Nuffnang

Sunday, March 20, 2011

Filem Titanic Lama



Assalamualaikum...

Hari ini dapatlah beli paprik (yahoo), pergi awal dalam pukul 12 malam. Balik-balik tukar baju dan buka tv2 ada cerita lama tajuk 'Titanic'. Mula-mula takmo tengok sebab 'Titanic' lakonan Leonardo DiCaprio tu pun saya tak suka. Jadi ingatkan sama 100%. Rupanya tidak. Sedih gila 'Titanic' lama ni. Perlanggaran kapal 'Titanic' dengan aisberg.
Amat mengharukan perasaan bila pasangan suami isteri Sturges berpisah. Kalau sebelum tu mereka macam tidak sehaluan dan bergaduh mulut. Bila kapal dah langgar air batu tu, barulah isteri dia nampak kebaikan Encik Sturges ni. Sebelum tu isteri dia rasa Encik Sturges ni ego, tidak ambil berat orang lain. Dalam 'Titanic' ni dia tiada bezakan orang kaya dengan orang miskin, boleh duduk satu sampan malah Encik Sturges tolong isteri dan anak-anak orang bawahan tu (Guzpam kut, lupa nama keluarga tapi keluarga Sepanyol) naik sampan.

Oh sedih cerita sampai saya menaip tulisan ini pun masih terasa kehilangan Encik Sturges dan lelaki-lelaki dalam kapal (hanya perempuan dan kanak-kanak naik sampan) Anak Encik Sturges, Norman patutnya duduk dalam sampan bersama kakak dan emaknya tapi dia rela mengorbankan tempat untuk diberi wanita tua kelas bawahan yang kelihatan bingung dan Norman pergi mencari ayahnya. Mereka jumpa. Dekat-dekat kapal 'Titanic' nak karam, orang lelaki yang tinggal menyanyi  lagu Wales selamat tinggal.

Banyak pengajaran dan penuh  emosi. Saya memang kurang suka tengok cerita sedih lagi melankolik tapi yang ini adalah pengecualian.

Ok siapa dah tengok?

Saturday, March 19, 2011

Hari Stok Makanan Mentah Pula Kekurangan



Assalamualaikum...

Bertemu kembali. Yeah rangkaian internet ok sangat bermakna saya boleh bermaraton tengok siri Leverage musim ke-3 dan boleh berjalan-jalan dengan bebas untuk membaca blog. Nampaknya bukan faktor hujan yang menyebabkan rangkaian internet teruk sebab saya dapat tengok waktu hujan di luar.

Bermakna saya cepat lapar dan mengambil keputusan mahu beli paprik (malas buat sebab lapar sangat dan cili api dah habis pula). Sekali tengok kedai dekat rumah saya dah tutup. Aik awal tutup kul 1:30 pagi? Hmm, tak larat nak jalan jauh ke kedai lain maka pulang sahaja ke rumah dengan membayangkan untuk membuat rojak buah kerana buah nanas,sengkuang dan jambu batu ada.

Sudah siap potong-potong buah, tengok-tengok kuah rojak dah habis. Hek, dah habis kuah buanglah bekas. Rungut saya dalam hati. Sudah lapar gila. Buah yang dah dipotong, dimasukkan ke dalam pengisar buat air buah campur perahan limau nipis,kiub air batu dan gula pasir. Satu jag. Terfikir takkan nak minum sahaja, tak kenyang. Terfikir ada sosej di tempat dingin beku. Ternampak kobis. Yeah goreng sosej sahaja dan buat coleslaw dengan kobis. Lobak merah untuk masak dah habis tapi lobak merah yang adik nak buat kek ada tapi takkan nak ambil adik nak buat kek keju lobak. Hmm, guna kobis sahaja campur mayonis dan lada sulah. Kentang dah habis. Aiyak, semua habis pula. Kaki makan betul kami semua ni. Jadi maka coleslaw dengan kobis sahaja dan dan sosej 2 ketul dipotong pendek-pendek kerana nak goreng (malas nak panggang).

Makan dengan perut lapar gila memang sedap beserta jus buah. Yeah sambung balik tengok Leverage.

P.S: Tiada aral, adik saya H akan balik hari Sabtu atau Ahad kerana cuti