Nuffnang

Showing posts with label Software. Show all posts
Showing posts with label Software. Show all posts

Wednesday, July 3, 2013

Panduan Waktu Solat Apabila Bermusafir


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Solat fardu adalah kewajipan yang perlu dilakukan di mana sahaja kita berada. 

Masalah adalah apabila kita merantau dan di sana tiada azan untuk pemberitahuan masuk solat. Saya mengalami masalah tersebut. Jadi bagi pengembara bolehlah rujuk pada laman ini. Jadi pada bahagian prayerfinder, pilih negara yang dilawati. Seelok-eloknya buka laman ini sebelum pergi ke sesuatu tempat. Jangan macam saya lepas dah lawat baru nak buka. Contoh boleh tengok di bawah. Klik untuk besarkan.

Waktu Solat Rusia Dipaparkan Bandar-Bandar Utama Seperti Moscow Dan St Petersburg

Ok itu sahaja saya nak kongsi. Jumpa lagi...

Friday, December 14, 2012

Telefon Pintar Yang Mana Satu


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hujung-hujung tahun ni banyak pula jualan murah. Gila teruja rasa hati ini. Rasa macam-macam nak beli. Salah satu terfikir nak beli telefon bimbit/pintar yang baru. Telefon yang sedia ada bateri tak kuat sangat dan lagipun 7 tahun saya guna Nokia 3200. Kalau sekarang ni telefon ni dah ketinggalan zaman dan tak ada dalam pasaran.

Tadi ada tengok sedutan berita Apple iPhone 5 keluar Malaysia malam ini. Wowo ada berminat dengan model ini. Pernah guna iPhone 2 adik punya. Cuma susah nak taip kalau buka blogger pos. Saya hendakkan yang mudah untuk menulis blog, senang nak blogwalking dan tinggalkan komen. Penting sekali boleh terus muatnaikkan gambar terus. Takde macam sekarang nak kena alih daripada kamera digital ke pc. Lagi satu kualiti gambar mesti bagus. Saya takmo Samsung sebab dah pernah cuba, sukar nak taip di blogger. Senang cerita telefon tu mesra aplikasi blogger. 

Eh lagi satu telefon pintar daripada Nokia guna Windows 8. Macam menarik sahaja. Siapa tengah guna telefon pintar Nokia pelantar Windows 8? Bagus tak?

Saya ni ketinggalan dengan teknologi. Bukan jenis orang yang terkini dalam perkakasan teknologi ni. Jadi teragak-agak kalau nak beli sebab nak pastikan berbaloi. Saya bukan jenis suka tukar-tukar telefon ikut perkembangan.

Ok itu sahaja coretan saya. Jumpa lagi.


Tuesday, December 27, 2011

Misi Membunuh Babi


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...



Selamat petang semua. Wah mesti korang tertanya pasal tajuk tu. Adakah misi membunuh babi di kebun. Eh ni babi dalam permainan 'Angry Birds'. Mak sayalah yang selalu sebut-sebut pasal ni. Maka tercapai hasrat mak nak tahu sangat apakah menatang Angry Birds. Sayapun yang tak tahu apa-apa pun baru dapat tahu dan berksesempatan untuk main. Terima kasihlah kepada penjual tablet Samsung Galaxy Tab 10.1 ni yang letak perisian ini.


Pertama kali main (semalam) terdetik dalam hati "la nak bunuh babi rupanya." "Apsal burung tu nak bunuh babi sampai bunuh diri?" Rasa kelakar jerla bentuk permainan begini.


Pada sisi lain, saya masih belajar menggunakan tablet ni. Pertama kali menggunakan secara intensif dan tadi sibuk baca manual daripada internet. Pelik gak tak diberi buku panduan semasa mak beli. Ni tablet bukan saya punya tapi saya kena tahu pakai sebab nak kena beri tunjuk ajar pada mak. Sayalah yang akan jadi cikgu kepasa mak saya. Malahan tadi mak tanya lepas balik dari sekolah sama ada saya dah tahu nak gunakan. Bolehlah tahu sedikit. Ada dalam manual tu saya belum dapat buat.


Saya rasa macam tuan punya tablet ni sebab saya banyak gunakan sekarang. Terima kasihlah kepada mak yang sudi beri saya pakai. Saya dah patah hati (putus cinta) dengan CPU saya sampai saya tak lalu dan berselera nak melayari internet. Tak sangka dengan tablet ni bolehlah saya mengarang tulisan.


Ok itu sahaja saya nak luahkan. Jumpa lagi. Maaf masih belum dapat menjelajah blogsphera dengan maksima lagi.

Thursday, October 13, 2011

Pencarian Popular Google Untuk Blog Ini


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Atas jasa enjin pencarian google maka terdapat perkataan-perkataan masuk ke blog saya. Hari ni nak kongsi perkataan-perkataan yang masuk ke blog ni atau senang cerita pencarian popular  untuk blog ini.

Ini sebahagian sahaja. Ikutkan ada lagi.  Apapun terima kasih kepada google yang letak mukasurat tulisan saya dalam enjin carian. Tak percaya cuba taip perkataan-perkataan di atas.

Ok itu sahaja. Jumpa lagi.


Enjin Pencarian Google


Monday, October 10, 2011

Lambat


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Hari ini (ke semalam) lambat buka kilang ni maknanya lambat tutup kan sebab tuan blog ni takleh tidur. Maka haruslah menulis satu pos untuk memenuhi masa. Berjalan ke blog orang dah pun dilaksanakan dan pastinya ketika ini semua (semua ke?) yang dah beradu di katil empuk.

Bercakap pasal lambat ni kan, saya perasan ada beberapa blog saya lambat dapat pos terkini. Maksud saya in-real time ok, saya buka google reader dan dashboard, tulisan pada blog tertentu lambat masuk. Bukan apa, apabila tulisan tu masuk, saya tengok waktu disiarkan dan waktu diterima tu lewat. Kalau lewat seminit dua tu takpe. Ni ada lewat sampai 1 jam. Ada 1 blog ni sampai 2 jam. Cuba korang tengok kat bawah.


Diterbitkan 1:10 Tapi Terima 2:07 Pagi 10 Oktober




Lagi satu ada blog pula pos terkini tak kemaskini masuk google reader dan dashboard. Kadang-kadang pelik gak. Bukan apa kalau takde kemaskini tulisan/pos maka tak teringat. Cuma apabila dah siap jalan-jalan ke blog yang selalu singgah baru teringat blog orang ni. Itupun teringat sebab dia komen. Eh terdetik, takkan tak kemaskini kut? Tengok-tengok ada pos baru dia tapi tulah kat dashboard dan google reader takde. 

Saya tak suka letak dalam blog senarai blog sebab kalau dalam google reader lagi tersusun macam emel. Susunan nama blog di sebelah kiri dengan pos-pos/tulisan-tulisan di sebelah kanan. Kalau klik satu nama blog di sebelah kiri, maka pos-pos blog tersebut keluar disusun dari tulisan terkini ke tulisan lama (tengok di bawah)

Contoh Tajuk Tulisan Kerana Lily Disusun Mengikut Pos Terkini Hingga Pos Lama.


Lagi pula saya ada lebih 183 blog yang saya ikut atau langgan. Kemas, boleh tengok semua pos-pos semua blog.

Korang ada masalah tak, pos keluar lambat kat dashboard? Takpelah ni luahan saya untuk bunuh masa saya kat blog. Hehe. Jumpa lagi.

P.S: Apapun Google Reader masih di hati. Bukan semua blog saya hadapi lambat dapat pos. Cuma kadang-kadang apabila lambat masuk pos terkini maka lambat komen.


Saturday, September 24, 2011

Angry Birds...Secepat Mana Anda



Assalamualaikum...


Saya baru jer pulang daripada jamuan hari raya di sekolah emak. Macam biasa makanan adalah seperti nasi impit, sate, rendang dan lain-lain. Oklah bukan ini nak cerita sebenarnya.


Semalam emak menugaskan saya untuk kupas bawang putih sebanyak 5 labu bukan 5 biji. Saya yang kuat menangguh kerja. Memula nak buat pukul 10 pagi. Rasa macam awal pula kan kupas awal-awal takut lebam. Ha sekali gelabah tertidur bangun pukul 4 lebih. Turun ke dapur tengok abah dah kupas. Saya dah takut emak murka. Terus minta maaf. Gelabah cepat-cepat kupas bawang putih tu sambil khayal mengenang nasib kerana lalai melaksanakan suruhan emak.

Antara melayan lamunan dan sambil-sambil dengar berita CNN di tv (redha jerla dengar walau dalam hati ada paya). Tiba-tiba mak saya tanya.

"Angry birds tu apa?" 

Saya terpana. Wah bila pula emak saya ambil perhatian tentang teknologi ni. Teringat saya pernah tanya soalan yang sama pada Y. 2 kali lak tu saya tanya sebab pertama kali lupa. Jawapan sama diucapkan oleh Y kini saya lontarkan pada emak.


"Angry birds ni main lastik burung." Eh tepat ke jawapan aku? Saya menyambung balik. "Na pun tak berapa tahu tapi sekarang ni orang tengah kecoh tentang permainan ni. Mana mak dapat tahu perkataan ni?"

Mak menjawab," ada pensyarah di bla-bla cerita kita kena tahu hal perkembangan terkini."

Dalam hati, aku pun tak tahu sangat tak pernah main pun. Dah komputer aku jenis semput jadi tak dapatlah nak muatnaik muat turun untuk dicuba.


Tapi memanglah bukan semua orang mengikuti teknologi terkini kan, ada cepat, sederhana,lambat dan langsung tidak tahu? Saya pun kira lambat juga nak meneroka hal teknologi ni. Berbanding dengan adik saya si Y, M dan H yang memang tahu awal-awal tentang teknologi dan perisian terkini. Malah ketika M bawa iPad 2 ke rumah, sekejap jer saya godek sebab tak reti nak pakai dan tak berkesungguhan meneroka. Macam bosan lak nak cuba. Camne tu kata nak iPad? Macam saya kata saya ni lambat. Satu hari satu fungsi saya teroka kut kalau ada iPad. Yer M mungkin beli iPhone 5 kut *jeling ke hemisfera utara*, silalah derma iPhone lama untuk saya teroka.


Korang lak camne? Cepat tak tahu tentang teknologi dan berkaitan IT ni?


P.S: Masa di jamuan hari raya tengah bosan-bosan dapatlah saya letak gambar dinding si Adiva posing di tepi tingkap tu di telefon bimbit. Mak yang tanya camne nak buat. Mak memang tak tahu apa-apa. Sayalah yang kena godek telefon bimbit mak untuk buatkan. Hehe. Agaknya hal teknologi ni hal orang muda-muda agaknya. 

P.S.S: Masih belum main lagi permainan Angry Birds.


Pertama Kali Tahu Pasal Angry Birds Daripada Gambar Di  Laman Google Chrome

Friday, July 22, 2011

Perhatian Kepada Pembaca Budiman

Assalamualaikum...

Memandangkan esok tuan tanah blog ini nak pergi berjalan raya maka lawatan balas dan berjalan-jalan ke blog yang setia ini akan dibuat sehingga tuan tanah pulang (mungkin lewat sampai hari Ahad) Jadi jangan segan-segan tinggal komen. 

Pada pembaca baru yang suka baca dan rajin ke blog saya, bolehlah ikut (follow) dan tinggalkan komen di bawah yer. Pastikan profil diri korang tu ada terpampang. Takpun tulis alamat blog korang. Senang takyah saya tercari-cari, terus tampal (paste) alamat blog korang pada alamat pencarian (address bar) Kecuali kalau korang memang nak jadi pembaca misteri (macam ada beberapa orang dalam blog tuan tanah ni), ha tu korang taknak tinggalkan korang punya alamat blog pun takpe.

Ok jumpa lagi. Selamat berhujung minggu. Kalau rindu boleh baca tulisan lama-lama saya.

Kepada Yang Tak Tahu Bulatan Dibuat Ialah Alamat Pencarian (Address Bar) Kalau Rasa Profil Korang Tu Rahsia Takmo Saya Buka, Korang Bagi Je Alamat Blog, Biar Saya Tampal Masuk Alamat Pencarian, OK?  Ini Imej Daripada PC Disalin Masuk Ke Dalam Microsoft Paint Untuk Diedit

Tag also: Address bar





Tuesday, July 12, 2011

Memastikan Favicon Blog Sendiri Muncul Dalam Google Reader Dan Segala Pelayar Termasuk Internet Explorer




Assalamualaikum…

Hampir kesemua blogger memperkatakan tentang butang ‘Follower’ tapi saya pula terperasan pasal butang ‘Favicon’ dalam ‘Page Elements’. Asalnya saya buka Google Reader tengok hanya 2-3 orang yang mempunyai blogspot ada favicon pada Google Reader padahal kalau tengok laman sesawang mereka pada Mozilla ada. Sila rujuk gambar di bawah


Favicon Blogger


Favicon Blog Saya Dalam Google Reader



Saya muat naik gambar wombat saya dalam tu dalam bentuk .ico tersebut dan icon tersebut terpapar dalam Google Reader juga (sebelum tu tiada-tengok gambar di bawah) dan semestinya pada pelayar Internet Explorer.


Lagi senang dah sekarang ni. Cuma muat naik gambar yang kita nak (mesti dalam bentuk .ico sebab Internet Explorer mengesan .ico untuk muncul di IE) Kalau korang nak favicon sendiri pun boleh, ambil muka korang letak pada pelayar. Cuma korang kena tukar format gambar yang .jpg, .png tu kepada .ico. Untuk tukar sekarang ada ‘favicon generator’. Saya memilih laman sesawang iconj.com. Seperti gambar di bawah korang tak payah daftar.

Muka Hadapan

Pada muka hadapan laman tersebut, di bawah ‘Free Favicon Hosting’ (lihat sekali lagi gambar di atas yang ada nombor 1.2.3), pilih gambar yang ingin korang jadikan favicon, jenis ketajaman yang diingini. Puas hati maka tekan butang ‘Upload Now’. Serta-merta ia akan ditukar kepada .ico dan simpan gambar yang menjadi .ico tersebut di cakera keras kamu dengan klik pada 'Click here to download your Favicon.ico File' di bawah arahan 'Direct Download'.  Lihat gambar di bawah.

Klik Pada Bahagian Yang Dibulatkan

Kemudian muat naik  pula dalam blog korang dengan buka Design-> Page Elements->Favicon, klik edit dan muka ‘Configure Favicon’ , masukkan gambar yang korang buat tadi. Apabila dah muat naik, gambar yang dikehendaki akan ditunjukkan seperti di bawah. Sudah jer tekan butang ‘Preview’ untuk lihat dan kalau puas hati boleh klik ‘Save’. Cuba tengok pada pelayar Internet Explorer akan keluar favicon korang. Kalau ada maka berjaya dan favicon pada Google Reader lambat sedikit nak keluar. Saya letak awal pagi pukul 7, pukul 3 buka balik Google Reader baru ada. Seronok pula berjaya buat. Lihat contoh gambar-gambar di bawah.


Sila Ikut Turutan



Selepas edit keluar mukasurat ini, 'Configure Favicon'

Selepas Langkah No 4 ialah Selepas Klik Butang Edit, Muka Page Configure Favicon Muncul


Favicon Blog Saya Muncul Dalam Internet Explorer. Alhamdulillah


Kalau ada kemusykilan boleh tanya ok. Jumpa lagi 




Friday, July 1, 2011

Semoga Cepat Sembuh


Assalamualaikum...
Sendu pula aliran internet ni. Beberapa kali terbengkalai tengok Masterchef Australia. Jadi sementara tunggu aliran data video dan audio siri tersebut maka saya nak menulis blog sekejap.
Aha setelah bereksperimen meletakkan video sendiri dan menanam audio lagu maka cukuplah mencuba sesuatu baru di blog saya. 
Ingat tak tulisan saya pasal pc sendiri sebelum ini? Alhamdulillah setelah tidak buka pc sendiri maka tadi buka dapat juga. Saya mengambil kesempatan mengecas walkman saya dan mengemaskini definisi virus untuk AVG. Saya masih belum berani nak pakai bagai nak rak macam dulu-dulu. Saya buka untuk buang beberapa filem yang pernah saya dan H muatnaik untuk meringankan beban dan mengosongkan memori. Harap-harap pc saya sihat seperti dahulu. Makluman, saya tidak format pun sebab sayang nak format semula.
Tengoklah macam mana sebab pc tu apabila mengaum tu yang saya takut nak guna lama-lama. Apapun alhamdulillah pc tu tak ulang-ulang hidup semula seperti dahulu. Normal kembali. 
Ok jumpa lagi...

P.S: Semoga cepat sembuh seorang chatter kc yang kemalangan di jalan raya. 


P.S.S: Saya dah habis tengok siri 2 di internet. Pemenang Masterchef siri 2 ialah Adam
















Thursday, June 9, 2011

Saya Tengah Menyampah Dengan Blogspot dan Windows



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Selamat malam Jumaat. Hai apa khabar? Malam ini nak tulis ringkas aje sebab perasaan ini rasa mendung lepas muka depan Windows saya bertukar warna menjadi hitam legam. Rasa tak seronok pula. Malas betul nak lihat, rasa nak menjauhkan diri untuk melihat Windows yang hitam itu buat seketika sehingga perasaan kurang senang itu hilang.

Keluar ayat Windows Tak Asli pada anak panah merah

Perasaan ini pernah juga menyerang apabila blog saya macam 'berpanau' putih selepas blogspot semput. Memang menyampah tengok dan memang tak buka-buka pun muka depan blog itu. Kalau saya nak tulis saya masuk dari belakang iaitu pemuka 'dashboard'. Kalau nak balas sapaan kotak jerit, pergi ke laman kotak jerit bukan ke muka depan blog. Jadi memang takdelah saya dapat selalu melihat peta dunia pada blog sebab nanti perasaan seronok hilang bila tengok panau-panau pada blog itu. Hodoh. Lambat blogger ni tak betulkan semula. Lama dah buat aduan.

Semalam kerana nak menggantikan tandatangan 'wombatME' yang hilang pada tulisan lama-lama, saya buang yang tak keluarkan imej dan ganti yang lain. Senang. Itupun buat pada pos-pos popular. Nanti apabila saya ada perasaan, saya betulkan yang lain.

Ok semua terima kasih kerana membaca luahan saya ini. Jumpa lagi.

P.S: Rasa macam nak naik angin aje.

Friday, April 8, 2011

Sayangi PC/Laptop Anda




Assalamualaikum...

Bertemu kembali. Rasanya 2 hari saya tak menulis.  Tadi 3 kali pc saya padam tiba-tiba dan keluar amaran kesilapan sistem dan pergi ke 'sleeping mode'. Saya teringat dah seminggu saya tak bagi pc saya rehat. Pc saya pun macam mengaum. Pula tu saya aktif muat turun data. Kira banyak aplikasi saya buka. Bila tiba-tiba 'shutdown', gelabah saya. Saya takut tak boleh buka semula program. Memang awal-awal tu, pc buka tutup, dalam status tidur. Heh, lagi satu kewajipan saya tak buat, iaitu mengimbas kalau ada sektor rosak, fragmen semula, kosongkan cache dan kemaskini perisian. Kalau adik saya, si H dan M  memang dia ambil berat pada laptop dan pc mereka. Mereka akan ambil masa untuk buat rawatan dan pencegahan supaya sistem tak hancur. Sebenarnya untuk mengelak daripada format semula pc/laptop. Kalau mereka dapat masalah ni awal-awal mereka akan buat diagnostik komputer. Ada masalah cepat-cepat mereka atasi.  Mereka juga bukan sewenang-wenangnya bagi orang lain pakai pc atau laptop. Selalu H bagi saya pinjam dengan ingatan "Na, jangan muat turun apa-apapun.Layari internet je. Pakai mozilla." "Na, jangan usik bla bla."

Bila kena sekali ni, baru teringat saya tak rawat, kasi antibodi, rehat pada pc saya. Kecut hati saya sebab takut kena format semula. Dahlah saya tak reti. Jadi lepas pc hidup mati 3 kali, saya buat diagnostik apa yang saya tahu. Harap-harap dapat baiki kesilapan besar yang ada pc saya.

Pengajaran juga pada saya sebab selalunya yang ambil berat kesihatan pc ni adik saya, saya ni rajin pakai je sebelum ni. Jadi pc ni kira adik bagi sempena dia habis belajar maka tanggungjawab saya menjaga pc ni sebagaimana adik saya menjaganya. Maka pc ini akan diberi rehat atau tidur sebagaimana tuannya.

Ok itu sahaja saya nak coret. Jumpa lagi. Hargainya kesihatan anda dan pc/laptop anda. Nasihat daripada saya.

P.S: Jangan muat turun program yang diragui kesahihan atau yang anda tak kenal, takut spyware

Saturday, December 25, 2010

Google Chrome tidak boleh dipasang sekiranya anda memakai AVG versi 8.5




Assalamualaikum....

Semalam tengah asyik tengok citer Korea kat internet, tiba-tiba AVG bagi mesej amaran Google Chrome dijangkiti virus. Ingatkan citer Korea tu yang buatkan dapat virus sebab lepas buang tu dan nak buka balik Google Chrome tak boleh pula. Terus buang Google Chrome sebab ingat nak pasang balik. Tengok-tengok tak boleh nak pasang balik. Saya sangat kecewa sebab saya dah menyukai untuk menggunakan Google Chrome. Bagi mengatasi kekecewaan, saya kemaskini Internet Explorer ( versi 5) ke versi 8 tapi saya macam tak suka, ada kekurangan.

Memang saya ada alternatif pakai Mozilla Firefox tapi kalau anda nak tahu Mozilla saya guna untuk sentiasa buka gmail takleh buka lain ( mengada boleh je nak buka tapi saya taknak terlampau banyak muka surat kat Mozilla). Jadi monyok juga terus tutup terus pc. Niat di hati kalau Google Chrome takleh pasang semula, saya takkan tengok citer Korea. Memang tidur tak lena sebab sedih Google Chrome takde.

Esok bangun pagi-pagi, saya cuba balik pasang semula. Masih gagal. Puas saya cari kalau ada virus kat temp (sebab AVG selalu gagalkan pemasangan bagi mesej ada virus trojan kat chrome.exe) tapi tak jumpa. Mula-mula ingatkan nak tanya kat sorang chatter yang mungkin tahu masalah. Saya cuba pasang Google Chrome kat komputer lain, boleh je. Saya musykil. Jadi saya cari forum pasal masalah ini, rupa-rupanya AVG versi 8.5 memang akan menggagalkan kita memasang Google Chrome. Penyelesaian yang saya buat ialah mengemaskini AVG 8.5 ke AVG 2011. Kalau anda pakai AVG versi 9 ok juga tiada masalah macam pc saya yang lagi satu tu guna AVG versi 9.
Sapa-sapa ada masalah ini harap-harap dapat jawapan.