Nuffnang

Wednesday, June 24, 2020

Review: Krimpaf Buntat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selepas selesai makan nasi lemak 7 benua, abah nak mencuba Krimpaf Buntat di sebelah. Di sini cuma ada perkhidmatan bawa pulang. Saya sudah membeli awal semasa abah berborak dengan pemilik kedai.


Krimpaf Buntat Melaka
Kain Rentang Krimpaf Buntat Beserta Maklumat


Asalnya saya ke sebelah hanya untuk ambil gambar-gambar kain rentang dan menu terlebih dahulu kerana diberitahu kedai buka pukul 9 pagi. Ketika mengambil gambar, ada seorang pekerja datang. Alhamdulillah dapatlah pesan. Memandangkan kali pertama mahu mencuba, saya beli 10 biji krimpaf vanilla. Harga RM10.


Seleksi Krimpaf Beserta Harga


Banyak jenis krimpaf: krim vanilla, krim nutella, krim keju, oreo, krim durian, coklat bersama strawberi.


Seleksi  Lain Beserta Harga.


Menu lain pun ada seperti bombalini, brownies, tart buah dan tart keju. Memang lengkap maklumat diberi. Ada gambar beserta harga. Jadi dapat memilih dengan cepat.

Abah membeli 10 biji krimpaf durian dengan harga RM15.
Rasanya ia dinamakan Krimpaf Buntat kerana saiznya yang montel dengan intinya.


Krimpaf Buntat Vanilla


Krimpaf Buntat Durian



Saya makan 2 biji krimpaf iaitu satu vanilla dan durian. Krimpaf vanilla tak manis sangat. Manakala krimpaf durian memang terasa seperti makan buah durian sebenar. Abah tanya penjual guna durian jenis apa. Dia kata durian D24. Saya suka krimpaf durian ini walaupun agak manis berbanding krimpaf vanilla. Secara keseluruhan saya berpuasa hati dan ingin membeli lagi. 9/10. Mungkin cuba perisa lain pula.

Sesiapa berkesempatan singgah Melaka atau memang dari Melaka bolehlah datang ke sini.

Alamat:
No 3 Arked MARA Bukit Beruang,
Rumah Awam Bukit Beruang, 
Lorong Mahsuri 2,
75450 Ayer Keroh, Melaka

No. tel: 013 602 8987

Sunday, June 21, 2020

Review: Nasi Lemak 7 Benua Di Dhuha Cafe, Bukit Beruang Melaka

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Malam tadi mak mesej beritahu nak sarapan di luar pagi esok. Bertolak awal pukul 7 pagi sebab tidak mahu makan ketika ramai orang. Dhuha Cafe buka pukul 8 jadi kami singgah stesen minyak untuk cari suratkhabar. Suratkhabar belum sampai jadi kami ke 7E pula. Hampa. Tiada juga. Jadi kami ke kawasan Bukit Beruang.

Abah tak jumpa kedai yang dicari maka abah telefon tuan punya kedai. Kedai ni baru buka di kawasan ini. Cara mudah waze Krimpaf Buntat yang dah popular. Dhuha Cafe ni terletak sebelah kedai Krimpaf Buntat.

Setelah sampai, tuan punya kedai masih belum buka kedai sepenuhnya. Belum pukul 8 pagi. Hujan turun renyai-renyai. Sementara itu kami duduk di kerusi. Masa yang ada saya ambil gambar kain rentang. Maklumat seperti alamat ada di sini.

Kain Rentang Dhuha Cafe


Mula-mula pesan air. Air saya kopi o panas sama macam abah. Emak pula teh tarik. Kami sepakat mahu mencuba nasi lemak 7 benua. Secara asasnya terdapat 7 jenis nasi yang dibentuk bebola seperti saiz skop aiskrim. Ada sambal, telur rebus separuh dan timun. Tuan punya kedai lupa letak ikan bilis dan kacang goreng. Boleh minta tambahan. Saya minta daging masak hitam, emak sambal udang dan abah ayam berempah.


Nasi Lemak 7 Benua Dhuha Cafe
Nasi Lemak 7 Benua Dengan Daging Masak Hitam(Tengah)


Ikut jam.
Hijau- nasi lemak pandan
Merah jambu- nasi lemak buah naga
Kuning- nasi lemak beriani
Coklat- nasi lemak kacang hitam
Putih kuning- nasi lemak jagung
Merah jambu cair- nasi  lemak herba
Putih coklat- nasi lemak beserta kekacang 

Harga nasi lemak 7 Benua biasa- RM4. Berpatutan memandangkan kita dapat 7 jenis nasi lemak.

Penilaian saya. Saya suka nasi herba, nasi jagung dan kekacang serta kacang hitam. Lain-lain saya rasa biasa. Daging masak hitam memang berasa cuma daging ada yang liat sedikit. Keseluruhan sedap. Saya bagi 8/10.

Ada tapau 2 lagi nasi lemak beserta daging masak hitam dan ayam goreng berempah. Jadi 5 nasi lemak dan 3 cawan air. Jumlah RM38. Sesiapa nak singgah rasa nasi lemak 7 Benua bolehlah waze alamat ini:

No 2 Arked MARA,
Taman Rumah Awam,
Bukit Beruang,
Melaka.
No tel: 019 666 4993

Lepas itu bergambar dengan tuan punya kedai.  Lepas kami keluar, ada orang lain sudah memasuki kedai ini. Memang suka jadi orang pertama datang. Kemudian singgah kedai sebelah beli Krimpaf Buntat sebab belum pernah rasa. Nanti buat penilaian krimpaf pula.

Selamat berhujung minggu.