Nuffnang

Tuesday, June 14, 2011

Jawapan Peraduan Cari Cantum Menang Berita Harian Minggu ke-4 Dan MLM: Isu Kontroversi



Assalamualaikum...

Selamat dinihari. Saya dah siap isi borang Peraduan Cari Cantum Menang Berita Harian Minggu ke-4. Kali ini ada 2-3 jawapan maklum ada perkataan Dan. Akhirnya saya memilih untuk menghantar jawapan : MELANCONG MENENANGKAN MINDA DAN MEREHATKAN BADAN.

Jawapan lain ialah "Melancong Merehatkan Badan Dan Menenangkan Minda."

Jawapan lain yang boleh dipertimbangkan juga ialah "Melancong Merehatkan Minda Dan Menenangkan Badan" atau terbalik "Melancong Menenangkan Badan Dan Merehatkan Minda."

Jawapan dua terakhir itu macam kurang sesuai pula "Menenangkan Badan". Jadi kesimpulannya saya pilih yang saya tulis semua huruf besar sebab mak saya yang susun begitu. Senang cerita. Terpulang pada anda nak pilih yang mana satu bagi yang belum hantar. Hehe. Kalau menang kerana petunjuk saya bagi, sekurang-kurang dapat juga pahala menolong.

Ok selamat maju jaya bagi mereka yang menyertai pertandingan ini.

Haha trafik semalam sangat luar biasa tinggi. Alhamdulillah. Berkongsi itu tanda saya prihatin. Bercakap pasal prihatin, saya nak kongsi artikel saya baca pasal MLM di  laman Utusan Malaysia. Artikel tersebut ada juga pada Berita Harian, 13 Jun tajuk 'MLM Mesti Menepati Syariah'. Bagi yang keliru MLM yang menepati syariah itu bagaimana, silalah klik pada pautan tersebut. Moga anda mendapat hikmah dan kefahaman serta membezakan MLM mana mengikut landasan syariah dan mana tidak.

Jumpa lagi. Sekali lagi saya ucapkan selamat berjaya dan moga mendapat manfaat daripada maklumat yang saya kongsi.


Monday, June 13, 2011

Christchurch Gempa Bumi Sekali Lagi Dan Cara Saya Baca Blog Orang



Assalamualaikum...

Huh sambungan internet tak berapa bagus. Terkejut mendapat berita Christchurch gempa bumi lagi. Moga H dan isteri serta warga Christchurch selamat semua. Kalau tak huru-hara hospital. Rangkaian telefon dan elektrik di sana tidak berfungsi buat masa sekarang.

Saya menunggu bila blog serikandiku nak dikemaskini. Dulu masa saya tiada blogspot, memang tiap-tiap hari saya buka laman serikandiku tak sabar-sabar nak baca tulisan terkini. Memang Kak Elis jarang kemaskini tapi penantian menunggu tulisan dia berbaloi. Macam awak beratur panjang nak masuk jualan gudang. Haha, akhirnya dapat masuk dan mendapat barang yang kita inginkan dan bernilai pada harga berpatutan. Sesuai ke analogi ni? Memang dah masuk blog Kak Kandi (kenal di kampungchat, panggil Kak Kandi je). Kalau tiada kemaskini baru suka baca tulisan lama-lama. Tulisan dia bagi saya versatil, sesuai untuk semua dan malar segar. Tak jemu dibaca berulang kali. Entah berapa kali saya khatam baca blog Kak Kandi. Sangat berbaloi. Itulah elemen yang saya nak terapkan pada blog saya tetapi tentulah dengan nuansa saya.

Satu lagi, saya suka baca blog, saya suka baca hingga ke awal dia mula menulis blog. Kalau banyak tulisan bermakna lama saya akan duduk dalam blog dia. Itu sebab kadang-kadang saya susah nak pergi jalan-jalan banyak blog pada satu masa sebab sekali saya singgah satu tempat ambil masa. Hehe. Saya suka baca daripada tulisan terkini hingga ke permulaan sebab pertama saya nak kenal penulis blog macam latar belakang, tempat tinggal, umur, apa yang dia gemar tulis. Ia sesuatu mengujakan kerana membaca daripada perspektif penulis. Macam awak rasa, "wow, tidak terfikir begitu." Kebanyakan blog-blog yang saya ikuti, saya dah baca semua tulisan mereka. Ada nampak perbezaan gaya penulisan setiap waktu terutama bagi mereka yang berblog pada tempoh lebih daripada setahun macam Jue (blog Damai Hati...Hidup Seadanya) memang gaya penulisan pada tulisan awal-awal berbeza dengan sekarang. Perasan dia suka taip "wee", "pewut muncit". Kalau Freaky pula (belum setahun), kalau tak baca blog dia, memang tidak tahu dia dah ada makwe. Wewit. Masa kenal dia di kc, dia takde makwe lagi. Tulisan memang pelbagai. Ni ha kalau dia baca, tolong tulis balik tentang laptop, sistem operasi. Masa awal-awal dia tulis ada gak tulisan camni sekarang tiada pula dia sentuh. Orang tak suka agaknya. Hoho. Bagi blog -rozelt-, dia baru berkecimpung menulis macam saya. Acuyuhan dan berblog sejak 2009 dan tulisan awal-awal, dia tulis dalam Bahasa Inggeris. Agaknya dia buat blog pada mulanya untuk memahirkan diri menulis dalam Bahasa Inggeris. Cuma 2010 langsung dia tak menulis satu pos pun dan 2011 baru nampak dia aktif menulis semula tapi dalam Bahasa Melayu pula. Fatynadia pula mula menulis sejak dia belajar di politeknik Tanjung Malim sampai sirih pulang ke gagang (balik ke tempat asal) dan bekerja. Dia jarang menulis berbanding dahulu.

Oklah itu je. Ikutkan panjang lagi nak tulis terperinci sangat pula, Jumpa lagi.