Nuffnang

Friday, July 29, 2011

Adakah Selamat Memberikan Permit Senjata Api Kepada Orang Awam?


Assalamualaikum…

Salam awal pagi Jumaat. Rasa nak menulis ketika ini kerana kelajuan internet yang memuaskan. Kalau siang nanti tak berapa laju kerana Y dan M pun akan gunakan internet pada laptop dan i-Pad masing-masing.

Saya nak buka topik penggunaan senjata api atau secara khususnya pistol oleh orang awam. Selamat ke? Adakah memberi kemudahan/keselamatan kepada orang yang memilikinya? Mula-mula rakan sekolah saya bertanya sebab dia tengok siri ‘Justified’ (maaf saya tak tengok siri ini) tapi awal tengah malam tadi saya tengok siri terbaru Law and Order: SUV pasal seorang mangsa rogol yang ditembak kejam. Sepatutnya dia kena bagi keterangan di mahkamah dan dia cam perogol terlibat. Perogol ni pula hantar orang takutkan dia. Orang yang dia hantar untuk takutkan perempuan ini yang berlebih-lebih bunuh perempuan tersebut. Pistol yang dia gunakan pula diberi oleh pegawai ATF (Bureau Of Alcohol, Tobacco, Firearms and Explosives) – organisasi yang bertanggungjawab terhadap kesalahan penggunaan senjata api, letupan, penyeludupan alkohol dan tembakau. Ironi kan orang yang bertanggungjawab terhadap penyalahgunaan senjata api beri kepada yang tidak layak? Tiada siasatan terperinci, beri dengan mudah senjata api kerana orang yang membunuh perempuan tersebut merupakan pemberi maklumat kepada ATF dan dia minta senjata itu dengan alasan untuk perlindungan diri tetapi dia menyalahgunakan pistol tersebut.

Akhir sekali apabila Detektif Benson dan Stabler tangkap ketiga-tiga yang ada kaitan dengan pembunuhan perempuan tersebut: perogol, pembunuh dan pegawai ATF, anak perempuan kepada mangsa datang ke balai polis dan melihat ketiga-tiga tertuduh. Keluar untuk balik tapi masuk semula tiba-tiba menembak ketiga-tiga tertuduh yang ada dalam penjara sementara dan tembak seorang perempuan pemberi maklumat yang tidak bersalah. Detektif Stabler suruh budak perempuan ni letakkan pistol tapi ketika itu si pembunuh tu belum mati (cedera sahaja) membuat provokasi kepada budak perempuan tersebut dengan mengatakan “saya sepatutnya bunuh kamu dan emak kamu.” Budak tu apa lagi sangat marah nak teruskan tembak tapi Detektif Stabler terpaksa tembak budak perempuan ni dahulu. Budak tu dah terbaring dan Detektif Stabler terus meluru. Budak tu cakap “mudah dapat senjata api hanya di seberang jalan.” Bayangkan kekecohan berlaku dalam balai polis!

Siri ini membuatkan saya terfikir akibat senjata api dimiliki oleh orang yang salah. Penguatkuasaan undang-undang yang tidak telus. Kesimpulannya begitu mudah mendapat senjata api tanpa permit, sesiapa pun boleh guna senjata api. Keadilan tak dapat ditegakkan kerana manusia menghukum manusia lain dengan tidak mengikut sistem undang-undang yang ada.






6 comments:

abghani said...

apa apa senjata pun bahaya..batu lesung pun boleh membunuh.heheh

maszull said...

slm...lesen sengaja api ni bleh dberikn pada org tapi org yg empunya tu mestilah menjaga senjata dgn baik dan digunakn pd tujuan yg baik jugak .senjata itu patut diletakkn ditempat yg selamat kerana takut senjata itu jatuh ketgn org lain yg tidak mempunyai lesen senjata api sbb ianya membahayakn org lain jika berlaku sesuatu spt itu...:)

TYNTHA LANA said...

ni pendapat umum lana ya wina.. kebanyakkan teknologi yg manusia cipta memg digunakan untuk tujuan kebaikan dan kesenangan..tapi apabila disalah guna..jadilah seperti cth citer yg wina bagi diatas.. itu je sbnrnya yg berlaku.. :)

NA said...

@abgghani: Semua jadi tak elok kalau empunya diri yang salahgunakan.

@mama maszull: setiap amanah merupakan tanggungjawab

@Lana: Aha bila fikir kerana salah guna kemudahan

Terima kasih semua :)

aimie amalina said...

hohoho..
bahaye nih..
Arap kerajaan Malaysia x sewenang2 nak bagi senjata ha..
hanya org yg benar2 layak je kene ade lesen ni..
sebab musabab nak ade senjata ni pon kene kukuh..
dan kalo bole..biarlahsenjata tu ditempatkan kat balai polis..nak gune baru g amik..ish2
huhuhu

NA said...

@Mimito: Di Malaysia, penguatkuasaan penggunaan senjata api masih ketat lagi. Alhamdulillah.