Nuffnang
Friday, April 22, 2011
Thursday, April 21, 2011
Geram Dengan Maxis
(Tulisan meluahkan perasaan)
Assalamualaikum...
Baru je reda kemarahan kat sistem Maxis, muncul lagi persoalan tentang caj entah apa-apa. Hei, nanti tukar juga penyedia perkhidmatan. Silalah buat semakan apa masalah sistem korang ni. Saya tengok pun banyak juga orang bising pasal sistem korang yang cajkan entah apa-apa. Iklan yang saya taknak pun, korang bagi banyak-banyak lepas tu orang lain termasuk saya boleh terlanggan. Memanglah korang ni tak hiraukan pelanggan ke? Nak untung pun biarlah cara yang betul. Korang nak pelanggan lari ke? Tolonglah jangan bengap sangat kalau dah dapat banyak aduan, silalah betulkan sistem korang tu yang memang nyata ada tak betulnya. Nanti saya tuntut juga di akhirat walaupun amaun tu kecil. Yelah bukan saya seorang, ramai lagi terkena. Amaun kecil campur semua akan jadi banyak juga.
Geram betul. Terpaksa luah kat blog sebab nyata ada je caj baru pula timbul lepas dah komplen caj lain hari tu kat Pusat Maxis. Ubahlah dan perbaikilah sistem korang tu woi, pengguna sekarang bukan bodoh. Jangan saya betul-betul tekad tukar pula. Korang bagi ganjaran pun tapi sistem bangang kenakan caj yang bukan HAKNYA pun tiada guna.
Labels:
Diri,
Luahan,
Peristiwa/Event
Wednesday, April 20, 2011
Grateful And What I Want
I am grateful what I get either good or bad things. There are lessons in everything that happen to me. Thank you, Allah. You give me strength, wisdom to face the obstacles. You give me this brain to THINK carefully what to say, to act according to your command. Please give me the utmost patience, perseverance. I want to be the strongest person and excel in your trial.
Labels:
Muhasabah,
Renungan,
Selingan,
Thought of The Day
Over Thinking Kills ME!
Assalamualaikum...
Nothing much I want to say, I just want to tell that my problem with Maxis is solved finally. Alhamdulillah. I thought I might be harsh to Maxis when sending my complaint to the official site. Well, when your problem was not solved immediately, you tend to get annoyed.
Another thing is, I still have not installed or reformatted my computer. I don't know when I can do that. Deep inside my heart, I wish I do not have to. Let's see. Crazy right? It is a small thing or others think I exaggerate that matter.
Well, I guess I am over thinking about this. People who know me KNOW THAT I like to scrutinize every thing and it make me get headache! Serious it is not fun to be ME.
Labels:
Diri,
Luahan,
Peristiwa/Event
Monday, April 18, 2011
Celupar
Assalamualaikum...
Hari ini saya nak tulis tajuk celupar. Orang yang celupar ialah orang yang bercakap tanpa berfikir. Orang yang BERJAYA ialah orang yang menjaga lidah dan solat dengan khusyuk.
Ciri-ciri celupar
- Menghina manusia/ menggelar orang lain dengan gelaran yang tidak baik.
- Memalukan orang lain.
- Mengumpat.
- Menceritakan aib orang dan diri sendiri.
- Mencaci dan memfitnah. Orang yang memfitnah tidak masuk syurga KECUALI BERTAUBAT dan MEMOHON MAAF kepada orang yang difitnah.
- Dusta/ Menambah cerita yang tidak baik.
- Bersumpah palsu atau suka BERSUMPAH walaupun BENAR.
- Bertengkar.
- Berkasar atau mengherdik anak yatim.
- Mengutuk orang atau bermuka-muka.
Islam tidak membenarkan kita menghina orang di depan atau di belakang orang.
Terlalu mendewakan seseorang dianggap celupar juga.
Mengungkit pemberian kita kepada orang lain juga dianggap celupar.
Tanda-tanda orang berdosa.
- Tidak merasa berdosa. Menganggap mudah dosa dan merasa seronok melakukan dosa malahan membanggakan dosa dengan menceritakan pada orang lain.
Ilmu saya dapat ketika mendengar kuliah Mohd Zawawi Yusoh, 6 September 2001
Sunday, April 17, 2011
Baliklah
Assalamualaikum...
Terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Oh nak bagitahu pc umum tu bukan pc di kafe internet tapi pc di rumah ini juga di mana semua orang di rumah boleh pakai dan diletakkan di bilik tetamu.
Saya masih lagi menulis di pc umum. Ketika saya menulis tulisan ini, saya tinggal sorang di rumah. Adik, H pula ke KL. Mak dan abah di kampung, masih dengan tujuan untuk menjemput. Nampaknya perkahwinan adik saya, H sama tarikh dengan perkahwinan Putera William dan Kate Middleton. Bukan sengaja pilih sama tarikh yer, adik saya dah rancang tarikh tersebut sejak tahun lepas manakala pasangan diraja tu pilih pada awal tahun ini. Mak saya ralat sebab tak dapat tengok siaran langsung perkahwinan diraja tu. Hehe, saya cakap mesti dapat tengok ulangan nanti.
Adik saya, M tak dapat balik ke Malaysia (dia cakap tak dapat balik, Allah je tau kut dia nak buat kejutan kat H). Wahai adikku, M kalau baca ni, sila jangan buat lawak, cakap je dapat balik, nanti kitaorang buat bodoh tak jemput kat KLIA. Adik saya M ni ada karakter SUKA buat kelakar macam pelawak. Dia yang selalu buat lawak pada kami sekeluarga.
Mengikut perancangan, adik saya Y akan balik bersama budak bobot (Adiva) hari ini. Rindu nak menyakat budak bobot tu, cubit-cubit pipi dan gigit jari dia. Esok budak bobot tu akan mencecah 6 bulan.
Oklah, wahai ahli keluargaku cepat balik lebih-lebih lagi si M, tak lawak tau cakap tak dapat balik.
Jumpa lagi.
P.S: Along cakap balik, balik tau. Bayar jer denda ponteng kelas. Takpun cakaplah kat pensyarah M tu, ada ahli keluarga kahwin mesti dia faham.
Labels:
Diri,
Luahan,
Peristiwa/Event,
Selingan
Saturday, April 16, 2011
Menulis Kembali
Assalamualaikum...
Selamat pagi. Bertemu kembali di ruang penulisan. Hampir seminggu saya tidak menulis di blog. Pc saya masih belum sihat dan walaupun ada pc umum tapi saya macam kurang mood tulis di pc umum. Semalam saya keluar jalan. Mula pergi JJ, banding harga keju. Kemudian pergi ke Mahkota Parade untuk ke Pusat Maxis sebab ada masalah langganan. Harap selesai. Mula-mula buat laporan di laman sesawang Maxis 2-3 kali tapi tiada tindak balas daripada pihak Maxis. Lepas tu buat luahan di Facebook Maxis pun tiada tindak balas. Maka terpaksa ke Pusat Maxis di Mahkota Parade untuk batalkan langganan yang saya tak nak. Banyak makan kredit, tu kena cepat-cepat selesaikan kalau tak, kering tak sampai beberapa hari.
Alang-alang tu cari installer untuk pc saya. Di MP tiada installer Windows XP, kalau ada pun Windows 7. Takut tak sesuai, dah installer tu mahal sebab CD asli. Lepas tu gi Hatten Square Melaka. Ada tapi ada banyak versi Windows XP. Fikir-fikir beli jerla, dah nak rindu saya nak pakai pc sendiri. Lepas tu pergi ke Dataran Pahlawan beli Big Apple. Akhirnya termakbul hasrat untuk makan donut Big Apple pertama kali. Beli 1/2 dozen je dengan harga RM12.50. Lepas tu jalan-jalan dalam bangunan Dataran Pahlawan. Percaya tak itu pertama kali saya masuk ronda-ronda Dataran Pahlawan. Ramai juga orang semalam, cuti umum Melaka. Berhenti minum dan lepas tu pergi MP semula untuk solat dan pulang menaiki Town Bas yang memang perhentiannya depan MP.
Sampai rumah, tunjuk installer tu kat adik, H. Dia cakap saya salah beli versi installer. Lepas tu paling tragik, dia cakap dia ada installer untuk pc saya. Macam nak sebut basket je,hehe. Jangan marah H kalau baca ni. Dah dia balik tu dia tanya dah install ke? Tu yang saya ingat dia takde installer maka saya nak beli. Dah seminggu kan pc saya tak diberi rawatan. Bila minta installer kat H, dia cakap nak bagi nanti. Hait bila entah nak bagi. Sudahnya pc saya berehat.
Haha satu lagi kes, dia ketuk pintu bilik, masa tu saya tidur keletihan. Dia tanya pasal donut yang saya bawa balik (letak dapur, tak makan lagi). Saya cakap makanlah. Dia cakap boleh makan berapa. Saya cakap suka hati. Bila saya bangun tidur, pergi dapur tengok dapur, donut tinggal 2 biji. H telan 4 biji. Oklah tu ada dia tinggalkan. Nampaknya saya kena beli lagi, nak rasa donut cheese ape tah tak dapat rasa. Oh!Ya, saya dan H tinggal berdua di rumah. Mak dan abah pergi KL pergi menjemput.
Ok itu jer. Hikmah pc tak sihat dan masalah dengan Maxis menyebabkan saya pergi MP dan Dataran Pahlawan dapat beli donut yang lama saya teringin nak makan.
Jumpa lagi.
Labels:
Diri,
Makanan dan saya,
Peristiwa/Event
Friday, April 8, 2011
Sayangi PC/Laptop Anda
Assalamualaikum...
Bertemu kembali. Rasanya 2 hari saya tak menulis. Tadi 3 kali pc saya padam tiba-tiba dan keluar amaran kesilapan sistem dan pergi ke 'sleeping mode'. Saya teringat dah seminggu saya tak bagi pc saya rehat. Pc saya pun macam mengaum. Pula tu saya aktif muat turun data. Kira banyak aplikasi saya buka. Bila tiba-tiba 'shutdown', gelabah saya. Saya takut tak boleh buka semula program. Memang awal-awal tu, pc buka tutup, dalam status tidur. Heh, lagi satu kewajipan saya tak buat, iaitu mengimbas kalau ada sektor rosak, fragmen semula, kosongkan cache dan kemaskini perisian. Kalau adik saya, si H dan M memang dia ambil berat pada laptop dan pc mereka. Mereka akan ambil masa untuk buat rawatan dan pencegahan supaya sistem tak hancur. Sebenarnya untuk mengelak daripada format semula pc/laptop. Kalau mereka dapat masalah ni awal-awal mereka akan buat diagnostik komputer. Ada masalah cepat-cepat mereka atasi. Mereka juga bukan sewenang-wenangnya bagi orang lain pakai pc atau laptop. Selalu H bagi saya pinjam dengan ingatan "Na, jangan muat turun apa-apapun.Layari internet je. Pakai mozilla." "Na, jangan usik bla bla."
Bila kena sekali ni, baru teringat saya tak rawat, kasi antibodi, rehat pada pc saya. Kecut hati saya sebab takut kena format semula. Dahlah saya tak reti. Jadi lepas pc hidup mati 3 kali, saya buat diagnostik apa yang saya tahu. Harap-harap dapat baiki kesilapan besar yang ada pc saya.
Pengajaran juga pada saya sebab selalunya yang ambil berat kesihatan pc ni adik saya, saya ni rajin pakai je sebelum ni. Jadi pc ni kira adik bagi sempena dia habis belajar maka tanggungjawab saya menjaga pc ni sebagaimana adik saya menjaganya. Maka pc ini akan diberi rehat atau tidur sebagaimana tuannya.
Ok itu sahaja saya nak coret. Jumpa lagi. Hargainya kesihatan anda dan pc/laptop anda. Nasihat daripada saya.
P.S: Jangan muat turun program yang diragui kesahihan atau yang anda tak kenal, takut spyware
Labels:
Diri,
Luahan,
Peristiwa/Event,
Renungan,
Software
Wednesday, April 6, 2011
Mengapa Berat Badan Saya Tidak Naik?
Assalamualaikum...
Hari Selasa merupakan hari di mana terdapat pasar malam di kawasan perumahan saya. Selalunya makanan saya pilih untuk makan adalah laksa penang. Abah pun memilih untuk makan laksa. Masalahnya dia makan laksa saya mempunyai cili api. Maka terpaksalah dia memilih cili api untuk dikeluarkan daripada pinggan. Manakala saya yang makan kemudian mengambil cili api yang abah sisihkan dalam laksa dia masuk ke dalam laksa saya. Memang susah nak nampak beza laksa mana ada cili api atau tidak kalau tengok daripada plastik luar.
Apapun saya nak tulis tentang selera makan. Mimok pernah komen masa saya belajar di universiti badan saya tak naik walaupun selera makan saya boleh tahan, makchek saya pun pernah cakap saya ni boleh tahan juga selera makan. Beberapa minggu lepas pun adik saya si Z pun cakap "nasib baik tak gemuk" kat saya bila saya cakap nak makan ni rasa nak tidur je.
Aktiviti makan pula tak ikut waktu kadang-kadang waktu tengah malam, waktu sahur pun saya makan kalau lapar. Kira saya makan tak kira waktu. Mereka pelik saya makan tapi badan tak naik. Ok, sebenarnya kalau lepas makan, saya akan buat aktiviti membuang tenaga macam kemas dapur, basuh pinggan, menyapu, letak plastik sampah kat luar rumah dan lain-lain. Takpun saya suka tengok tv, saya buat aktiviti basuh baju (pakai mesin) di mana mesin basuh tu dah jadi manual kena isi air. Jadi waktu iklan tv, saya akan tengok perkembangan mesin nak air ke tidak. Lagi satu saya suka naik turun tingkat atas, sambil basuh pinggan dengar radio sambil saya akan naik ke atas tengok pc saya dah habis muat turun siri atau filem. Memang saya aktif ke sana ke sini akan buat 2-3 kerja pada satu masa. Tengah makan pun boleh tengok mesin basuh atau naik tingkat atas jawab telefon.
Mak saya pun rajin suruh saya ambil barang-barang yang terletak di tempat lain walaupun saya tengah makan. Mak suruh je, cepat-cepat saya pergi ambil sama ada kat luar rumah, di ruang tamu atau kat atas.
Mengapa saya buka topik ini? Haha sebab ramai teman siber saya ingat saya ni berisi. Saya selalu cakap tengah makan itu, tengah kunyah itu ini atau minta izin nak ke dapur sebab nak buat air atau ambil kuih ketika borak di alam maya. Ada tu tak percaya saya kurus je. Haha lantak kalau tak caya.
Syukurlah ya saya tak pernah alami berat badan berlebihan. Jadi mungkin anda pun boleh buat macam saya, rajin-rajin aktifkan diri buat kerja-kerja rumah takpun rajin-rajin naik turun tangga.
Ok jumpa lagi.
P.S: Senang kalau badan ringan, senang bergerak
Labels:
Diri,
Dunia Siber,
Makanan dan saya,
Peristiwa/Event
Monday, April 4, 2011
Penulisan Dinihari Bahagian 2
(Penulisan ringan)
Assalamualaikum...
Selamat pagi sahur. Ada ke yang tengah bersahur untuk puasa sunat? Hehe, saya pula kira makan tengah malam. Buat spagetti bolognaise tanpa menggunakan lada hitam sebaliknya meggunakan cili api yang ditumbuk bersama bawang putih. Nantilah saya letak resipi bersama gambar. Kadang-kadang ada pembaca tak percaya kalau tiada gambar padahal saya memang buat cuma malas ambil gambar dan nak muat naik dengan pc tak boleh detect pemacu CD. Takpelah mungkin tunggu kemudian bila rajin dan masalah selesai.
Ok jumpa lagi.
P.S: Satu hari nanti blog saya ni akan banyak ada gambar-gambar lebih-lebih lagi gambar makanan yang saya masak. Masa tu korang pula muntah tengok banyak sangat gambar sampai bising pula kata tulisan sedikit :)
Labels:
Diri,
Luahan,
Makanan dan saya,
Selingan
Sunday, April 3, 2011
Menilai Kehidupan
Assalamualaikum...
Dalam lebih setahun ini, saya lebih kritis melihat cara melalui hidup saya. Ketika itu nampaklah segala kelemahan dan kekurangan. Oleh itu saya mengambil pendekatan dramatik untuk mengubah. Memang ada tindakan itu drastik tapi ia demi kebaikan saya. Ada pula perubahan ke asal sisi saya. Semua demi kebaikan, insyaAllah.
Satu lagi, bila kita mengembara melihat tempat orang, kita akan menilai kehidupan kita dan ia seakan membuka mata kita dengan mengambil nilai-nilai baik seperti kita mengutip mutiara yang tersembunyi di dalam tiram. Ia seakan-akan menyedarkan saya, seakan-akan dunia terbuka luas. Ia juga mengubah persepsi dan hati saya yang mula-mula skeptik.
Hehe maaf tulisan saya kali ini agak abstrak, tidak menyatakan secara terperinci. Susah sebenarnya menggambarkan perasaan saya dengan tulisan. Ada peristiwa, orang, masa dan persekitaran yang membuat saya menilai kehidupan saya.Mungkin saya akan tulis semula topik ini dengan terperinci pada masa akan datang.
Jumpa lagi.
Menyanyi
Assalamualaikum...
Nampaknya siri Grey's Anatomy pun menampilkan kelainan dengan doktor-doktor di Seattle Grace menyanyi (termasuklah yang koma iaitu Dr Torres tapi jasad terbaring, roh dia yang menyanyi) pada episod ke-18 musim 7 ini. Haha dah ikut macam Glee pula ada nyanyian. Sewaktu saya menonton episod ini di internet, saya membayangkan adik saya, H menyanyi sambil merawat pesakit kemalangan yang berdarah membuak-buak. Dahlah pesakit pun menyanyi sekali(macam tak logik)
Eh cawan seramik besar saya pecah. Ala tiada cawan besar lagi untuk saya buat air.
Labels:
Peristiwa/Event,
Selingan,
TV Show
Saturday, April 2, 2011
Pesta Buku Datang Lagi
Assalamualaikum..
Tak sabar nak tunggu Pesta Buku yang akan dijadualkan bermula 22 April hingga 1 Mei 2011 (lagi 3 minggu). Saya bercadang nak pergi pada hari biasa bukan hujung minggu dan saya nak jadi orang pertama terpacak depan dewan sebelum dibuka alasannya awal-awal pagi tak ramai (pernah tunggu sampai tertidur depan kedai buku Borders Time Square kerana awal sangat) .Haha, maknanya kalau ikut tahun-tahun lepas, dewan dibuka pukul 10 pagi. Siapa lagi nak pergi?
Tapikan tahun ini, saya tak banyak senaraikan buku-buku yang saya nak beli macam tahun lepas. Eh takkan sebab kebanyakan buku saya dah baca? Mesti ada buku yang belum baca yang bagus dan buku baru yang akan dilancarkan yang menarik. Pada sisi lain, tak berat sangat tangan menjinjit beg plastik kalau tak banyak beli buku. Takpe, ada masa nak senaraikan buku-buku yang belum dibaca, rugi pula kerana waktu begini harga buku adalah murah dan bukan selalu dapat tawaran sebegini. Setahun sekali je. Selalu saya buat perancangan tapak penerbitan buku mana saya nak pergi dulu. Saya buat nota dalam buku nota kecil. Saya akan tulis nama penerbitan buku, nombor lot, nama dewan, tingkat dan akhirnya senarai buku di bawah penerbitan tersebut. Cari semua buku yang dikehendaki dari satu tapak. Tandakan yang dapat (kadang terlebih membeli buku lain yang menarik perhatian). Ikut susunan, lepas tu pergi tapak penerbitan lain. Kira saya rujuk pada peta pelan lot (ada di internet) untuk mengetahui kedudukan penerbitan. Kemudian ambil keputusan lorong mana nak masuk, tingkat mana supaya menjimatkan masa, TIDAK mengulang jalan yang sama (eheh saya banyak habiskan masa untuk belek buku)
Tak sabarnya! Jumpa di sana siapa yang kaki buku juga :)
Tak sabar nak tunggu Pesta Buku yang akan dijadualkan bermula 22 April hingga 1 Mei 2011 (lagi 3 minggu). Saya bercadang nak pergi pada hari biasa bukan hujung minggu dan saya nak jadi orang pertama terpacak depan dewan sebelum dibuka alasannya awal-awal pagi tak ramai (pernah tunggu sampai tertidur depan kedai buku Borders Time Square kerana awal sangat) .Haha, maknanya kalau ikut tahun-tahun lepas, dewan dibuka pukul 10 pagi. Siapa lagi nak pergi?
Tapikan tahun ini, saya tak banyak senaraikan buku-buku yang saya nak beli macam tahun lepas. Eh takkan sebab kebanyakan buku saya dah baca? Mesti ada buku yang belum baca yang bagus dan buku baru yang akan dilancarkan yang menarik. Pada sisi lain, tak berat sangat tangan menjinjit beg plastik kalau tak banyak beli buku. Takpe, ada masa nak senaraikan buku-buku yang belum dibaca, rugi pula kerana waktu begini harga buku adalah murah dan bukan selalu dapat tawaran sebegini. Setahun sekali je. Selalu saya buat perancangan tapak penerbitan buku mana saya nak pergi dulu. Saya buat nota dalam buku nota kecil. Saya akan tulis nama penerbitan buku, nombor lot, nama dewan, tingkat dan akhirnya senarai buku di bawah penerbitan tersebut. Cari semua buku yang dikehendaki dari satu tapak. Tandakan yang dapat (kadang terlebih membeli buku lain yang menarik perhatian). Ikut susunan, lepas tu pergi tapak penerbitan lain. Kira saya rujuk pada peta pelan lot (ada di internet) untuk mengetahui kedudukan penerbitan. Kemudian ambil keputusan lorong mana nak masuk, tingkat mana supaya menjimatkan masa, TIDAK mengulang jalan yang sama (eheh saya banyak habiskan masa untuk belek buku)
Tak sabarnya! Jumpa di sana siapa yang kaki buku juga :)
Labels:
Diri,
Peristiwa/Event,
Selingan
Thursday, March 31, 2011
Kenangan Di Zaman Sekolah Menengah Atas (Maklum Saya Orang Nomad)
Assalamualaikum...
Eh ada ke yang menunggu penulisan saya? Terima kasih jika penulisan saya ada memberi impak (harap-harap impak baik) Ingatkan nak berhenti tulis seketika (kali terakhir topik 'Cakap') untuk bulan Mac sebab nak tumpu pada perkara lain pula. Bulan April mungkin kurang menulis. Oho, tengok sambutan pandangan muka surat yang memberangsangkan (pandangan muka surat blog ini), saya sedar perlu menulis hal lain pula. Mungkin lepas ni kena rajin membuat banyak penulisan sambil ada gambar atau buat penilaian tempat makan di Melaka. Sementara itu sila layan gambar kenangan saya bersekolah di Labuan. Terima kasih kepada bekas rakan sekolah saya yang sudi beri gambar terkini persekitaran di Labuan. Saya rindu dengan zaman sekolah saya sejak saya habis sekolah. Saya takde jenguk pun kembali Labuan. Satu hari nanti saya akan datang berposing gila-gila macam kawan-kawan saya buat, insyaAllah (banyak la cekadak diriku kasi alasan sedapkan hati)
![]() |
| Depan sekolah |
![]() |
| Belakang sekolah |
![]() | |
| Pagar depan sekolah, dulu tempat tunggu bas |
![]() | |
| Depan kelas saya, 5C |
![]() |
| Masjid Labuan |
![]() |
| Sekolah agama belakang masjid |
![]() |
| Sekolah di kiri jalan sekolah saya |
![]() |
| SK Pekan 2, belakang sekolah saya |
![]() |
| Bangunan JKR, dulu tapak Perpustakaan Awam |
![]() |
| Kedai Roti Mas, tidak jauh dari sekolah. Biasa saya beli roti dan kerepek kentang pedas di kedai ini |
Semua bangunan di sekitar sekolah saya. Strategik juga saya rasa. Nasib baik tiada gambar kantin. Eheh, kebanyakan kami pelajar tak makan di kantin, makan di kelas waktu rehat. Saya pun tak suka makanan di kantin dan tak suka nak pergi. Selalu saya bawa bekal makanan dan air dari rumah. Kalau nak beli, saya suka beli roti dan kerepek kentang pedas di Roti Mas.
Labels:
Diri,
Kenangan Lama,
Makanan dan saya
Tuesday, March 29, 2011
Cakap
Assalamualaikum...
Kebelakangan ini saya perasan saya tidak suka bercakap lebih-lebih lagi kalau perbualan yang tiada topik atau tidak penting. Saya suka layan fikiran, baca buku, tengok tv, tengok siri atau filem kat internet atau baca blog. Lagipun penatlah kalau cakap banyak-banyak ni. Korang tak penat ke kalau cakap banyak-banyak atau suka borak tanpa hala tujuan?
Teringat masa saya buat induksi. Oleh kerana penat sangat dengan kuliah, kalau balik ke tempat penginapan sebelum tu saya akan beli tapau makanan tengah hari sebelum naik ke atas bilik. Masa beli tu saya diam seribu bahasa pilih makanan dan pesan air pun guna bahasa isyarat. Sampai ada abang ni ingat saya ni bisu. Bila dia tanya, saya cuma bagi isyarat tunjuk apa nak,angguk atau geleng kepala. Sampai dia kata, "awak ni bisu ke? Dia tak pernah dengar saya bersuara. Haha gelak saya, manalah ada pelajar bisu kat sini. Saya senyum je (saya tak ingat saya geleng atau angguk) Entahlah saya rasa penat sangat dan lapar sangat, tidak berminat untuk berbual. Lagipun kat kuliah dah puas bercakap, bentang itu ini, jadi saya cuma nak bersama diri. Biasa lepas solat dan makan, saya akan terbungkang tidur. Lepas tu ok sedikit nak borak.
Ja (rakan sekuliah dan dari satu bilik) kadang-kadang bengang dengan saya. Maaf Ja. Ketika Ja ingin berborak, saya cuma dengar dan memberi isyarat, langsung tidak bercakap. Kadang dia marah juga, dia kata la waktu si *** jadi bisu pula. Lepas saya buat isyarat menzipkan mulut.
Waktu kelas pun kadang-kadang macam ni juga. Tapi kalau kena soal pensyarah kenalah jawab, kan? Cuma keadaan sekarang lagi panjang jangka masa saya tidak berbual dengan orang. Jangan risau, ini cuma keadaan sementara. Saya tengah tiada mood nak borak ringan-ringan. Rasa tak suka borak-borak kosong ni. Saya ni suka menganalisa apa yang saya telah borak dan kalau saya dapati tiada faedah, saya takmo cakap. Nanti jiwa rasa tak seronok. Bagi saya kualiti perbualan adalah penting. Saya suka perbualan yang membuka perspektif/ pemikiran saya dan PASTINYA menyeronokkan.
Ok, jumpa lagi.
P.S: Cakap ringan sikit-sikit bolehlah tapi cakap banyak-banyak yang buat tak seronok.
P.S.S: Banyak cakap, banyak kesilapan, mudah terjanji atau bohong tanpa disedari atau tidak, mudah membuka ruang kepada perbualan sia-sia dan menyakitkan perasaan orang yang dilawan cakap jika tidak dikawal.Faktor-faktor yang saya ambil kira.
Labels:
Diri,
Kenangan Lama,
Luahan,
Muhasabah,
Peristiwa/Event,
Renungan,
Tazkirah,
Thought of The Day
Sunday, March 27, 2011
Terima Kasih Daun Keladi
Assalamualaikum...
Saya nak ucap terima kasih kepada pembaca blog saya kerana sudi membaca, memberi komen dan meninggalkan jejak. Alhamdulillah bulan ini, naik lebih sekali ganda pandangan muka surat daripada bulan lepas. Wowowo :) Naik banyak tu. Tak tahu boleh tingkatkan persembahan untuk bulan depan ke tidak.
Apapun terima kasih daun keladi semua. Moga Allah merahmati anda.
Jumpa lagi.
Saya nak ucap terima kasih kepada pembaca blog saya kerana sudi membaca, memberi komen dan meninggalkan jejak. Alhamdulillah bulan ini, naik lebih sekali ganda pandangan muka surat daripada bulan lepas. Wowowo :) Naik banyak tu. Tak tahu boleh tingkatkan persembahan untuk bulan depan ke tidak.
Apapun terima kasih daun keladi semua. Moga Allah merahmati anda.
Jumpa lagi.
Labels:
Dunia Siber,
Luahan,
Peristiwa/Event,
Selingan
Saturday, March 26, 2011
Harap Berjaya
Assalamualaikum...
Baru balik dari Mahkota Century Hotel. Dapat juga makan buffet dengan tema BBQ dan stimbot. Alhamdulillah. Adik saya H suruh saya cadangkan. Bila tanya emak, dia cakap suka hati, H pun tak kisah. H nak saya yang pilih. Haha, mula-mula saya taknak konon rasa melampau pula saya yang nak cadangkan. Tapi H tak kisah.
Masa makan-makan tu, ada borak pasal kerja. H tanya mak kalau dia tak kerja kerajaan dia kena bayar ganti rugi RM250 000. Adik saya tanya takpe ke kalau dia minta kat tempat lain (sebelum ni dia dapat kat Singapura sebelum tamat belajar tapi tolak). Mak cakap tak kisah asal dia gembira. Penting kalau dia dapat tempat lain, tak kisah kena bayar ganti rugi. Mak macam teruja je lebih-lebih lagi kalau H dapat kerja kat NZ. Hehe, dapat melancong lama-lama kat sana. Adik cakap nanti kita main ski pula. Elok la H, kalau nak lari. Sayapun nak lari gak tapi saya susah sikit sebab perempuan. Kalau H dah ada kat situ, saya boleh lari ke sana juga :)
Kita tengok nanti. Harap-harap dapat kerja kat sana dan merupakan keputusan yang terbaik.
P.S: Hati saya dah terbuka pada omputih ni.Haha.
P.S.S: Makanan sangat sedap terutama kek keju beri biru. Lembut gila. Takde spaghetti ler pula buffet
Jumpa lagi.
Labels:
Diri,
Makanan dan saya,
Selingan
Adik Saya Pulang Akhirnya
Assalamualaikum...
Akhirnya adik saya, H dapat balik ke Melaka. Seronoknya dia dah dapat GAJI. Dia nak belanja kami sempena GAJI PERTAMA sebagai doktor.
Harap-harap dia belanja di tempat makanan yang sedap
P.S: Macam nak suruh belanja makan buffet di hotel aje. Tak sabar tunggu malam ini.
Akhirnya adik saya, H dapat balik ke Melaka. Seronoknya dia dah dapat GAJI. Dia nak belanja kami sempena GAJI PERTAMA sebagai doktor.
Harap-harap dia belanja di tempat makanan yang sedap
P.S: Macam nak suruh belanja makan buffet di hotel aje. Tak sabar tunggu malam ini.
![]() |
| Di jalanraya Wanaka |
![]() |
| Ni pun H yang belanja (dalam gambar) di Rainforest Borneo. Masakan Malaysia. Sayang tak pedas langsung (sesuaikan selera kebanyakkan mat salleh di sana). Saya makan nasi paprik makanan laut |
Labels:
Makanan dan saya,
Peristiwa/Event,
Selingan,
Travel
Subscribe to:
Posts (Atom)















