بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Rasa macam boleh duta untuk Hotel La Crista Melaka sebab pergi lagi untuk makan buffet pada Sabtu 13 November. Sebelum itu pergi ketika harijadi saya. Kali ini pergi dengan adik bongsu, adik belanja untuk harijadi Nuha (anak buah) dan abah. Kemudian ada perancangan pergi lagi pada 28 November (Ahad) bersama adik-adik emak pula untuk sambut harijadi abah. Insya Allah. Mungkin sebab murah iaitu:-
Dewasa- RM60 sekepala.
Kanak-Kanak dan Warga Emas- RM40 sekepala.
Makanan macam lauk pun berubah-ubah. Seingat pergi sini lauk tidak pernah sama. Jadi sesuai pergi banyak kali. Makanan pun rasa ok.
Mula-mula ambil pencuci mulut dahulu sebab tahu kalau kenyang sangat tidak lalu makan benda manis.
Kemudian makan salad pula bersama pasta.
Selepas itu barulah makan nasi dan lauk-pauk seperti ayam goreng Masala, isi ikan goreng tepung masak masam manis, kari daging dan ambil kuah masak lemak. Tidak dilupakan sayur campur. Air pula ambil teh tarik.
Habis makan pilih hirisan daging kambing bakar beserta kuah pudina. Patut warna hijau tapi nampak coklat pula di bawah cahaya lampu. Pertama kali cuba sos pudina. Macam makan ubat gigi.
Terakhir ambil dim sum (tiada gambar) dan bubur nasi. Selain ambil jeruk ada juga ambil wantan. Tidak tahu apa benda bebola bijan macam kuih bom pula.
Memang kenyang. Penutup minum kopi tanpa gula atau susu. Memang pekat melekat di tekak sampai pulang ke rumah.