Nuffnang

Friday, July 29, 2011

Sekarang Ini Musim Menukar Rupa Paras Dan Perabot Blog

Assalamualaikum...

Wah-wah berjalan-jalan ke blog, kebanyakan blog yang saya lawat buat/tukar perkakas/perabot blog. Ada yang ubah kepala blog (header), ada yang tukar warna dinding blog ada tambah perabot, ada buang perabot. Ada tukar rumah daripada blogspot kepada wordpress. Ada beli rumah baru. Wah meriah dan memang cantik-cantik apabila dah tukar/tambah/kurang perabot. Makin berseri-seri.

Saya pun pernah nak ubah-ubah perabot tapi masa saya buat tu tiba-tiba blogspot ditutup hampir sehari ketika itu. Terus terbantut niat. Sekarang ni belum lagi rasa nak ubah tapi ada gak teruja nak buat apabila tengok blog-blog yang dilawati kebanyakan berwajah baru dan segar pula dekorasi yang diletak. Hehe saya nak kepala blog ada kain rentang (banner) tapi tulah tak reti buat dan saya takut lagi berat pula blog ni kalau ada kain rentang. Lagi pula kawan saya cakap jangan buat dan betulkan perkara yang sedia ada kalau tak reti lagi nanti menjahanamkan blog sendiri.

Itu jerla nak tulis. Jumpa lagi. Kepada tuan rumah blog yang baru tukar perabot dan warna dinding blog tahniah yer. Cantik dan kemas. 

P.S: Rasa macam Eric Leong dalam Casa Impian je buat perubahan dalaman rumah. Hehe





Rumah Di Kebun Pisang Yang Minta Dihias




Adakah Selamat Memberikan Permit Senjata Api Kepada Orang Awam?


Assalamualaikum…

Salam awal pagi Jumaat. Rasa nak menulis ketika ini kerana kelajuan internet yang memuaskan. Kalau siang nanti tak berapa laju kerana Y dan M pun akan gunakan internet pada laptop dan i-Pad masing-masing.

Saya nak buka topik penggunaan senjata api atau secara khususnya pistol oleh orang awam. Selamat ke? Adakah memberi kemudahan/keselamatan kepada orang yang memilikinya? Mula-mula rakan sekolah saya bertanya sebab dia tengok siri ‘Justified’ (maaf saya tak tengok siri ini) tapi awal tengah malam tadi saya tengok siri terbaru Law and Order: SUV pasal seorang mangsa rogol yang ditembak kejam. Sepatutnya dia kena bagi keterangan di mahkamah dan dia cam perogol terlibat. Perogol ni pula hantar orang takutkan dia. Orang yang dia hantar untuk takutkan perempuan ini yang berlebih-lebih bunuh perempuan tersebut. Pistol yang dia gunakan pula diberi oleh pegawai ATF (Bureau Of Alcohol, Tobacco, Firearms and Explosives) – organisasi yang bertanggungjawab terhadap kesalahan penggunaan senjata api, letupan, penyeludupan alkohol dan tembakau. Ironi kan orang yang bertanggungjawab terhadap penyalahgunaan senjata api beri kepada yang tidak layak? Tiada siasatan terperinci, beri dengan mudah senjata api kerana orang yang membunuh perempuan tersebut merupakan pemberi maklumat kepada ATF dan dia minta senjata itu dengan alasan untuk perlindungan diri tetapi dia menyalahgunakan pistol tersebut.

Akhir sekali apabila Detektif Benson dan Stabler tangkap ketiga-tiga yang ada kaitan dengan pembunuhan perempuan tersebut: perogol, pembunuh dan pegawai ATF, anak perempuan kepada mangsa datang ke balai polis dan melihat ketiga-tiga tertuduh. Keluar untuk balik tapi masuk semula tiba-tiba menembak ketiga-tiga tertuduh yang ada dalam penjara sementara dan tembak seorang perempuan pemberi maklumat yang tidak bersalah. Detektif Stabler suruh budak perempuan ni letakkan pistol tapi ketika itu si pembunuh tu belum mati (cedera sahaja) membuat provokasi kepada budak perempuan tersebut dengan mengatakan “saya sepatutnya bunuh kamu dan emak kamu.” Budak tu apa lagi sangat marah nak teruskan tembak tapi Detektif Stabler terpaksa tembak budak perempuan ni dahulu. Budak tu dah terbaring dan Detektif Stabler terus meluru. Budak tu cakap “mudah dapat senjata api hanya di seberang jalan.” Bayangkan kekecohan berlaku dalam balai polis!

Siri ini membuatkan saya terfikir akibat senjata api dimiliki oleh orang yang salah. Penguatkuasaan undang-undang yang tidak telus. Kesimpulannya begitu mudah mendapat senjata api tanpa permit, sesiapa pun boleh guna senjata api. Keadilan tak dapat ditegakkan kerana manusia menghukum manusia lain dengan tidak mengikut sistem undang-undang yang ada.