Assalamualaikum...
Bagaimana hari minggu anda? Harap-harap anda dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang disukai. Saya sengaja siarkan tulisan pada waktu ini. Ini laporan saya:
Ok itu je laporan untuk minggu ini. Ada lain lagi tapi malas nak cerita hal itu. Eh harap Arsenal juara liga nanti. Haha ada yang bengang nanti dengan ayat ini. Jumpa lagi.
P.S: Mood malas + sedih gambar hilang (majuk kejap dengan FS)
P.S.S: Peristiwa tidak mengikut kronologi. Harap maklum.
Bagaimana hari minggu anda? Harap-harap anda dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang disukai. Saya sengaja siarkan tulisan pada waktu ini. Ini laporan saya:
· Alhamdulillah dah pos pun peraduan Mudah dan Menang tu. Hantar awal-awal biar saya tak resah memikirkan.
· Terjenguk pula tadi album saya di FS, alamak ada gambar dah hilang. Sedih betul. Rasa nak marah je dengan FS ni.Gambar tu dahlah gambar imbas takde salinan digital. Masa tu pakai kamera biasa.
· Adiva dah 4 bulan kelmarin. Makin keletah dan bijak.
· Oh lupa saya ingat nak buat kek keju lagi, sekali tengok harga krim keju dah jadi RM11 lebih. Pelik sebab duit dolar US jatuh PATUT lagi murah sebab krim keju tu import. Sungguh saya tak faham harga barang di Malaysia ni. Mahal dah. Nanti kena cari di tempat lain yang lagi murah. Alih-alih saya beli mayonis (apa kaitan dengan krim keju?) untuk buat coleslaw je. Haha.
· Habis muat turun Eat, Pray, Love
· Tak habis tengok filem Inception, tengok sekejap, berhenti kejap, fikir, tengok balik
Ok itu je laporan untuk minggu ini. Ada lain lagi tapi malas nak cerita hal itu. Eh harap Arsenal juara liga nanti. Haha ada yang bengang nanti dengan ayat ini. Jumpa lagi.
P.S: Mood malas + sedih gambar hilang (majuk kejap dengan FS)
P.S.S: Peristiwa tidak mengikut kronologi. Harap maklum.
No comments:
Post a Comment