Nuffnang

Tuesday, December 17, 2013

Kaitan Dengan Pos-Pos Dahulu


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum... 

Bersiaran semula, lama nak hilangkan paranoid tu. Ek lagi satu sambungan internet tak berapa laju faktor tak menulis. Jadi berhibernasi baca tulisan-tulisan di feedly.

Ada yang tanya bila keputusan peraduan "Syok Sabtu". Sejujurnya saya tak tahu sebab tak dinyatakan dalam syarat-syarat peraduan. Tapi insya Allah, saya sentiasa ikuti membaca Harian Metro. Kalau saya dapat maklumat, saya akan tulis di sini.

Ingat tak pos 'Saya Dan Terengganu'? Sabtu ni saya akan ke majlis resepsi belah lelaki pula di Sungai Besar. Harap-harap dapat jalan-jalan nanti. Mungkin akan ke Morib dulu sebelum ke Kuala Selangor.

Cakap pasal kahwin, ingat tak pos 'Peristiwa Hujung Minggu'? Anak Mak Lang, Izam akhirnya telah mendapat tarikh untuk bernikah pada 8 Mac 2014. Tarikh itu kebetulan adik lelaki saya, si M nak nikah juga! Gelabah bila tahu tarikh sama. Terpaksalah adik saya mengalah untuk memilih tarikh minggu depan iaitu 15 Mac untuk belah perempuan dan 16 Mac untuk belah lelaki. Mesti huru-hara tarikh dekat-dekat tapi memang takde pilihan. Mak tak suka buat tarikh jauh-jauh. Asal M nak buat resepsi belah lelaki bulan Julai, lepas raya. Waktu tu rasanya sepupu lelaki yang lain ada nak kahwin lepas raya. Haha berebut-rebut pilih tarikh sepupu-sepupu saya ni. Rasanya tahun depan memang padat dengan majlis sepupu-sepupu kahwin.

Sekarang ni bukan sahaja kena tempah dewan awal-awal malah tempah tarikh untuk nikah supaya tak bertembung dengan tarikh kenduri saudara-mara. Isk pening betul kerja-kerja kahwin ni. Saya yang memerhatikan pun terasa begitu apatah lagi bakal pengantin dan ibubapa pengantin.

Itu sahaja nak luahkan. Jumpa lagi. Wassalam.... 

P.S: Kalau baik hati, tolong doakan saya cepat sampai jodoh yer :D


Thursday, December 5, 2013

Saya Paranoid


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Mengikut definisi Kamus Dewan paranoid bermaksud terlalu takut, curiga atau tidak percaya terhadap orang lain.

Jadi saya rasa saya seorang yang paranoid. Tiba-tiba ternampak ada gambar-gambar dari blog saya ada dalam tab mak masa Adiva buka galeri gambar. Eh macam mana boleh ada dalam tab mak? Lepas tu teringat saya terpaksa daftar akaun google saya untuk ambil beberapa gambar dalam tab. Itupun saya berkira-kira nak buat sebab saya tak suka akaun saya pada alatan orang lain tapi terpaksa sebab saya nak emelkan gambar-gambar dalam tab mak masuk emel saya. Lepas tu takde mekanisme untuk daftar keluar pula. Maka hari ini bertambah kuat paranoid bila tengok tiba-tiba sahaja galeri gambar blogger ada tersimpan. Paranoid takut ada orang buang gambar-gambar dalam blog. Nanti lompong gambar apabila orang datang melawat. Kuat betul imaginasi saya ni. Ni nak kena buang penyelerasan (sync) kat tab tu pun saya takut. Takut saya buang nanti sayalah punca hilang gambar-gambar tersebut.

Dahulu pun orang pernah tawar nak edit templat blog saya tolak sebab kalau saya beri kebenaran, saya kena bagi kata kunci (password) untuk orang tu buka blog saya. Sungguh saya tak percaya pada orang tu. Saya tahu orang tu berniat baik untuk cantikkan dan kemaskan blog saya. Sudahnya sayalah kena betulkan sendiri. Ada iklan hantu tapi tak dapat selesaikan kerana masalah ini juga.

Kagum juga dengan orang yang takde masalah nak bagi kata kunci untuk buka emel atau apa-apa. Tinggi betul kepercayaan dorang pada saya. Hehe. Saya pernah diminta buka emel sorang teman ni sebab dia tak boleh buka. Lagipun penting jawapan temuduga kerja. 

Entah kat pc sendiri pun saya pastikan sebelum tutup pc saya bersihkan sejarah dan saya tak bagi pc ingat kata kunci saya. Biarlah saya kena daftar masuk setiap kali. Bagus untuk saya juga sebab selalu kena ingat kata kunci tu.

Jadi korang macam mana eh? Paranoid macam saya tak? Atau sebab saya ni sangat perahsia sangat? Gabungan perahsia dan paranoid. Kadang-kadang perasaan ni menyusahkan betul.