi di Jakel sahaja beli 42 meter. Dapat percuma 2 meter. Oklah walaupun tak dapat kurangkan harga. Kesempatan itu saya beli kain Italian Venice 1 meter warna pic samar untuk buat tudung. Harga RM8.50. Mahal juga berbanding beli tahun lepas. Tiada kesempatan nak selalu pergi. Lagi saya nak terbang ke New Zealand. Balik Malaysia pun untuk sambut raya. Jadi baik beli awal-awal supaya tidak terkocoh-kocoh. Lepas ni kena pergi kedai untuk jahit tepi khas untuk tudung. Baju kurung emak buat. Syukur, mak saya wonderwoman. Hehe.

Tiada gambar. Malaslah nak ambil. Lagipun nak jimat ruang picasa. Ambil gambar yang berbaloi beri orang tengok masa saya di New Zealand nanti. Insya Allah. Semoga segala dipermudahkan.

Jumpa lagi.

P.S: Menang voucher Delifrance. Peraduan daripada blogger juga.