بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Orang lain sudah lama pergi. Saya baru hari ini tergerak masuk. Asalnya ke kawasan Mydin MITC untuk ke Medifeet beli kasut sama macam saya pakai. Sayang masih tidak sampai stok kasut yang saya hendak warna hitam. Merah adalah tapi saya tidak mahu.
Kemudian tidak tahu hendak pergi ke mana. Masuk pasaraya Mydin rasa malas sebab tiada benda hendak beli. Mula-mula jengah Marrybrown baru buka depan Mydin MITC. Tengok senarai menu. Ada fish and chips. Teringat ada baca blog ada menu fish and chips di Richiamo. Pergi ke sana. Tidak jadi pesan di Marrybrown sebab ramai tengah buat pesanan (waktu makan tengahari).
Richiamo tidak jauh sangat daripada Marrybrown. Orangpun tidak ramai beratur. Masuk tengok menu di papan tapi tidak jumpa menu berat. Minta buku menu. Kecewa tiada. Jadi pesan pai cendawan ayam sahaja. Menu lain menu Melayu macam rasa baik makan kedai biasa. Lasagnapun tiada. Spageti bolognese ada tapi macam ala semalam ada menu ini di rumah. Haha.
Harga memang standard kafe. Beli keselesaan dan nyaman. Memang lepak lama di sini sebab panas dan haus. Airpun pesan air mangga smoothie. Lama sedut air sebab kasi air tidak sejuk sangat. Lagipun takut minum air sejuk waktu badan panas nanti demam.
Oklah servis laju. Saya suka sebab buat pesanan di kaunter. Apabila pesanan dah bayar, diberi resit dan alat getaran. Tidak lama tunggu.
Mushroom Chicken Pie= RM7.90 Pesanan siap.
Pai macam kurang memuaskan. Tahap macam beli di bakeri. Inti kering dan kurang. Air bolehlah, guna kordial mangga. Ingat guna buah betul. Air tidak habis bawa balik.
Ulang lagi? Tidak. Asal sudah cuba. Leoas ini kita cuba Kafe Chamek depan Richiamo Coffee MITC pula. Ada tipikal rasa lebih kurang. Jadi kita kurangkan pengharapan.