Nuffnang

Wednesday, February 8, 2023

Kaftan Batik Lengan Panjang Selamat Tiba

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ingat pos ini?

Alhamdulillah selamat tiba kelmarin, Isnin walaupun banyak drama dalam proses menunggu barang sampai.

Terima dalam keadaan baik 

Kaftan Batik Lengan Panjang



Ada ucapan lagi.


Ucapan Mesra


Sudah cuba. Memang labuh bahagian tangan dan kaki. Kena ubah. Ingat hendak lipat lebihan dan jahit tapi emak kata potong sedikit dan jahit atau buat jerut macam di tangan. Apapun emak yang akan buat. Mana terbaik. Ikut malas saya, saya hendak lipat dan jahit sahaja. Hehe.

Pandangan Atas Kaftan Batik



Emak tanya saya beli ke? Saya kata orang beri. Emak saya kata asyik ada orang beri sahaja. Hehe. Oh! Rasanya kaftan batik lengan panjang ini hendak pakai masa raya dengan stokin Puan Ujie bagi. Raya kena pakai barukan? Tudung saya sudah ada. Maklum warna hijau. Lupa bagitatu kaftan ini tanahnya warna hijau zamrud.

Terima kasih Shikin Razali.

Monday, February 6, 2023

Kenduri Aqiqah Dan Doa Selamat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tanggal 4 Februari/ 13 Rejab bersamaan Sabtu berlangsung kenduri aqiqah dan doa selamat di rumah emak saudara di Taman Lenggong, ampin.

Majlis bermula 10:30 pagi. Sarapan disediakan seperti lemang dan rendang ayam dan daging campur hati serta kuih-muih seperti kuih bom, lepat dan donut. Saya tidak makan sebab simpan perut untuk makan tengahari.

Sebahagian Khemah. Ini Khemah Untuk Ahli Marhaban Dan Doa Selamat

Kuih-Muih Yang Adik Perempuan Ambil Untuk Anak-Anaknya




Rendang Ayam

Rendang Daging Dan Campur Hati



Majlis dimulakan dengaan berzanji. Kemudian barulah bacaan doa selamat. Lama juga. Hampir ke tengahari barulah baca an doa selamat selesai. Haha lapar tahan makan. Ambil semua lauk. Nasi putih, teluk itik masak lemak, sambal jawa, kari daging, ayam sambal letak daun kari, ulam-ulam, sambal belacan, ikan masin. Penuh pinggan. Air teh o dan mineral.

Nasi Putih+ Telur Itik Masak Lemak+Sambal Jawa+Ayam Sambal Daun Kari+Kari Daging+Ulam+Sambal Belacan+ Ikan Masin



Lupa adik ada bawa keju keju Oreo ambil satu masa ambil air. Gambar tiada sebab makan. Memandangkan saya ahli keluarga tuan rumah jadi makan dalam rumah duduk di permaidani. Tiadalah makan di khemah. Laku habis lemang dan rendang dan kuih-muih. Tidak dapat tapau makanan tersebut. Majlis habis dalam pukul 2 petang tapi kami ahli ada masih lepak tolong Mok petik pucuk maman untuk buat rendang maman. Banyak daun maman yang kena ambil. Kerja renyah sebab itu ramai tidak buat rentang maman. Kalau buatpun harga mahal sedikit daripada rendang biasa. Sampai pukul 5 petang lebih baru selesai petik. Bersedia ke rumah Desa Permai buat majlis kejutan Mak Lang dan Uncle Duan. Mak Lang 31 Januari dan Uncle Duan 5 Februari.

Waktu ini sudah penat jadi tiada ambil gambar. Makan lagi. Kali ini makan nasi goreng dengan sambal paru dengan teh tarik. Ambil sedikit. Balik badan rasa lenguh sampai keesokannya. Menyesal minum teh.