Nuffnang

Wednesday, July 1, 2026

Hadiah World Cup 2026 Tumbler

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Alhamdulillah selamat sampai termos Piala Dunia FIFA 2026. Sebenarnya saya tidak ikuti sangat Piala Dunia ini sejak Miroslav Klose bersara. Kurang semangat hendak sokong Jerman. Pasukan Jermanpun macam tidak sekuat dahulu.

Apapun terima kasih Cik Notie sebab anjurkan pemberian termos percuma sempena Piala Dunia. 

Parcel yang diterima berwarna hitam.

Mari buka.

Parcel Keriangan



Tengok deskripsi parcel ada tulis  WC2026 Tumbler Florian Wirtz 30 Top Player. Hehe tidak kenal siapa. Terpaksalah google pemain no 17 ini. Takpelah tidak popular buat masa ini. Mana tahu akan datang awak akan popular dan sehebat Klose. Umurpun baru 23 tahun. Klosepun masa mula main pada tahun 2002 (umur 24) saya tidak berapa kenal. Lepas itu popular banyak jaringkan gol tapi namanya masih tidak segah pemain lain. Pelik jugalah. Lantaklah asal banyak jaringkan gol.

17 Florian Wirtz



Lepas itu marilah kita cuba isi air panas dalam ini. Isi berhati-hati. Terfikir macam manalah hendak nampak suhu air terkini. Rupanya kena tekan bahagian tengah bulatan hitam lama-lama. Haha kasihannya baru tahu.



Suhu Air Panas 97°C



Tq Cik Notie. Semoga murah rezeki.


18 comments:

en.me said...

tahniahnyer., me pon dpt tumbler jugak., hehe

adnil linda said...

Alhamdulillah..tahniah kak NA..

Roziah @ Cie said...

Cie punya pun dah dapat. Tahniah.

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Baguuuus Ih tumblernya kak. Yg saya suka Krn ada penunjuk suhu 😍😍.

Suria Amanda said...

Cantik...SA pun dapat tapi gambar CR...semoga dimurahkan rezeki Kak Notie

Aida Deqsu said...

cun tumbler dia. tahniah

Puan Hazel said...

Tahniah NA 👏🏻

Carneyz said...

Tahniah NA dapat hadiah tumbler canggih 👏🏻

Shikin Razali said...

Tahniah Kak NA.. Comey tumbler nya...

Ujie Othman said...

Tahniah Na 👏🏽
Seronok guna ya sebab boleh nampak suhu semasa.

Cik Nur said...

Tahniahhh
Alhamdulillah
Lawaaa la kalernya

Sis Lin said...

Tahniah juga.. meriah nampak tumbler sana sini

Abam Kie said...

tahniah kerana dimurahkan rezeki dpt tumbler comel mcm ni. Keep it up!

Tot said...

Tahniah, NA. Wah, siap test letak air panas. Saya belum guna untuk air panas lagi.

mrhanafi said...

Cantik tumbler dan ia pasti sinonim dengan musim bola world cup sekarang ini...tahniah dapat rezeki yang menarik.

Pizzah said...

Alhamdulillah..Tahniah kak Wina. Best tu ada bacaan suhu sekali kan. Saya pun ikut sikit-sikit je. Sejak tak ada Giroud kat France, tak tahu nak support team mana. huhu...

SN Faaezahh said...

Tahniah NA. Elok aihh tumbler tu. Siap ada papar suhu.

Mina said...

Tahniah dapat tumbler. Ok jugak tumbler macamni sebab boleh tengok suhu. Btw, jemput follow blog saya ya https://www.spacemaya.com/