Nuffnang

Saturday, June 27, 2015

Adakah Masa Menyembuh Luka?

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Saya tertanya-tanya berapa lamakah luka dikecewakan akan dapat saya lupakan. Sehingga sekarang pun masih terasa bisa. Betul tak sakit sangat sekarang tapi bisa masih ada. 5 tahun dah berlalu dan ia mengubah pendirian saya kembali kepada diri yang tegas. Saya mengelak sebarang cubaan sesiapapun yang saya dapati bahaya untuk menghampiri rapat pada saya. 

Kembali rapat tanya khabar pun saya elakkan sebab saya tak berminat nak tahu bagaimana kehidupan awak apatah lagi saya bukan kaunter pertanyaan untuk awak tanya macam-macam soalan. Saya tak mahu buang masa fikir, ambil berat lagi.

Lama dah berlegar dalam fikiran. Ingatkan pergi jauh ke sini dapatlah elak gangguan. Rupanya tidak.  Awak tidak boleh tinggalkan ingatan itu di Malaysia.

Berapa lama luka akan betul-betul hilang dan tiada parut langsung?

P.S: Maaf pasal jiwang-jiwang pula kali ini. Nak elak tapi ia mengganggu hidup saya. Jangan risau saya dah maafkan tapi nak ulang cara yang sama tidak lagi. I forgive but I am not stupid enough to forget and repeat my mistakes.

9 comments:

Syazana Zainn said...

Harap kak wina banyak sabar
Memang kena bertegas sikit dengan orang yang tak berapa nak faham bahasa ni.
Fighting!

Nor Azimah Ali said...

In shaa Allah nnt ada yg baik dlm hidup NA ye

Nur said...

Orang kata, untuk sembuhkan luka dikecewakan, cari pengganti. :)

NA said...

Tidak jumpa orang yang sesuai :)

babYpose said...

InshaAllah berbanyak berdoa dan fokus kepada yang menggembirakan.

Tikno said...

Bisa memaafkan itu luar biasa.

NA said...

Alhamdulillah sudah dapat memaafkan tapi tidak boleh lupakan. Tq komen pos lama saya.

Tikno said...

Saya suka baca (termasuk baca posting di blog). Kadang saya kasih komen.
Tampaknya blog ini banyak posting tentang "personal diary".

NA said...

Ya tengok tajuk blog ini pasal pencarian jiwa.