بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Syawal terakhir, taman kami adakan jamuan hari raya di padang. Kali ke-2 diadakan. Mula tahun lepas. Taman ini baru lagi, rumah-rumah belum banyak. Alhamdulillah tahun ini surau akan didirikan jadi ada jemput ahli DUN Durian Tunggal rasmikan. Surau akan dibuat di padang juga.
Buat bermula 9 -11:30 pagi. Panas tidak boleh bawa bincang. Subhanallah. Makanan macam biasa ada nasi beriani, ayam masak merah dan jelatah. Makanan raya macam nasi impit, rendang ayam cara Negeri Sembilan. Kuih raya. Bawa juga secara potluck macam emak saya bawa sukun goreng. Hehe jarang orang bawa sukun goreng. Cendol, sate ada juga.
Saya tidak makan sangat. Cuma makan nasi beriani, kek buah dan banyak minum air mineral. Peluh jangan cakap. Rasa basah belakang badan. Hehe tapikan apabila balik, petang itu saya makan banyak. Nasib baik mak tapau makanan daripada jamuan banyak.
Simpan sebagai kenangan. Tahun lepas tidak letak. Tahun lepas ramai orang taman hadiri dan saya lagi hayati makan tahun lepas.
Tahun ini datang dengan anak-anak buah kecuali Aafiya dan adik perempuan tidak ikut sebab Aafiya kena demam campak. Azim (dalam gambar) yang selalu banyak makan, kurang makan sebab makan cendol dahulu dan main dengan mainan yang diberi kepada budak-budak taman. Tidakpun sibuk main di padang walaupun panas terik. Aiskrimpun laku ok. Beratur orang hendak makan. Saya biasalah takut demam. Cara saya kalau badan panas, berpeluh jangan makan/minum air sejuk. Togok sahajalah air mineral banyak-banyak. Hehe.
P.S: Dengar ucapan pengerusi taman kata ada buat permohonan pada Kementerian Komunikasi untuk pemasangan internet berkelajuan tinggi. Kontrak diberi pada Maxis. Mungkin ke saya tidak dapat data internet sebab proses pemasangan gentian optik? Tidak nampak di mana kata pengerusi itu. Haha. Gelak dalam hati sahaja.