Nuffnang

Wednesday, February 5, 2014

Pic Pilihanku


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Kain Ini Yang Dipilih


Pening rupanya nak cari kain yang berwarna pic ni. Bila datang kedai kain je dah berpinar mata mencari warna ni. Terkeliru mencari dalam pelbagai deretan warna-warna yang seakan sama ton dan bayang (shades) di bawah cahaya matahari dan lampu tak sama.

Mula-mula pergi ke Gulati's yang baru buka berhampiran Tesco tapi hampa sebab harga tak ada. Lepas tu pergi Nagoya. Memang jumpa yang berkenan tapi kain tak cukup. Akhir sekali pergi Jackel. Tak sama pula ton warna pic dengan baju Melayu abah. Padahal dah tetapkan nak sedondon. Memang betul-betul sedondon sebab orang perempuan pun pakai kain sama macam orang lelaki. Akhirnya pilih yang ton lari sedikit. Itupun tak cukup. Mak nak 25 meter tapi dapat 21 meter. Saya dah mula sakit kepala. Mak percaya dengan pertimbangan saya dengan warna. Jadi saya kenalah perhati. Cakap ini tak kena. Jurujual tu macam keliru warna je. Dia suakan warna yang tak kena langsung dengan baju Melayu abah. Nyaris-nyaris dia nak potong kain tapi saya cepat-cepat cakap kat mak tak kena. Adik M dah menyerah kalah tak sanggup tengok. Agaknya lelaki tengok warna semua sama je pic ni. Hehe. 

Taubatlah. Masa si Y dan H kahwin tak susah nak cari warna biru firus dan kelabu. Harap-harap waktu saya dipermudahkan semua.

Kalau korang tengok gambar di atas macam merah jambu kan tapi warna lain sedikit bila ambil gambar dengan kamera. Warna pic gabungan merah jambu + jingga (oren) macam hujung kiri sekali (gambar di bawah) tapi gelap sedikit. Tulah banyak benar kombinasi pic ni. Saya pun waktu balik membeli tertanya betul ke pilihan saya tu. Takut salah beli.

Selalu mak menenangkan saya. Dia cakap yang penting kami sedondon. Kali ini bertambah pula ahli keluarga. Adik ipar dan anak-anak saudara. Kalau dulu beli untuk adik-adik dan ibubapa.

Takpelah baju siap ni nanti pakai juga untuk hari raya. Jimat duit dan tak payah fikir dah.

P.S: Baru tahu nama 'Candy Peach'

Ton-Ton Dalam Keluarga Warna Pic
 

5 comments:

Nor Azimah Ali said...

trend sekarangkan, semua nak sedondon..

Moga mahligai yang bakal dibina diberkati Allah.

InsyaAllah lepas ni jodoh Na yea, aminn, aminn, aminn..

Syazana Zainn said...

kite oun suka kaler pic hihi

sbb sweet je

untuk kenduri apa ni kak?

Byzura Halifah (MB) said...

kadang warna ne mmg blh buatkan kita keliru sbb nmpk mcm sama jer... hehee

Pwincess said...

baju raya? cepatnya. baguslah prepare awal awal =D

NA said...

@Kak Azimah: Haah nampak comel kalau sedondon.

@Schaze: Untuk majlis adik kawen.

@Miss Boo: Dah banyak-banyak terbentang memang pening.

@Nurulee: Senang terus buat baju raya. Cepat supaya tak payah terkocoh-kocoh.


-wina1979-

-wina1979-