Nuffnang

Tuesday, September 5, 2023

Hari Ini: Adik-Beradik

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari ini abah ada temujanji di Hospital Melaka. Masih tidak dapat buat tapak di pergelangan tangan. Maka dialisis di leher lagi.

Hari ini 4 orang adik-adik perempuan emak pergi umrah. Ikutkan emak patut sertai tapi itulah tiada rezeki. Jadi 7 orang pergi termasuk 2 orang adik ipar emak dan anak saudara emak.

Uncle Othman, Cik Ya, Mak Lang, Auntie Nani, Mimok, Uncle Duan Dan Awie(Sepupu Saya)





Hari ini juga adik-adik abah datang. Makcik Minah dan Pak Busu Ali. Datang bersama pasangan masing-masing. Tanya khabar abah dan rupanya wakil  Mak Uda untuk jemput ke majlis persandingan anak lelaki sepupu. Wah tidak sangka ada anak lelaki sepupu sudah kahwin.

Simpan tarikh 1 Oktober di dewan TTDI. Insya Allah akan menyusul nanti.


Wednesday, August 30, 2023

Nasi Ayam Penyet Dan Creme Brulee

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah Abah sudah keluar wad lepas CT Scan Selasa 2 minggu lepas.

Saya ambil masa untuk terima kenyataan Abah sudah tidak boleh ke mana-mana sebab kena buat dialisis 3 kali seminggu selang sehari. Benda yang Abah suka buat ialah berjalan, melancong. Tidak dapat bayang benda kita suka ditarik nikmatnya. Macam saya suka duduk rumah tidaklah rasa tapi kalau nikmat kesukaan saya ditarik, dipaksa melancong seluruh duniapun mungkin rasa tidak gembira.

Lupakan hal itu, semalam julung kali keluar makan sarapan di Warung Double Line. Alhamdulillah buka. Haha. Takmolah makan di Warung Sri Tualang yang bertentangan dengan warung ini.

Nasi Ayam Penyet



Julung kali juga mencuba nasi ayam.penyetnya. Selalunya saya makan nasi impit dan rendang paru, mihun hailam, roti canai sahaja. Tukarlah selera.

Oklah rasa nasi ayam penyet cuma sambal tidak pedas sangat. Tulis pada kain rentangnya sambal menyengat. Hehe mungkin sebab saya kuat pedas.

Malamnya makan creme brulee (krim hangus) perisa lemon. Adik buat. Siap beli penyumpit (torch) untuk bakar gula pasir atas creme brulee. Untuk pengetahuan creme brulee macam kastard dengan gula atas dikaramelkan yang mengeras. Rasa sejuk, lembut. Tidak terlalu manis. Memang tidak puas makan.

Creme Brulee Lemon



Oklah itu sahaja hendak cerita. Jumpa lagi.