Nuffnang

Friday, July 29, 2011

Sekarang Ini Musim Menukar Rupa Paras Dan Perabot Blog

Assalamualaikum...

Wah-wah berjalan-jalan ke blog, kebanyakan blog yang saya lawat buat/tukar perkakas/perabot blog. Ada yang ubah kepala blog (header), ada yang tukar warna dinding blog ada tambah perabot, ada buang perabot. Ada tukar rumah daripada blogspot kepada wordpress. Ada beli rumah baru. Wah meriah dan memang cantik-cantik apabila dah tukar/tambah/kurang perabot. Makin berseri-seri.

Saya pun pernah nak ubah-ubah perabot tapi masa saya buat tu tiba-tiba blogspot ditutup hampir sehari ketika itu. Terus terbantut niat. Sekarang ni belum lagi rasa nak ubah tapi ada gak teruja nak buat apabila tengok blog-blog yang dilawati kebanyakan berwajah baru dan segar pula dekorasi yang diletak. Hehe saya nak kepala blog ada kain rentang (banner) tapi tulah tak reti buat dan saya takut lagi berat pula blog ni kalau ada kain rentang. Lagi pula kawan saya cakap jangan buat dan betulkan perkara yang sedia ada kalau tak reti lagi nanti menjahanamkan blog sendiri.

Itu jerla nak tulis. Jumpa lagi. Kepada tuan rumah blog yang baru tukar perabot dan warna dinding blog tahniah yer. Cantik dan kemas. 

P.S: Rasa macam Eric Leong dalam Casa Impian je buat perubahan dalaman rumah. Hehe





Rumah Di Kebun Pisang Yang Minta Dihias




8 comments:

maszull said...

slm wina...hahaha dah jadi Eric Leong la...tapi bukan tukar ruang rumah yer...tajuknya boleh letak "Jom Tukar Perabot Blog Anda" best jugakkn...

NA said...

@Mama Maszull: Haha best gak, jemput sorang yang pakar untuk menukar rupa paras blog kita.

Ezad Skytech said...

sekarang ni memang tengah musim renovate blog kot..(^^,)

NA said...

@Ezad: Kadang-kadang teruja gak nak ikut ubah :)

fatynadia said...

hehe setahun sekali ja nak bertukar pun kan kak

NA said...

@Fatynadia: Haah walaupun tukar sikit-sikit.

abghani said...

aku tk mampulah nk tukar sofa & nk buat decoration.Aku cuma nk bila singgah kt rumah aku bayangkan benda yg indah indah..hehehe

NA said...

@abgghani: bro, tukar perabot kat blog :) Aha bayangkan perkara yang indah