Nuffnang

Friday, February 3, 2023

Rasmikan Pembuat Wafel Yang Diterima Daripada Azhafizah

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ada beritahu dalam pos sebelum ini saya terima alat pembuat wafel. Jadinya hari ini baru rasmikan ketika sarapan pagi. Sebenarnya adik saya yang rasmikan sebab anak-anak buah tidak sabar hendak makan wafel. Jadi saya tukang tengok dan ambil gambar.

Hehe cubaan pertama kurang garing  di tengahnya tapi anak buah kata sedap. Saya tidak makan sebab puasa. Lega juga alat berfungsi baik jadi emel pada Fiza alat ini berfungsi baik.

Depan Wafel



Ini pula di belakangnya, letak cip coklat. Jadi coklat ada cair jadi tambah sedap.

Belakang Wafel Dengan Taburan Coklat



Rupanya boleh buat roti kepit juga. Hehe baguslah sebab lagi senang buat. Itu nanti saya buat sendiri apabila berada seorang di rumah.

Terima kasih Fiza pemilik blog sihatimwrahjambu untuk hadiah ini. Fiza banyak kongsi maklumat pelbagai. Bolasepak tanahairpun ada.

Jumpa lagi.

P.S: Kalau saya buat wafel, saya akan cari yang soap bancuh yang dijual di pasaraya.

20 comments:

Afzan said...

saya buat wafel untuk Pia pun guna tepung readymade je NA..cuma tambah telur dan air...sedap juga

Sharhanah said...

Lapar pula petang-petang camni tengok wafel.

Carneyz said...

Nanti post la gambar bila buat roti kepit tu ye NA.

Rabiahtul adawiyah said...

Wahh sedapnyaa

izzaty sarafina said...

sedapnyaa! zaty kalau buat mesti tak jadi ni hahahahah

Kakmim said...

Wah.. bagusnya fiza bg hadiah yg bermanfaat utk seisi keluarga.. kalau sy beli premix pancake adabi tu utk buat waffle kt umh.. ready nutella & peanut butter je.. tahniah NA

Nur said...

Wah, dah ada waffle maker. Sedapnya tengok waffle! :D
Senang juga, sebab ada jual tepung adunan instant.

nohas said...

sedapnya...wahh, boleh makan waffle puas2..kalau beli kt kedai, x cukup satu..hihi..

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Menarik . Kegunaan dua dlm satu yer . Kepit roti boleh . Bt wafer pun boleh juga

Puan Hazel said...

Alhamdulillah selamat dirasmikan :D

R's Rue said...

Thank you for sharing.
www.rsrue.blogspot.com

dear anies said...

lps ni bleh mkn dgn aiskrim pulak👍

adianiez AIDA said...

tahniah, wina.
bertuah sgt :)
waffle sapu coklat & peanut butter = sedap!

nona sani said...

Nice nya...Best dapat hadiah Gini ✅

AiniHalim said...

Klau buat roti sardin sedap juga ni..

Sha Mohamed said...

Alhamdulillah.. Mengancam sungguh waffel tu.. hehehe

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Saya jadi teringin nak beli juga. Tapi karena saya pun tak terlalu pandai dalam hal masak, untuk adonannya memang lebih bagus beli yang siap pakai saja 😄. Tak bakal gagal 🤣

Fieza Sani said...

suka dapat hadiah yang macamni,berguna sangat..

mamapp said...

yummy sedapnya.. campurkan dgn peanut butter pehh

Nina Mads said...

sedapnya.. lama tak makan wafel. buat sendiri boleh tambah jem ikut suka