Nuffnang

Monday, June 1, 2020

Syawal 1441

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Dah hari ke-9 Syawal. Memang beza betul. Mak cakap memandangkan kita tak beraya/jalan rumah orang, Syawal ke-2 dah mula puasa sunat/ganti. Saya cuma dapat puasa 3 hari je lepas tu uzur syarie. Abah dan emak dah habis puasa 6. Rasa tak seronok pula ketinggalan.

Apapun saya masih dapat duit raya daripada abah. Haha selagi belum kahwin. 


Sampul Duit
Duit Raya


Itu jerla kut yang seronok. Masih jadi kelawar kesan bulan Ramadan. Kalau buat qiamulail takpe gak, ini layan TV dan tengok drama talian. Takpelah akan ditukar waktu apabila dah habis puasa nanti. 

Oklah mari kita sambung puasa sementara dalam PKP dan bulan Syawal. Entah-entah sampai Raya Haji PKP ni.



29 comments:

Cikgu Badar said...

selamat hari raya

Cikgu Badar said...

Seronaknya dpt duit raya

Silah Hassy said...

mesti kat luar sana ramai yang dah last puasa 6 harini atau dah habis hehe. marilah kita...

Postinks said...

mohon maaf lahir dan batin, selamat hari raya

Khairul Krol said...

sy pun masih dapat duit raya hihi :)

Ana Jingga said...

selamat hari raya NA

norhidana said...

Seronok la dia masih dapat duit raya lagi, akak masih WFH lagi ke, seronok nk puasa boleh rilex-rilex kita dah mula kerja ok jugak puasa cuma kene masak la utk orang di rumah sblm pergi kerja

Aisya Ismail said...

Selamat hari raya. Hope ai dapat habiskan puasa 6 tahun ni.

atiehilmi.com said...

hey !!! ape ni dah besar pun dapat duit raya.. hahahaha~ comel je !!

Nurul Shahira said...

Selamat Hari Raya!
Samalah kita pun still dapat duit raya lagi hihi

AzianKhalil said...

Nanti dah kawen kena bagi abah pula duit raya..hihi

ray said...

selamat hari rayaaaaaa

ShirVen said...

wah best masih dpt duit raya.
selamat hari raya Na

Semut Senyum said...


Assalamualaikum. Selamat Hari Raya. Rezeki tu, masih dapat duit raya..

Elly Matin said...

Syukur lepas raya je cara tidur dah bertukar. hehe.. rezeki dapat duit raya..

Kamsiah yusoff said...

Wahh kembung nampak sampul raya tu...

nohas said...

samalah kita, tak kemana-mana, hari ke-2 dah start puasa sunat..

kdg2 jd kelawar..hehe..samalah, nonton drama online..hihi..

Kak Feni said...

Seronoknya dapat duit raya. Kak feni pun lagi 3 hari nak habiskan puasa 6. Isnin sambung balik.

Shikin Razali said...

Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan pada awak sekeluarga.. maaf zahir dan batin...

Záty Rose said...

izzati banyak dapat duit raya hehe. Selamat hari raya siss!! Have a nice dayy! <3

Nour Adieb said...

qiamonline ek? 🙊 sy pun lom posa sunat g

Nana Liena said...

Saya tak sempat ganti. Kalau nak ganti elok buat lepas bulan puasa kan sbb feeling puasa tu ada lagi. Bila dah bulan lain kdg tak tettahan. Huhu

Duit raya tahun ni tak dapat pun. 🤣 Tak ada rezeki lebih. Tak apa la. Hehe

Haaa...ckp pasal tidur dlu tidur tak terkawal tau. Pukul 3lebib baru dpt lelap...lepas tu saya dah okay balik sbb saya kalau tidur lewat mmg tak boleh. Sbb tidur lambat pun end up meati akan bangun pukul 5 lbh. So waktu tidur tak cukup badan rasa lemau. Tak syok.

NA said...

Tak kerja sekarang ni.

Mrs. A said...

Dah raya puasa 6 ke belum tu?

Anyway selamat hari raya Aidilfitri NA serta mohon maaf zahir dan batin.

NA said...

Belum :(

NA said...

Haah qiamonline.

Azhafizah MN said...

Raya macam sehari je kan tahun ni..takpe, nanti lepas pkp boleh raya sakan walaupun dah habis syawal

OKje said...

Selamat Hari Raya maaf zahir batin NA...
Seronoknya dapat duit Raya kan. Hakak pun dpt duit Raya jugak dpd anak tahun ni, mmg seronok hihi

Nina Mads said...

Tak dpt nk ganti puasa lg.. rasa nk habiskan dlm tahun ni juga. Untung dpt duit raya lagi. Rasa segan nk terima