Nuffnang

Sunday, August 6, 2023

Warung Sri Tualang, Durian Tunggal Melaka

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Asalnya hendak sarapan pagi di Warung Double Line. Tutup pula. Maka singgah di gerai Warung Sri Tualang. Pertama kali saya makan di sini. 

Warung Sri Tualang


Sinipun ada roti sarang burung tapi berbeza sedikit daripada Restoran Double Line. Sini ada daging ayam kisar di atas telur separuh masak manakala di Double Line cuma telur separuh masak semata-mata. Maaf lupa ambil gambar sebab saya tidak pesan ini. Anak buah yang pilih.




Nasi Ayam


Saya pilih nasi ayam. Kalau di Double Line ingat hendak makan nasi ayam penyet. Pilih menu berat berasaskan nasi supaya lewat makan nanti.

Terima kasih H ( adik lelaki) sebab belanja. Malam ini sudah kena naik flight untuk balik kerja. Kejap cuti semata-mata untuk jenguk Abah.

Abah pesan roti canai untuk dibawa ke hospital.

P.S: Hari ini tidak pergi ke hospital sebab cuma 2 orang penjaga sekali masuk. Semalam keluar awal bagi H masuk. 

23 comments:

Laura Cantik said...

semoga urusan abah dipermudahkan.

Syazni Rahim said...

Macam best pula baca roti sarang burung ada daging tu :)

Kakmim said...

mcm menarik je bunyi daging ayam kisar atas telur separuh masak

Indonesains.id said...

singgah di sini. Salam kenal.
saya follower 388.

Abahnya sakit apa? semoga cepat sembuh, aamiin

Fieza Sani said...

wah tak pernah jumpa pulak menu roti sarang burung ada taburan ayam kisar atas telur..biasa akak jumpa pun telur separuh masak je...macam unik rasa cmpuran ayam kisar + telur...

norhidana said...

Dana tak pernah makan lagi roti sarang burung ni... moga dipermudhkan urusan abah akak dan cpt sihat

Carneyz said...

Bagus adik NA walaupun kerja di luar negara tapi sanggup cari tiket pulang jenguk ayah masuk hospital.

Puan Hazel said...

Awal NA makan nasi ayam :)

Ezna Khalili said...

Pernah makan roti sarang burung kat Warung Roti Canai Penarak, Langkawi. Dia ada telur, daging kisar masak kicap, cili api dan daun bawang. Sedap rasanya.

Cuya said...

Lama CUya tak makan luar dengan keluarga....

dear anies said...

wahhh pagi2 lagi dah jual nasi ayam? best tuuuu...

semoga diberi kesembuhan utk abah NA. aminnnn

Azhafizah MN said...

Tak ada rezeki nak makan di double line, dapat rezeki menjamu selera di sini. Kena makan berat untuk tenaga. Lagi-lagi menjaga orang sakit.

nona sani said...

Lama tak makan roti canai Sarang Burung.. Huhu...

Nur said...

Abah NA masih di hospital, ke, hari ni? Semoga Abah NA sudah sihat.
Nampak sedap, nasi ayam tu.

NA said...

Masuk balik. Sekarang dipindahkan ke Hospital Melaka.

Sha Mohamed said...

Semoga segala urusan dipermudahkan.. Aamiin..

nohas said...

ambik heavy breakfast, boleh tahan sampai petang..
sedap dengar roti canai sarang burung ditabur ayam kisar..nyum, nyum..

Amie said...

Alhamdulillah. Kasih sayang anak terhadap orang tuanya. Moga Allah sentiasa permudahkan urusan H.

fanny_dcatqueen said...

Tapi tempat ini jual durian juga kah kak? Saat lihat ada kata durian, saya pikir tadi ya tempat jualan durian 😁.

NA said...

Tiada jual durian.

NA said...

Nama tempat sahaja Durian Tunggal.

mamapp said...

tak penah sampai lagi kedai ni. .. nampak sedap2 juga makanan kat sini

dear anies said...

harga kat sini okey tak NA?