Nuffnang

Monday, June 1, 2020

Syawal 1441

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Dah hari ke-9 Syawal. Memang beza betul. Mak cakap memandangkan kita tak beraya/jalan rumah orang, Syawal ke-2 dah mula puasa sunat/ganti. Saya cuma dapat puasa 3 hari je lepas tu uzur syarie. Abah dan emak dah habis puasa 6. Rasa tak seronok pula ketinggalan.

Apapun saya masih dapat duit raya daripada abah. Haha selagi belum kahwin. 


Sampul Duit
Duit Raya


Itu jerla kut yang seronok. Masih jadi kelawar kesan bulan Ramadan. Kalau buat qiamulail takpe gak, ini layan TV dan tengok drama talian. Takpelah akan ditukar waktu apabila dah habis puasa nanti. 

Oklah mari kita sambung puasa sementara dalam PKP dan bulan Syawal. Entah-entah sampai Raya Haji PKP ni.



Thursday, May 28, 2020

Segmen Exchange Bloglist PKPB 2020 By Blog Adianiez

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

(Segmen sudah tamat) 

Selamat pagi. Terkejut Kak Aida dah ubah tarikh tutup. Cepat-cepat buat sebelum terlupa. Tarikh tutup 31 Mei 2020. Klik kain rentang di bawah. Pautan dah diubah ke blog sendiri kerana segmen ini sudah tidak relevan




Ok semua syarat-syarat sudah dipatuhi.