Nuffnang

Saturday, September 19, 2020

Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Esoknya selepas sarapan pagi dalam pukul 9 pagi kami pun bertolak menuju ke Taman Agroteknologi MARDI. Pergi awal pagi sebab emak takut hujan petang. Pagi itu cuaca panas matahari terik tapi nyaman.

Sebelum masuk kami semak suhu dan kemudian ke kaunter tiket. Harga tiket untuk dewasa ialah RM6.50, warga senior RM2 ( tidak silap) dan bagi kanak-kanak bawah 6 tahun percuma. Jadi adik beli 3 tiket dewasa, 2 tiket warga senior. 2 orang anak buah tidak perlukan tiket.

Tiket Masuk



Sebelum masuk kami disapa pepohonan pokok dan teduhan.

Pokok-Pokok Dan Teduhan



Nampak juga gerbang penanda taman yang besar. Matahari memang memancar garang. Jadi ada silau sedikit ketika mengambil gambar.

Tanda Mercu Gerbang Masuk




Memang luas dan dibahagikan pokok ikut kategori. Antaranya: hidroponik, epal, orkid, tanaman dapur dan lain-lain. Ada yang kawasan kosong mungkin tanaman mati. Ada bahagian tidak boleh dilawati seperti kawasan teh.

Tanaman Dapur


Ketika di penghujung terdapat kedai menjual produk seperti coklat strawberi, ubi keledek ungu, teh, sambal hitam dan lain-lain.

Produk Coklat Strawberi Tempatan



Pukul 12 tengahari lebih kami keluar untuk cari sayur-sayur segar dan makan tengahari.

Alamat: Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands,
Jalan Dayang Endah,
Tanah Rata, 
39007 Cameron Highlands, Pahang.
No tel: 05- 491 1255/5945
No faks: 05- 491 2170




P.S: Sudah guna pemuka (dashboard) baru. Tidak boleh tukar ke pemuka lama. Pemuka lama punya sudah tiada. Sedih juga semalam.  Korang ada lagi tidak pemuka lama?


Monday, September 14, 2020

200 Seeds Cafe By Abang Strawberry

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Selepas berehat dan hujan berhenti pukul 4 petang kami keluar untuk makan petang. 

Maka kami singgah ke 200 Seeds Cafe By Abang Strawberry. Orang masih ramai jadi tunggu sekejap untuk dapatkan tempat duduk. Sudah dapat tempat, kami lihat menu-menu yang ada.


Buku Menu


Asalnya saya hendak makan penkek tapi petang tiada menu tersebut. Setelah berbincang kami makan berat terus. Jadi malam tidak payah keluar lagi untuk makan.


Pancakes (BF03)


Di sini kita tulis berdasarkan apa kita hendak pada kertas dengan tulis kod nombor makanan. Pergi ke kaunter, pesan dan bayar. Nanti pelayan akan hantar ke meja berdasarkn nombor meja yang kita tulis. Saya pilih lasagna dengan kruton. Di sini popular nasi lemak strawberi. Abah dan adik ipar pilih ini.


Nasi Lemak Strawberry Dan Nasi Goreng Strawberry



Pilih Kopi Strawberry



Aneka Minuman Sejuk



Lasagna Dengan Kruton


Makanan oklah, tidaklah sedap sangat. Biasa-biasa. Asalkan sudah cuba.

Menurut adik dibuka sehingga pukul 6 petang.

Alamat: No 27 Tanam Sedia,
               39000  Tanah Rata
               Cameron Highlands 
               Pahang.


Saturday, September 5, 2020

Terima Hadiah Sebagai Pengomen Utama

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selasa sebelum ke Cameron Highlands,  kebetulan baca pos Dana mengenai hadiah diterima. Tidak lama selepas itu, terdengar bunyi hon. Rupanya van pos laju datang.


Parcel Pos Laju


Memang tidak jangka barang sendiri. Selalu barang kepunyaan adik-adik. Sayalah proksi yang mengambilnya.


Gel Aloe Vera


Masa penghantar sebut nama pun saya tidak perasan. Saya main sebut dia tiada di sini. Jadi penghantar itu tanya nama dan kad pengenalan. Saya belek-belek maklumat yang ada di luar bungkusan. Saya menjerit.  "Eh ini saya punya." Tengok nama penghantar baru teringat saya salah seorang pengomen utama blog Shikin Razali.


Jam Tangan


Gembira dapat jam warna coklat dan gel aloe vera.

Terima kasih daun keladi.



Wednesday, September 2, 2020

Rose Apartment, Cameron Highlands

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Baru sampai di Tanah Rata, Cameron Highlands. Insya Allah saya di sini sampai hari Jumaat. Sekarang hujan lebat jadi terbantut hendak pergi makan dan jalan-jalan.


Alamat apartmen


Kami iaitu emak, abah, adik sekeluarga dan saya duduk di tingkat 5 Rose Apartment, KEA Farm.
4 bilik tidur, 3 bilik air dan dapur.


Dapur


Tangga Ke Tingkat Atas


Salah Satu Bilik Air


Salah Satu Bilik Tidur


Internet laju jadi dapat kemaskini blog.

Jumpa lagi.

Maklumat tambahan.

-Ada nyamuk. Jadi sila bawa ubat nyamuk.

-Memandangkan tuan punya apartmen ini Cina, sila bawa tanah untuk samak alatan memasak.

-Penunjuk kiblat pun tiada. Sila bawa kompas atau aplikasi penentu kiblat.

-Harga RM250 untuk hari biasa. Harga berubah pada cuti umum atau hujung minggu.

-Strategik. Terletak berhampiran KEA Farm. Kalau berminat bolehlah hubungi Airbnb Yene: 012- 461 6200. 

-Alamat: B-5-4, Rose Apartment, KEA Farm, 39000 Cameron Highlands Pahang.



Sunday, August 30, 2020

Beli Murah Cadbury Dairy Milk Bar

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat bercuti dan berhujung minggu. Hidup sentiasa berubah dan kadang-kadang kebiasaan biasa dan perkara selalu dilakukan tidak dapat dilakukan.

Dahulu waktu saya belajar di universiti selalu juga beli coklat bar Cadbury Dairy Milk Fruit and Nut, kudapan untuk makan. Harga dahulu bawah RM5 untuk 200 gram. Jadi sekarang dapat beli sekali-sekala. 

Jadi peluang diperoleh ketika Mydin buat jualan murah sehingga 31 Ogos. 


Cadbury Dairy Milk Fruit And Nut


Satu bar RM5.50 165 gram walaupun tidaklah murah sangat. Ambil sekali 12. Sekarang citarasa saya lebih pada kekacang. Jadi 5 bar hazelnut, 5 bar roast almond dan 2 bar fruit and nut.

Tunggu lagi kalau ada jualan murah. Harap ada lagi murah. Boleh beli banyak-banyak buat  kudapan.


Sunday, August 16, 2020

Kek Kukus Buah

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Selamat berhujung minggu. Ini cerita Sabtu seminggu sebelum Raya Haji. Singgah rumah Makcik Masitah di Semenyih. Sebelum itu hadiri kenduri kahwin di Tanjung Sepat. Pertama kali ke kenduri kahwin selepas PKPP. Meriah dengan makanan. Ada otak-otak, apam balik, kambing bakar, sambal udang dan air panas serta sejuk.



Kek Kukus Buah


Panas-panas lagi kek kukus buah ini. Jadi biar terbuka dalam kereta biar jangan berkuap. Memang kukus dalam bekas plastik itu. Bekas besar itu hendak bawa ketika kenduri kesyukuran minggu depan. 
Saya suka makan kek kukus ini sebab rasa tidak manis sangat dan rasa gula itu macam dikaramelkan. Suka dengan pelbagai rasa manis, masam, masin dan sedikit pahit.


P.S: Terkini suka tulis sebelum tunggu Subuh dan hujung minggu. 



Sunday, August 2, 2020

Tanda Nama

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Nurul Amrina Sulaiman
Tanda Nama Pengawas Pusat Sumber


Tidak sangka masih ada lagi tanda nama ini. Maknanya ada bersama sejak 15 tahun lalu.



Wednesday, July 29, 2020

Review: Roti Cotek Di Laman Hijau Cafe

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Esok hari Arafah. Digalakkan berpuasa. 

Laman Luar Laman Hijau Cafe


Selasa lepas macam biasa mencuba pertama kali di Laman Hijau Cafe untuk bersarapan. Pukul 8 pagi lebih sampai bersama emak, abah dan Uwan. Kafe ini terletak antara deretan rumah. Kira kafe tepi rumah. Persekitaran memang bersih dan nyaman walaupun terletak di tepi jalan.

Kaunter Makanan


Saya tidak tahu hendak sarapan apa. Sarapan macam hidangan biasa ditemui macam nasi lemak, mee kari, rojak, roti canai, nasi berlauk. Jadi cuba roti cotek. Pandangan pertama macam roti titab.

Roti Cotek Di Laman Hijau Cafe.


Rasa macam biasa sahajalah. Boleh buat sendiri. Ada rasa sedikit mee kari yang emak pesan. Memang sedap dan memenuhi kehendak saya iaitu pekat dan pedas.

Uwan pesan roti telur, abah pula nasi berlauk. Apapun akan datang semula ke sini kerana hendak cuba menu lain sebab kami datang awal pagi. Ada menu belum tersedia macam kacang pool dan laksa nyonya. Insya Allah. 

Sesiapa nak cuba boleh ke alamat ini:

Laman Hijau Cafe,
Lot 2900, Kampung Tampin Tengah,
Tampin Negeri Sembilan.
No tel: 012 375 6377

Selain sarapan, makanan tengahari turut disediakan.

Selamat Hari Raya Aidil Adha dan selamat berpuasa esok.

Jumpa lagi.


Saturday, July 18, 2020

Rutin

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Semoga gembira dan sihat.

Sejak PKPP, rutin kami banyak mencuba atau makan di kedai. Selain itu rajin bawa Uwan makan di luar biasanya untuk bersarapan kemudian lepak di rumah Uwan untuk masak tengahari kemudian selepas solat Zohor balik ke rumah.

Ada juga bawa Uwan untuk makan malam kalau kami sampai rumah Uwan selepas Zohor. Mak sebenarnya nak makan yong tau fu di satu kedai di Tampin tapi tutup pula. Kedai tomyam pun banyak yang tutup sebab tukang masak Thailand pun tidak dapat datang sini. Ada satu kedai jual masakan tomyam tapi tukang masak orang tempatan tetapi emak kata masakan rasa macam tidak sampai.  Tempat kami selalu makan iaitu tempat emak kutip sewa kedai pun tidak buka. Rasanya tempat itu paling sedap ikut tekak saya.

Minggu depan emak hendak ke 'Laman Hijau' untuk bersarapan. Agaknya sudah bersusun tempat makan difikirkan emak dan abah. Apapun saya hargai masa ini bersama ibubapa dan Uwan. Saya rasa emak dan abah tebus waktu untuk tidak dapat melancong. Apapun setiap perkara ada hikmah.Fikir yang baik.

Ok jumpa lagi.

Friday, July 3, 2020

Makanan Kucing

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...




Salam Jumaat berkat. Apa khabar pembaca blog? Semoga sihat dan gembira hendaknya.

Beli makanan kucing jenama Friskies Sabtu lepas. Asalnya bermula beri makanan lebihan diletak luar rumah bawah pokok untuk burung-burung makan ketika selepas sahur atau subuh ketika Ramadan. Sedekah Subuh. Suka suasana subuh Ramadan. Cuma ada satu hari ada anak kucing kurus kering datang ketika letak makanan lebih.

Jadi saya kumpul tulang-tulang ikan, ayam, ikan bilis ditumbuk dicampur nasi. Kasihan tidak kenyang kerana sedikit dan kadang-kadang tiada makanan yang sesuai untuk diberi maka makanan kucing dibeli. Saya terfikir ada ke makanan halal untuk kucing? Ya walaupun untuk kucing tapi saya akan kendalikan makanan jadi kena pilih yang halal. Tidak jumpa yang tulis halal cuma Friskies tulis 'Suci' dan 'Bersih'. Saya ambil yang ada makanan laut. Yakin sedikit hendak pegang.

Alhamdulillah anak kucing itu sudah berisi. Anak kucing ini takut orang. Jadi ia akan makan selepas ia yakin tiada orang di sekitarnya.



Friday, June 26, 2020

7 Tahun Lalu- From Rusia With Love

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Kenangan bersama emak, abah dan Uwan muncul di FB emak. 



26 Jun 2013. Sama ada di Volgograd atau Novgorod.

Wednesday, June 24, 2020

Review: Krimpaf Buntat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selepas selesai makan nasi lemak 7 benua, abah nak mencuba Krimpaf Buntat di sebelah. Di sini cuma ada perkhidmatan bawa pulang. Saya sudah membeli awal semasa abah berborak dengan pemilik kedai.


Krimpaf Buntat Melaka
Kain Rentang Krimpaf Buntat Beserta Maklumat


Asalnya saya ke sebelah hanya untuk ambil gambar-gambar kain rentang dan menu terlebih dahulu kerana diberitahu kedai buka pukul 9 pagi. Ketika mengambil gambar, ada seorang pekerja datang. Alhamdulillah dapatlah pesan. Memandangkan kali pertama mahu mencuba, saya beli 10 biji krimpaf vanilla. Harga RM10.


Seleksi Krimpaf Beserta Harga


Banyak jenis krimpaf: krim vanilla, krim nutella, krim keju, oreo, krim durian, coklat bersama strawberi.


Seleksi  Lain Beserta Harga.


Menu lain pun ada seperti bombalini, brownies, tart buah dan tart keju. Memang lengkap maklumat diberi. Ada gambar beserta harga. Jadi dapat memilih dengan cepat.

Abah membeli 10 biji krimpaf durian dengan harga RM15.
Rasanya ia dinamakan Krimpaf Buntat kerana saiznya yang montel dengan intinya.


Krimpaf Buntat Vanilla


Krimpaf Buntat Durian



Saya makan 2 biji krimpaf iaitu satu vanilla dan durian. Krimpaf vanilla tak manis sangat. Manakala krimpaf durian memang terasa seperti makan buah durian sebenar. Abah tanya penjual guna durian jenis apa. Dia kata durian D24. Saya suka krimpaf durian ini walaupun agak manis berbanding krimpaf vanilla. Secara keseluruhan saya berpuasa hati dan ingin membeli lagi. 9/10. Mungkin cuba perisa lain pula.

Sesiapa berkesempatan singgah Melaka atau memang dari Melaka bolehlah datang ke sini.

Alamat:
No 3 Arked MARA Bukit Beruang,
Rumah Awam Bukit Beruang, 
Lorong Mahsuri 2,
75450 Ayer Keroh, Melaka

No. tel: 013 602 8987