Nuffnang

Sunday, June 21, 2020

Review: Nasi Lemak 7 Benua Di Dhuha Cafe, Bukit Beruang Melaka

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Malam tadi mak mesej beritahu nak sarapan di luar pagi esok. Bertolak awal pukul 7 pagi sebab tidak mahu makan ketika ramai orang. Dhuha Cafe buka pukul 8 jadi kami singgah stesen minyak untuk cari suratkhabar. Suratkhabar belum sampai jadi kami ke 7E pula. Hampa. Tiada juga. Jadi kami ke kawasan Bukit Beruang.

Abah tak jumpa kedai yang dicari maka abah telefon tuan punya kedai. Kedai ni baru buka di kawasan ini. Cara mudah waze Krimpaf Buntat yang dah popular. Dhuha Cafe ni terletak sebelah kedai Krimpaf Buntat.

Setelah sampai, tuan punya kedai masih belum buka kedai sepenuhnya. Belum pukul 8 pagi. Hujan turun renyai-renyai. Sementara itu kami duduk di kerusi. Masa yang ada saya ambil gambar kain rentang. Maklumat seperti alamat ada di sini.

Kain Rentang Dhuha Cafe


Mula-mula pesan air. Air saya kopi o panas sama macam abah. Emak pula teh tarik. Kami sepakat mahu mencuba nasi lemak 7 benua. Secara asasnya terdapat 7 jenis nasi yang dibentuk bebola seperti saiz skop aiskrim. Ada sambal, telur rebus separuh dan timun. Tuan punya kedai lupa letak ikan bilis dan kacang goreng. Boleh minta tambahan. Saya minta daging masak hitam, emak sambal udang dan abah ayam berempah.


Nasi Lemak 7 Benua Dhuha Cafe
Nasi Lemak 7 Benua Dengan Daging Masak Hitam(Tengah)


Ikut jam.
Hijau- nasi lemak pandan
Merah jambu- nasi lemak buah naga
Kuning- nasi lemak beriani
Coklat- nasi lemak kacang hitam
Putih kuning- nasi lemak jagung
Merah jambu cair- nasi  lemak herba
Putih coklat- nasi lemak beserta kekacang 

Harga nasi lemak 7 Benua biasa- RM4. Berpatutan memandangkan kita dapat 7 jenis nasi lemak.

Penilaian saya. Saya suka nasi herba, nasi jagung dan kekacang serta kacang hitam. Lain-lain saya rasa biasa. Daging masak hitam memang berasa cuma daging ada yang liat sedikit. Keseluruhan sedap. Saya bagi 8/10.

Ada tapau 2 lagi nasi lemak beserta daging masak hitam dan ayam goreng berempah. Jadi 5 nasi lemak dan 3 cawan air. Jumlah RM38. Sesiapa nak singgah rasa nasi lemak 7 Benua bolehlah waze alamat ini:

No 2 Arked MARA,
Taman Rumah Awam,
Bukit Beruang,
Melaka.
No tel: 019 666 4993

Lepas itu bergambar dengan tuan punya kedai.  Lepas kami keluar, ada orang lain sudah memasuki kedai ini. Memang suka jadi orang pertama datang. Kemudian singgah kedai sebelah beli Krimpaf Buntat sebab belum pernah rasa. Nanti buat penilaian krimpaf pula.

Selamat berhujung minggu. 


Friday, June 19, 2020

Rezeki Jumaat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Balik dari rumah Uwan terdengar bunyi loceng rumah. Jiran sebelah dari Terengganu beri laksam. Pucuk dicita ulam mendatang.

Laksam


Moga murah rezeki.