Nuffnang

Sunday, September 8, 2013

Nau Mai, Haere Mai Ki Aotearoa


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Nau Mai, Haere Mai Ki Aotearoa dalam bahasa Maori bermakna Selamat Datang Ke New Zealand. Jauh di perantauan. Diri ini di Christchurch. Kawasan spesifik. Papanui. Kesejukan menyapa kami (saya,emak,adik bongsu si M dan abah). Lapar sesangat. Pukul 1 tengahari lebih di sini. Balik rumah adik nombor 3, si H terus balun nasi ayam. Lepas tu tidur sebab tak lena tidur dalam kapal terbang. 

Melawat adik H dengan anak buah buah baru lahir si Aidan. Lahir seminggu awal. 

Saya dijangka tinggal selama 21 hari. Adik M pula sampai visa habis iaitu 90 hari. Dia insya Allah akan ambil peperiksaan. Harap dia berjaya.

Sedut udara yang berbeza memang seronok. Nyaman. Sesuai untuk diri melarikan seketika dari rumah.

 
Lauk Hari Ke-2 Sup Kambing


Aidan Di Pangkuan Emak
 
Ucu Dan Aidan

 

Saturday, August 24, 2013

Pendam


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Pendam perasaan memanglah tak elok. Itulah masalah saya, suka pendam dan tidak luahkan pada orang lain. Manakan tidak, saya kurang percaya nak beritahu masalah/luahan saya Takut dorang tak faham dan beri pendapat yang merepek dan menyakitkan hati. Atau ada yang memperlekehkan saya apabila tahu masalah saya.

Lama-lama pendam, ia akan memakan diri. Boleh mengamuk secara tiba-tiba. Masalah-masalah tersebut akan mengganggu psikologi dan mungkin juga fizikal saya. Kadang-kadang saya harap masalah-masalah tersebut hilang seperti di angin lalu atau saya boleh teruskan hidup secara biasa. Agaknya saya kena jumpa pakar terapi ataupun orang yang tahu memberi penyelesaian pada saya. Saya  tersedar apabila tengok salah satu siri 'Pregnant In Heels', Rosie Pope yang menjadi 'penyelamat' kepada wanita-wanita yang mengandung menghadapi isu-isu berkaitan bayi. Rosie pun hadapi masalah yang terpendam lama yang muncul ketika dia mengandung anak ke-3 di mana anak tersebut merupakan anak perempuan pertama. Dia tak buat persiapan langsung untuk menyambut bayi tersebut apatah lagi  teruja. Dia seolah-olah dalam keadaan penafian dia sedang mengandung anak perempuan yang pertama. Suami dia yang menyedari yang dia ada masalah. Rupa-rupanya dia ada isu dengan ibunya yang tidak tunjuk kasih sayang pada dia. Dia takut dia akan jadi macam ibunya yang tidak menunjukkan kasih sayang pada anak perempuannya. Takut ada hubungan dingin ibu-anak perempuan. Jadi pembantunya membantu dia jumpa kaunselor/pakar terapi, bawa dia ke kelas balet yang dipenuhi budak-budak perempuan comel berpakaian merah jambu yang menyapa Rosie dengan manja. Saya  rasa saya pun kena buat begitu tetapi masalah saya tak samalah macam masalah Rosie. Saya perlukan sokongan orang yang hulurkan bantuan dengan cara yang betul macam suami Rosie yang dapat kesan Rosie bermasalah dengan bayi perempuan dan pembantunya yang membantu dia berdepan masalahnya. Mana saya nak cari orang yang sebegitu? Jadi buat masa ini belum ada lagi orang yang dapat tolong saya sebab dorang tak nampak apa masalah saya. Kira kena buat diagnostik kut.

Apapun sekarang ini saya bergantung pada Allah dan saya luahkan masalah saya padaNya. Kekuatan saya sekarang yang buat saya mampu sembunyikan masalah daripada orang lain dengan izin Allah. 

Thursday, August 1, 2013

Nak Ucap


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat Berpuasa. Lama tak menulis. Cerita pasal Moscow,Volgo dan St. Petersberg tu nantilah bila seruan dapat keluarkan gambar daripada kamera digital ada.

Cuma nak ucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya. 

Nanti saya melawat blog-blog lain. Insya Allah. 

P.S: Rasa macam nak memencilkan diri jer.



Wednesday, July 3, 2013

Panduan Waktu Solat Apabila Bermusafir


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Solat fardu adalah kewajipan yang perlu dilakukan di mana sahaja kita berada. 

Masalah adalah apabila kita merantau dan di sana tiada azan untuk pemberitahuan masuk solat. Saya mengalami masalah tersebut. Jadi bagi pengembara bolehlah rujuk pada laman ini. Jadi pada bahagian prayerfinder, pilih negara yang dilawati. Seelok-eloknya buka laman ini sebelum pergi ke sesuatu tempat. Jangan macam saya lepas dah lawat baru nak buka. Contoh boleh tengok di bawah. Klik untuk besarkan.

Waktu Solat Rusia Dipaparkan Bandar-Bandar Utama Seperti Moscow Dan St Petersburg

Ok itu sahaja saya nak kongsi. Jumpa lagi...

Tuesday, July 2, 2013

Google Reader Dah Takde


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari ni secara rasmi google reader dah takde. Isk rasa pelik dan kosong sebab memang setiap kali buka laman, google reader saya buka dulu tengok pos-pos terkini daripada blogger-blogger yang saya langgan.

Akan ambil masa untuk biasakan diri. Harap-harap pihak google akan sediakan platform baru seperti google reader.

Jumpa lagi.

P.S: Rasa tempang je takde google reader. Perkhidmatan yang bagus.

Selamat Tinggal Google Reader. Hampir 4 Tahun Gunakan Servis Ini


Tuesday, June 25, 2013

Salam Dari Volgograd


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...
Selamat sampai ke Volgograd semalam tengahari dari Moscow.
Di Hotel Yuzhniy ni ada komputer percuma dan internet percuma! Dapatlah melayari internet dan melawat blog orang.Wehehe...

Sini cuaca macam di Cameron Highlands. Panas dan nyaman. Cuma Sabtu lepas di Moscow mendung dan berangin. Sedih pula baca pos yang Malaysia tengah teruk berjerebu.

Oklah nak sarapan pagi. Jumpa lagi. Harap-harap dapat letak gambar kemudian.

Sunday, June 16, 2013

Nak Terbang


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Insya Allah takde aral Jumaat ni saya nak terbang ke Moscow (transit dahulu ke Frankfurt) kemudian ke Volgo selama 10 hari. Melawat adik, si M yang akan menamatkan pengajian.

Doakan saya dan sekeluarga selamat. Moga bertenaga nak berjalan-jalan dan bersiar-siar.Cuaca ketika ini di sana siang panas malam sejuk macam di Cameron Highland.

Ok jumpa lagi.