Nuffnang

Sunday, March 1, 2015

Mengemaskini Kod Iklan Nuffnang

 بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum...


Apabila lama tak buka jer tengok iklan Nuffnang di pos tiada. Tengok akaun Nuffnang pun tiada bintang untuk 'Large Rectangle' tu. Jadi rasanya kod lama tak boleh digunapakai. Terpaksalah godek kod pada templet blog. Berpinar mata. Mula-mula tak dapat nak ikut cara-cara pihak Nuffnang suruh buat. Sakit hati betul. Tenangkan hati. Lepas tu terpaksa cari melalui enjin pencarian nak tengok bagaimana blogger lain buat. Tak dapat juga. Macam ajaib kejap ada tiada. Nak tak nak kena ikut juga cara Nuffnang dan mohon Allah cerahkan hati. Dapatlah idea apa yang Nuffnang ajar tiada, tengok pada templet pengedit. Sekarang oklah kut. Harap-harap ok.

Haha kerana perkara ini aku aktif semula menulis blog. Panduan. Kalau korang ada kemusykilan bolehlah tanya tapi tak jamin saya dapat jawab. Sekarang ini iklan saya di bahagian bawah label. Atas dan tepi kanan tak usik pun.

Jumpa lagi. 

Friday, February 27, 2015

Masih Ada


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Begitu lama tidak menulis di sini. Kadang-kadang terasa tawar hati dek pc sendiri. Sedangkan mahu masuk ke akaun yahoo dan hotmail begitu sukar.

Alhamdulillah masih hidup. Lebih tumpukan pada hal realiti daripada alam maya. Masih sahaja membaca blog-blog dan melawat blog-blog sambil meninggalkan jejak cuma melalui telefon sahaja.

Moga rajin menulis nanti di New Zealand. Internet laju, pc ok. Insya Allah. Bulan Julai. Musim sejuk di sana. Jangan diri ini jadikan alasan kesejukan untuk tidak kemaskini blog.

Terima kasih kerana membaca. 



Saturday, November 8, 2014

Selamat Tinggal Segalanya...Pulang Ke Tanah Air


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari terakhir bersiaran dari Spencerville. Menulis dengan kerap di sini. Dipermudahkan untuk mencoret dan memuat turun gambar. Jadi tak tahulah momentum akan sama apabila tiba di Melaka di mana susah sedikit. Berat hati tinggalkan New Zealand dengan kenangan indah.

Saya minta maaf jika ada mengguris hati pembaca blog. Terima kasih kerana singgah. Ada rezeki saya akan menulis lagi. Insya Allah. Esok penerbangan pagi. Dalam pukul 10.
 

Wednesday, November 5, 2014

Kenangan: Aidan Makan Ravioli


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Ni anak saudara. Aidan di rumah lama. Kenangan untuk saya ketika jaga dia. Aidan mahu suap sendiri makan ravioli. Habis sepah di lantai dan muka comot gila.

Lepas ini Mak Long tak jaga Aidan pula. Selama hampir 3 bulan kenangan manis masam pahit jaga budak bulat ini. Hehe mama dia panggil budak bulat.

 

Makan Crayfish Di Kaikoura


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ahad 2 minggu lepas pergi Kaikoura. 2-3 jam perjalanan. Ada menempuh jalan bengkak-bengkok nak termuntah juga. Macam jalan ke Genting atau Cameron Highland.

Dah sampai kitaorang makan gerai tepi jalan. Lupa nama. Makan udang ketak.

 

Balik


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum... 

Ahad ni saya nak balik dah. Tetiba sahaja rasa berat hati. Entah dah seronok tinggal sini. Tadi pun dah kemas sedikit baju.
Mungkin saya akan datang sini semula Februari tahun depan.

Lagi satu saya tengah 'gila' cari tudung Mesir. Adik ipar usik kat sini takde. Haha. Meroyan apa macam spontan mencari tudung itu. Senangnya kalau ada kedai jual tudung Mesir di Melaka. Tak payahlah nak beli secara talian sebab bagi saya kos pos ni mahal. Haha saya banding kos pos sini dengan Malaysia rasa kos pos Malaysia ni mahal benar.

Oklah kalau ada sesiapa terbaca kalau tahu tudung Mesir ada jual di Melaka beritahu yer. Boleh terjah bila balik nanti. Saya balik 9 November.

 

Friday, October 24, 2014

Novel Yang Dibaca Dan Kudapan


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Sekarang ini tengah sibuk mengemas rumah sebab emak, abah dan sepupu nak datang malam ini. Selain itu sibuk juga keluar beli barang-barang runcit. Saya pula memang tugas memantau anak saudara, Aidan supaya tak kacau Mami dan Dedi dia. Hehe. 

Akhir-akhir ini baru terserempak buku Sophie Kinsella tajuk 'Wedding Night' adik ipar punya. Tak pernah baca buku pengarang ini. Jadi minta pinjam baca. Nasib baik Bahasa Inggeris buku ini mudah difahami.

Kerepek Kentang

Saya perasan di sini saya rajin mengunyah kerepek kentang sama ada yang kentang potong gerigi atau yang biasa. Sini murah sahaja. Maklum makanan ruji di sini banyak gunakan kentang.

Ok itu sahaja nak coretkan. Jumpa lagi.