Nuffnang

Sunday, November 23, 2025

E-Novel: Dunia Rumah Alena- Bahagian 15

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Akhirnya dapat sambung lagi. Taip pada 23 November 2025. Letak pada pos belakang.

Sebelumnya klik sini.


############

Beberapa hari pulang dari Gold Coast, ingatan Alena tidak dapat lupakan si Santa Claus di Harbor Town dan si Senyum di Movie World.

Mengapa ingatan itu tidak hilang seperti angin lalu? Masih teringat-ingat peristiwa tersebut.

Mana datang Si Senyum pula?
Sewaktu Alena berseorangan untuk menaiki roller coaster. Rasa takut dan tangan berpeluh menyebabkan dia tenggelam dalam lamunan ketika beratur. Ketika kalut beratur itu jugalah si pemeriksa barisan menegur Alena supaya buka cermin matanya. Ketika itu jugalah Si Senyum yang berdiri  belakang Alena memberikan senyuman manis dan seolah menenangkan Alena.

"Alamak aku termasam muka pada dia."

Dia merasa kesal sangat. Tidak juga sempat dia minta maaf juga. Itulah kalut sangat. Cemas sementelah kena bagi cermin mata untuk dipegang oleh pemeriksa barisan.

Alena hanya berharap si Senyum tidak salah sangka pada dia. Anggap dia sombong.

Paling Alena rasa pedih di hati kerana tidak menunjukkan sifat baik sebagai Muslim.

"Janganlah kerana aku, dia berprasangka buruk terhadap umat Islam pula."

Alena berdoa kepada Allah agar semoga Si Senyum tidak terkesan dengan atau lupakan sahaja peristiwa ini. Tidakpun memaafkan dia.

Mengapa Alena serba salah? Kerana selepas dia mempamerkan muka masamnya, Si Senyum itupun berubah muka daripada senyum lebar kepada masam dan Si Senyum itu mengelak duduk sebaris dengan Alena. Itulah kekesalan Alena sehingga hari ini.


SAMBUNG...


Saturday, November 22, 2025

Makan Mi Kari Opah Kali Ke-2

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Kali pertama saya makan ada di tulisan ini

Puas hati sarapan pagi ini bersemangat buat mi kari. Saya tidak ikut Abah dan Emak balik kampung semalam. Jadi saya buat perancangan hendak masak apa.

Kali ini sedap ikut tekak saya. Sebelum ini buat mi kari rasa lemak dan kurang pedas dan masam. Untuk baiki rasa saya letak sos peri-peri dan perah limau purut pada ketika hendak makan. Untuk tambah tektur, saya letak saat akhir ketika api ditutup, taugeh, tomato di potong dan daun sup.

Ikutkan boleh makan 2 kali tapi tidak terasa banyak makan tadi jadi tinggal sedikit. Oklah kalau petang ini tidak cukup kena masak lauk. Sudah terfikir untik masak lauk apa.

Kesimpulan: Kalau kita beli yang sedia ada kurang apa kita suka, kita boleh tambah apa yang patut. Kali ini saya tidak letak telur rebus tapi letak beboka daging, bebola ijan dan isi ayam.