بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Semakin sudah berusia mulalah rasa kaki rasa lenguh, tangan rasa lenguh juga. Terfikirlah hendak beli makanan tambahan (suplemen) yang diharapkan boleh menghilangkan rasa lenguh, sengal ini. Lagi bulan puasa, buat terawih dan solat sunat.
Jadi pesan suplemen Shaklee secara dengan seorang ini. Memang berurusan dengan dia kalau hendak cuba suplemen lain. Teringin untuk cuba Ostenutrix dan Omega Guard. Harga Ostenutrix RM60 dengan 120 kapsul dan Omega Guard RM120 dengan 90 kapsul.
Tengok label pada Ostenutrix. Oh! Ada kalsium, magnesium, vitamin D3, zink, besi, mangan dan boron. Ini untuk tulang, otot dan saraf. Kombinasi vitamin-vitamin dalam 1 kapsul. Oklah masa dahulu saya beli magnesium dan vitamin D3 secara berasingan. Jimat dan makan sekali.
Manakala Omega Guard ada EPA & DHA Omega 3 daripada minyak ikan. Pernah juga makan yang minyak terus itu masa di universiti konon untuk cergas otak. Haha tidak sedap. Nasib baik dalam kapsul lembut yang saya beli sekarang. Harap berkesan. Ikut nasihat daripada orang membeli ini kena makan 2 kapsul Ostenutrix selepas buka dan 2 kapsul gel lembut Omega Guard ketika sahur. Memandangkan sahur minum air sahaja, saya makan Omega Guard lepas terawih.