Nuffnang

Saturday, September 19, 2020

Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Esoknya selepas sarapan pagi dalam pukul 9 pagi kami pun bertolak menuju ke Taman Agroteknologi MARDI. Pergi awal pagi sebab emak takut hujan petang. Pagi itu cuaca panas matahari terik tapi nyaman.

Sebelum masuk kami semak suhu dan kemudian ke kaunter tiket. Harga tiket untuk dewasa ialah RM6.50, warga senior RM2 ( tidak silap) dan bagi kanak-kanak bawah 6 tahun percuma. Jadi adik beli 3 tiket dewasa, 2 tiket warga senior. 2 orang anak buah tidak perlukan tiket.

Tiket Masuk



Sebelum masuk kami disapa pepohonan pokok dan teduhan.

Pokok-Pokok Dan Teduhan



Nampak juga gerbang penanda taman yang besar. Matahari memang memancar garang. Jadi ada silau sedikit ketika mengambil gambar.

Tanda Mercu Gerbang Masuk




Memang luas dan dibahagikan pokok ikut kategori. Antaranya: hidroponik, epal, orkid, tanaman dapur dan lain-lain. Ada yang kawasan kosong mungkin tanaman mati. Ada bahagian tidak boleh dilawati seperti kawasan teh.

Tanaman Dapur


Ketika di penghujung terdapat kedai menjual produk seperti coklat strawberi, ubi keledek ungu, teh, sambal hitam dan lain-lain.

Produk Coklat Strawberi Tempatan



Pukul 12 tengahari lebih kami keluar untuk cari sayur-sayur segar dan makan tengahari.

Alamat: Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands,
Jalan Dayang Endah,
Tanah Rata, 
39007 Cameron Highlands, Pahang.
No tel: 05- 491 1255/5945
No faks: 05- 491 2170




P.S: Sudah guna pemuka (dashboard) baru. Tidak boleh tukar ke pemuka lama. Pemuka lama punya sudah tiada. Sedih juga semalam.  Korang ada lagi tidak pemuka lama?


Monday, September 14, 2020

200 Seeds Cafe By Abang Strawberry

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Selepas berehat dan hujan berhenti pukul 4 petang kami keluar untuk makan petang. 

Maka kami singgah ke 200 Seeds Cafe By Abang Strawberry. Orang masih ramai jadi tunggu sekejap untuk dapatkan tempat duduk. Sudah dapat tempat, kami lihat menu-menu yang ada.


Buku Menu


Asalnya saya hendak makan penkek tapi petang tiada menu tersebut. Setelah berbincang kami makan berat terus. Jadi malam tidak payah keluar lagi untuk makan.


Pancakes (BF03)


Di sini kita tulis berdasarkan apa kita hendak pada kertas dengan tulis kod nombor makanan. Pergi ke kaunter, pesan dan bayar. Nanti pelayan akan hantar ke meja berdasarkn nombor meja yang kita tulis. Saya pilih lasagna dengan kruton. Di sini popular nasi lemak strawberi. Abah dan adik ipar pilih ini.


Nasi Lemak Strawberry Dan Nasi Goreng Strawberry



Pilih Kopi Strawberry



Aneka Minuman Sejuk



Lasagna Dengan Kruton


Makanan oklah, tidaklah sedap sangat. Biasa-biasa. Asalkan sudah cuba.

Menurut adik dibuka sehingga pukul 6 petang.

Alamat: No 27 Tanam Sedia,
               39000  Tanah Rata
               Cameron Highlands 
               Pahang.