Nuffnang

Thursday, January 16, 2020

Cendawan Busut

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Apa khabar? Semoga sihat dan ceria hendaknya. Amin.


Cendawan busut waktu malam


Semalam balik rumah Uwan sebab pakcu beritahu dapat cendawan busut di kebun abah malam sebelumnya. Cendawan ni kena cepat-cepat masak sebab cepat rosak. Cendawan ni memang susah nak dapat. Selalu akan ada waktu hujan lebat dengan petir dan kilat.


Cendawan busut masak lemak cili api


Sampai rumah Uwan tengahari betul-betul dah masak. Cendawan busut masak lemak cili api. Banyak juga dapat. Ambil gambar kat atas tu pun lepas dah ambil 2 mangkuk. Tapau balik satu bekas dan 1 bekas untuk bagi pada pakcu.




Tuesday, January 14, 2020

Time Does Heal The Ultimate Wound But Leave Scar

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


It has been 10 years since this date. I daresay that the cut and pain I have gone through had not make me in ease. I forgave but not certainly I forgot. It will always in my mind and rewind every time it wants to pop up either I in relaxing mood or doing something. It can't be stop or pause.
I always ask Allah for ease. The good thing I still remember that painful love I will always careful not easily fall in love. I will not flatter myself, not over the moon the words "rindu", missing you. These words make me puke.


I still hold myself despite of that pain. I can grab keenly my principles and hard head to ignore the person who gave this pain. That's because I have surrendered him to Allah and I do not want have anything to do with him. I don't want communicate to him. Please talk to Allah to find out how to mellow my heart. So far I do not mellow my heart. Definitely you got the wrong way. Your change it is not what I want or maybe you have never changed at all. 


Thursday, January 9, 2020

Selamat Hari Jadi

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari jadi sendiri. Terima kasih abah dan emak sebab belikan kek dan pizza.


Kek keju beri biru

Pizza peperoni

Pizza Hawaii

Tak meriah sebab anak buah batuk. Kasihan mereka terbatuk-batuk. Beli kek keju beri biru sebab anak buah tak suka sangat coklat pahit. Kalau ikut selera saya suka kopi lagilah tak boleh nak makan. Kenangan.


Wednesday, January 8, 2020

Daftar Dan Buka Akaun Co-OpBank Pertama

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat petang semua. Alhamdulillah dah selamat buka akaun Co-Opbank Pertama berhampiran Mydin Mitc. Pertama kali tahu dan nampak. Mak yang cadang suruh melabur di sini.Lepas beli barang di Mydin zas ke sini. Sebenarnya nak beli syer tapi ada senarai menunggu jadi masuk dulu sebagai simpanan. Nanti dia akan beritahu kalau ada bahagian syer. Tanya mak, mak kata tahun lepas tiada senarai menunggu tapi agaknya ASB tahun lepas sikit dividen jadi ramai melabur di sini. Nasib baik sini tak ramai orang. Saya masuk memang takde orang jadi boleh tanya terus pada juruwang. Dapat borang (banyak nak kena isi). Lepas tu jumpa balik tanpa nombor giliran. Mudah.


Kaunter Bank


Sementara diproses duduk dulu. Kemudian dipanggil semula untuk tandatangan salinan kad pengenalan. Kecewa sedikit sebab tak diberi buku akaun. Hanya kertas yang mengandungi nama, no akaun dan lain-lain. Buku cuma diberi pada kanak-kanak dan warga emas sahaja.

Apapun bagi saya mudah prosesnya. 
Harap dapat masuk syer. Tak sabar nak dapat dividen tahun depan.


Monday, January 6, 2020

Syukur: Sihat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Bangun pagi dikejutkan sebab nak terkencing. Alhamdulillah masih hidup dan sihat.

Saya nak kongsi tips dapat daripada WhatsApp. Terima kasih yang kongsi perkara ni.



Jumlah air yang perlu diminum


Sarapan makan seperti raja, makan tengahari makan seperti orang kaya dan makan malam seperti orang miskin
Faedah berjalan
Tekanan darah mengikut umur


Harap bermanfaat. Saya memang suka berjalan. Kena teruskan. 


Thursday, January 2, 2020

Keluar Duit ASB

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Awal tahun rutin saya keluarkan dividen ASB yang tersimpan dalam setahun. Keadaan bank pun akan sibuk sebab ramai nak keluarkan duit. Korang macam mana bila keluar duit ASB? 

Hari ni pukul 7 lagi lebih dah keluar sebab abah nak pergi klinik kesihatan. Lepas tu menuju ke RHB Taman Merdeka. Orang ramai dah tunggu di luar. Masa ni baru pukul 9 lagi.

Bila pengawal bank buka pintu berpusu-pusu orang masuk. Ada barisan untuk kemakini buku, ada nak keluarkan duit. Memandangkan saya dah tahu jumlah duit terus ambil isi borang keluar duit dan masuk akaun. Lepas tu beratur untuk cap jari pada borang. Kemudian baru diberi nombor. Nombor saya 6020. Dalam 30 minit sampai giliran. Alhamdulillah dipermudahkan tiada masalah imbas cap ibu jari. Masa giliran saya, sebelah saya nenek Cina imbas ibu jari kanan kemudian ibu jari kiri. Tak dapat baca juga. Letak losyen lepas tu cuba tak dapat juga. Kasihan tengok jadi macam tu.

Masa saya keluar dari bank nenek ni punya urusan tak selesai. Harap-harap dipermudahkan lepas itu.
Balik singgah sarapan kejap kemudian pergi Econsave. Ada peristiwa pertama kali berlaku pada saya. Duit RM1 masuk dalam conveyor belt masa bayar. Duit tu kena telan. Analogi macam kita masuk kad ATM lepas tu tak keluar kad. Nasib baik baki duit lain dapat diselamatkan. Pengajaran untuk saya jangan letak duit di conveyor belt masa bayar. Nasib baik RM1 je kena telan. Ok itu sahaja nak tulis. Jumpa lagi.



Wednesday, January 1, 2020

Subway Lagi

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Lima hari selepas beli Subway Chicken Bologna Paprika tu saya beli lagi sebab nak dapat biskut percuma. Kena isi kaji selidik. Soalan senang sahaja pasal kedai Dan khidmat yang disediakan. Bagi markah 1-10. Takdelah kena taip panjang-panjang.


Subway Chicken Bologna
Subway Chicken Bologna Paprika



Double Choc Cookie
Double choc cookie

Saya pilih double choc cookie. Rasa manis takdelah pahit. Resit yang dapat kali ni tak dapat tebus lagi biskut percuma. Makan di situ tapi outlet di AEON Bandaraya. Seronok dan nyaman juga persekitarannya.

Makanan Di Kenduri

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Cerita bulan lepas iaitu menghadiri kenduri-kenduri yang dijemput. Sekarang ni makan di kenduri macam-macam kan? Mana lagi nasi lepas tu ada makanan sampingan macam mee, roti canai, kambing golek dan  macam-macam lagi. Air dan pencuci mulut pun sama.

Kambing golek bersama kentang lenyek dan coleslaw


Macam saya suka makan nasi putih (kalau ada) berbanding nasi minyak. Lauk kampung macam masak lemak cili apii, ulam dan sambal belacan. Nyum. Gambar bawah ni makanan kenduri kahwin belakang kilang Mamee Monster. Majlis buat kat dewan sekolah. 
Nasi putih+kuah kari+masak lemak nangka dengan perut+ulam+sambal belacan+ikan masin


Lepas tu dapat berkat telur dan muffin pisang dan walnut.
Telur rebus+ muffin pisang walnut Gardenia


Pencuci mulut popular sekarang ialah aiskrim.Unik aiskrim perisa durian D24. Memang rasa asli askrim bukan rasa diletakkan bahan perasa. 2 batang saya makan sebab sedap dan tak muak. Ni saya man semasa kenduri aqiqah anak sepupu di Kuala Selangor.
Aiskrim barang durian D24 Dan Oreo

Cooler siap tulis Popsicle Durian D24

Selepas kenduri singgah solat qasar dan jamak Zohor dan Asar di Masjid Pekan Kuala Selangor. Lewat sampai rumah kerana banyak kereta lepas tu hujan lebat jadi bawa perlahan-lahan.
Kain telekung Wakaf Masjid Pekan Kuala Selangor


Korang pernah jumpa makanan-makanan yang istimewa di kenduri. Beritahulah. Oklah jumpa lagi.

2020

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

2020, please be kind to me.

Saya akui 2019 tahun yang lebih baik daripada 2018. Ya saya kena jumpa doktor pakar tahun 2018 sebab sakit sangat. Tahun ini saya berharap kesihatan yang lebih baik. Teruskan amalan pemakanan minum susu selalu. Saya dah ambil vitamin tambahan. Harap-harap sakit yang dialami hilang. Insya Allah. Sakit penghapus dosa dan saya akan sabar tahan kesakitan itu...
Jumpa lagi.




Wednesday, December 11, 2019

Subway Chicken Bologna Paprika

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat petang semua. Apa khabar? Harap sihat dan gembira hendaknya. Amin.

Gambar Subway Chicken Bologna Paprika boleh klik sini

Pagi tadi pergi ke Mydin MITC. Mak nak beli sayur-sayur untuk nasi ayam. Saya cuma tengok-tengok barang. Tiada yang saya minat nak beli. Cuma beli setin kopi Wonda Espresso yang kebetulan ada harga murah iaitu RM1.88. Lepas bayar dan keluar tiba-tiba rasa teringin nak makan Subway. Teringin nak makan sub chicken bologna paprika sebab pedas (acah-acah pedas sahaja). Lagipun sini murah berbanding beli dalam KLCC. Mengapa eh? Ni kombo dengan air. Ada 4 pilihan: BBQ chicken, chicken bologna paprika, seafood sensation dan meatball marinara. Saya memang suka Subway sebab banyak sayur (saya tak ambil timun rasa macam tak sesuai makan dengan sub ni) dan boleh pilih sos yang disukai. Saya perasan ada sos-sos baru yang dikategorikan sos pedas macam hot aioli. Lain-lain tak ingat tapi ambil sos-sos pedas nak rasa. Lagi satu ada sos keju.

Makan ni rasa sihat. Hehe. Harga bagi saya berpatutan dengan air iaitu RM10.90. Cuma tak minat sangat air sebab air sejuk walaupun tak letak air batu. Kalaulah dorang tawarkan air panas sekali dalam kombo ni kan bagus.


Resit
Resit Subway


Pernah juga makan Subway di luar negara. Ambil yang vegetarian (sayur semata) pun sedap weh. Lagi sayur kat sana sayur kobis ungu, avacado dan ubi bit. Ada juga pernah makan tuna. Rasanya bolehlah untuk tuna. Baik ambil sayur-sayuran semata lagi sedap.

Ini sahaja saya nak luahkan. Saya cuma nak kongsi pengalaman. Jumpa lagi. Insya Allah.


Saturday, December 7, 2019

Gambar Kelas

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Gambar kelas anak saudara saya. Sebagai kenangan diri. Saya pernah hantar Aidan pada permulaan dia sekolah pada tahun lepas ketika berumur 5 tahun. Pernah jumpa rakan sekelas dia.


Sekolah Rendah


Kenangan pahit manis. Ada ketika dia buat hal taknak pergi. Kenalah pujuk. Ada ketika teruja sebab ada kelas renang.


Sunday, December 1, 2019

Anak Saudara

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat tengahari Ahad. Apa khabar semua? Harap semua sihat. Saya alhamdulillah sihat tapi anak- anak saudara saya tak sihat. Demam. 


Nur Aafiya dalam buaian


Ni anak saudara yang bongsu umur 5 bulan lebih nama Nur Aafiya( buat masa sekarang). Semalam dia muntah banyak lepas minum susu. Alhamdulillah lepas suapkan air kelapa muda dia sihat semula.
Tidur nak berbuai juga kalau siang. Masa di Soho KLCC hari tu susah nak tidurkan masa emak dia keluar untuk makan malam kursus sebab tiada buaian. Kenalah mak dia cepat-cepat balik sebab dia dah melalak kuat.

Rupa dia macam kakak sulung dia. Saya pernah tulis pasal kakak dia pada 2011 masa kakak dia masa kecil juga.

Selamat berhujung minggu.




Wednesday, November 20, 2019

Saya Jalan, Travel Dan Sushi

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Alhamdulillah Jumaat, Sabtu saya berjalan jalan-jalan di KLCC dan Pavilion. Cuci mata dan duit. Penat tu jangan cakaplah. Kaki kejang lepas tu. 2-3 hari juga kejang kaki lepas tu hilang. Haha dah tua. Dulu lagi ligat saya jalan masa tunggu keputusan SPM dan masa di universiti. Lagi rajin jalan. Cakap pasal ni tu yang teragak-agak nak travel.

Hari ni ketika dalam kereta, anak saudara saya Adiva yang banyak berceloteh tentang mimpi adik- adik ada anak berapa. Saja tanya saya ada anak berapa. Dia cakap maklong (saya) sibuk travel. "Maklong travel mana?" saya tanya. 
"Banyaklah. Semua tempat yang best-best."
Saya gelak jerlah sambil mengaminkan dalam hati. Doa budak takde dosa lagi. Memang ada niat nak berjalan seluruh dunia. Tunggu teman (companion) yang best. Amin. Ahaks. Waktu ni kitorang nak gi Mydin beli barang. Selesai tu adik saya nak pergi Sushi King sebab ada bonanza RM3. Alhamdulillah rezeki percuma. Dengan adik ni rajin betul saya makan sushi. Kali ke-3 rasanya. Anak-anak dia suka benar sushi. Saya suka tapi takdelah sampai rajin pergi mengadap makan sushi sampai kenyang. Beli seketul dua di kedai sushi. Kali ni saya banyak makan salmon. Ramai-ramai makan sampai 35 pinggan.

P.S: Nanti nak tanya maklong travel dengan siapa. Ehem. Surprise. We wait and see in the future. Insya Allah




Friday, November 15, 2019

Tengah KL

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Saya sekarang berada di bandaraya Kuala Lumpur. Tinggal di apartmen Soho. Berada berhampiran dengan KLCC, Lot 10. Adik saya cakap jalan kaki ke KLCC cuma 4 minit. Belum lagi ke KLCC. Siapa nak jumpa saya di sana boleh tinggalkan no telefon di ruang komen. Tengok keadaan. Hehe. Kut nak belanja bolehlah merajinkan diri. Saya akan berada di sini dari Jumaat hingga Ahad. Jadi ada banyak masa. Ini pemandangan depan ruang tamu. 




Saturday, November 2, 2019

Rezeki Hari Ini

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Baru sahaja pergi ke Hari Petani, Peternak Dan Nelayan di MITC, Melaka. Abah dan emak berminat mencari pokok dan buah. Saya pula suka tengok-tengok. Cuma di tapak MARDI. Nampak produk Nutrima Black G, hati saya dah melonjak gembira. Saya pernah baca dan dengar khasiat kunyit hitam. Ada niat nak beli. Jadi saya terus ke produk dan tanya harga memang RM120 ke? Ada diskaun tak? Ingatkan jual rupanya pihak MARDI hanya sampaikan maklumat produk tapi tak jual. Syarikat lain jual usahasama dengan MARDI. Macam pelik saya kena beli dari tempat lain padahal produk tu ada depan mata. Tanya kalau ada ejen atau stokis dari Melaka tapi hampa. Malasnya nak beli secara talian atau kena pergi ibu pejabat MARDI di Serdang. Tiada rezeki saya untuk beli produk Black G di sini.

Apapun saya beli susu Farm Fresh perisa coffee latte 200 ml 4 botol RM10. Ada juga beli sabun buku dengan minyak citronella -RM8 dan minyak  pati lemon myrtle (backhousia citriodora) 10ml RM10 dari MARDI Kuala Linggi. Ada juga produk yang dijual MARDI.
Tulisan ini rujukan untuk saya pada masa akan datang.

Monday, October 21, 2019

Sampai

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah akhirnya sampai juga barang yang saya pesan. Seksa sungguh menunggu. Order hari Rabu 9 Oktober sampai hari ini Isnin 21 Oktober 2 petang melalui posmen surat. Bawah ni pihak Eden Gardens bagi maklumat seperti nombor order, pesanan dah dipenuhi beserta no trace USPS (bawah sekali ada tanda #)


Comel je bungkusan. Ada deskriptif pasal barang yang saya beli untuk deklarasi kastam. Syukur tak kena tahan. Nilai barang RM100 lebih je. Saya memang ada baca bawah RM500 tak kena. Apapun saya tak putus doa dipermudahkan semua urusan. Memang perhati dengan mata helang jejak bungkusan dari pejabat pos Anaheim California naik kapal terbang transit bagai sampai ke Melaka. Tapi hari ini laman poslaju ada masalah. Nasib baik dapat hari ini.



2 barang selamat dalam bungkusan bubbles. Malas nak buka sekarang. Hehe.


Kalau korang tanya adakah saya akan beli lagi. Jawabnya: tak. Haha pertama takut kena tahan dengan kastam. Kedua sebab lambat sampai. Takpelah ia adalah pengalaman saya beli. Kecuali ada orang nak beli/hadiah untuk saya. Atau saya beli di sana. Tiada masalah.

Jumpa lagi.

P.S. Khidmat Sosial 17 Feb 2020: Sesiapa  nak beri saya essential oil turmeric atau/dan ginger ( jenama apa-apa)boleh hantar ke alamat ini. Anyway, my name is Nurul Amrina Binti Sulaiman. Address: 7801 Jalan AV 6B, Ambassador Village, Off Lebih SPA, 76100 Durian Tunggal, Melaka. My phone number you can request at my e-mail: wina1979@gmail.com.
Moga Allah beri kelapangan rezeki. Terima kasih.


Wednesday, October 9, 2019

Tak Sabar

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Pening kepala nak pilih. Lepas tu pening tengok harga penghantaran hampir RM30. Kemudian tak boleh tidur. Bagi memenuhi hasrat untuk mencuba jenama lain dan saiz, belilah juga barang daripada Edens Garden.

Doakan semua berjalan lancar. Pertama kali untuk segala-galanya. Pertama kali guna Paypal adik bongsu. Pertama kali beli barang pos dari luar negara. Nanti saya cerita dengan khusus apabila dapat.






Saturday, October 5, 2019

Review: Sweet Chilli Fish Burger McD

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Jerebu dah takde. Cerah sahaja dan nampak langit biru serta awan. 
Isnin petang adik perempuan saya keluar pergi ke pejabat pos. Jadi saya kenalah tengok si kecik 3 bulan dak Aafiya. Macam lama pula keluar adik saya tu sampai Aafiya dah menangis teruk. Nak tak nak kenalah bagi susu tepung yang dia tak nak. Haha mati kutu sebab dia meliang-liuk badan. Dapat pakej kena cekau kat leher. Rasa bisa betul.
Akhirnya penantian berakhir. Adik saya rupanya singgah McD beli makanan. Saya dapat ini. Sweet Chilli Fish Burger (walaupun kena kongsi).
Macam mana rasa? Seperti nama sweet chilli memang manis dan pedas di hujungnya. Adik saya yang dah makan dulu cakap pedas jugalah. Saya rasa pedas sederhana. Jadi ikut lidah masing-masing. Bagi saya sedap dan sayur cukup tapi saya suka sayur banyak macam boleh pesan di Subway.
OK itu sahaja.




Monday, September 16, 2019

Me Time

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Malam ini berakhirlah masa Me atau masa seorang-seorang di rumah. Haha abah, emak, adik dan anak-anak saudara semua pergi melancong ke England dan Paris. Lama jugalah saya merdeka jaga rumah dari 4 September Rabu hinggalah hari ini (16 September). Takpelah jaga rumah dan pokok- pokok abah emak (siram sahaja dan petik sayur). Merdeka betul dapat tengok TV tanpa kena kacau. Nikmat betul. Layan pula guna diffuser dan EO Narinar yang baru dibeli.

Oklah jumpa lagi.


Wednesday, August 21, 2019

Doakan Saja

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Apa sahaja yang saya teringat/terfikir, baca, dengar pasal seseorang atau sesuatu saya akan doakan orang tersebut dapat apa yang dihajati atau kesusahan/penyakit akan hilang. Insya Allah. 

Saya tahu kebaikan itu akan kembali kepada saya dan pahala akan diperoleh. 
Harap- harap saya akan terus istiqamah.

Oklah jumpa lagi.

P.S: Doakan juga kebaikan untuk orang yang kita tak suka sangat.


Tuesday, August 20, 2019

Stokin

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Buka sahaja almari ternampak stokin ini. Stokin ini adik beli di Glow Worm di Waitomo New Zealand untuk saya.


Masuk gua nampak ulat bercahaya. Jadi stokin ni dibuat bercahaya bila dalam keadaan gelap.