Nuffnang

Tuesday, October 15, 2013

Tentang Sambutan Raya Aidil Adha


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, saya dan emak selamat pulang ke rumah. Beraya. Buat lontong dan soto di samping rendang dan lemang. Semalam berbuka dengan barbeku kambing. Rasa diri sangat dilimpahi dengan makanan sedap. Syukur dapat saudara-mara yang pandai masak. Tu rasa lagi suka makan makanan yang dimasak daripada makanan luar. Hehe kalau tak sedap mesti diri ini akan rasa menyesal beli.

Menguji kesabaran juga semalam. Mungkin penat lepas tu kena cari barang-barang masak di TESCO dan Cowboys.
Gambar Lama


Perasaan rasa tak seronok sangat raya. Takpelah salahkan diri sendiri yang tak sempurna, kurang sabar. Oklah jumpa lagi. Gambar juadah raya haji boleh tengok pos ini.
 

Monday, October 14, 2013

Selamat Berpuasa Hari Arafah


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...


Bersiaran dari SMK Bukit Rambai. Temankan mak(sebenarnya menyibuk di pejabat emak). Sempatlah tidur sekejap di surau sebelum tu. Ngantuk katakan. Ni segar sedikit jadi ambil kesempatan kemaskini blog. Kebetulan internet sini laju sebab tak ramai kakitangan yang guna.


Alhamdulillah tercapai hasrat untuk puasa walaupun tak bangun sahur. Tulisan hari sama tahun lepas boleh baca di sini.

Saya nak kongsi gambar-gambar ketika di Christchurch dan gambar budak yang semakin gebu, si Aidan berumur 4 minggu. Waktu gambar Aidan diambil, kitaorang dah kat Malaysia. Gambar-gambar ihsan dari kamera adik dan abah. 

Takde aral nanti buka puasa dengan kambing bakar dengan segala hidangan Barat sampingan di kampung. Insya Allah :)

Aidan Ketika Pemeriksaan Doktor

Sebelum Masuk Haruslah Bergambar Di Hadapan Papan Tanda
 
Pengembara Antartika Dan Abah


Churros Ditaburi Serbuk Kayu Manis Dan Pencecah Coklat


Sunday, October 13, 2013

Terima Kasih Membaca!


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Baru je balik dari kampung. Sebenarnya saya patut tinggal di kampung dari hari Khamis sehingga Selasa tapi risau mak balik sorang-sorang malam-malam. Alasan lagi satu saya rindu katil saya. Haha. Oklah esok kena teman emak pergi sekolah dan kemudian balik semula kampung.

Hehe di kampung sakan saya main Sugar Crush daripada telefon bimbit berbeza. Daripada telefon makchek, Aiman, Awie, Irsyad dan tab Afif. Dorang semua tak berapa mahir main atau dah lama tersekat pada satu tahap suruh saya naikkan. Hehe. Tahap sebenar saya dah 150 lebih tapi pada iPad adik. Dia tinggal Christchurch sampai bulan 12 sebab nak ambil periksa jadi saya tak dapat main. Saya cakap kat emak saya patut ada permainan tu pada telefon bimbit sendiri. Tersirat daripada ayat tu sebenarnya suruh mak belikan telefon untuk saya. Haha nak kena lempang saya ni. Telepati jerla moga-moga mak rasa pemurah nak kasi satu. 

Esok hari Isnin bolehlah puasa sunat. Apa saya baca puasa esok insya Allah dosa setahun lepas dan setahun akan datang diampunkan. Kalau saya silap beri penerangan, tolong tegur ya.

Selamat Hari Raya Aidil Adha semua pembaca. Terima kasih atas sokongan sama ada pembaca senyap, pelawat atau penulis blog lain. 

Thursday, October 3, 2013

Makanan Untuk Fikiran


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari ni rasa ceria sahaja, gembira menonton tv dan sambil-sambil merenung nikmat Allah yang dirasai.

Jetlag dah hilang. Hampir seminggu dalam dunia sendiri. Tidur awal bangun awal terpisat-pisat fikir eh aku kat mana? Kadang-kadang rindu dengan rumah adik sampai termimpi-mimpi aku terbang semula ke Christchurch dan adik terkejut melihat diri ini di depan pintu rumah. Macam antara realiti dan fantasi bercampur-baur. Kadang-kadang rasa macam diri masih di sana.

Kuat penangan melancong ni. Make you wonder and ponder. Make you think broader than usual. Make you feel that you are blessed WITH everything. Finally make you fresh and alive.

Welcome back to reality and home dear ME! Subhanallah
 

Tuesday, October 1, 2013

Pemenang My Kitchen Rules 2013 Dan Pemenang Masterchef Australia Siri 5


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Pemenang My Kitchen Rules 2013 ialah Dan dan Steph. Tengok episod akhir di NZ. Bagi yang tak sabar-sabar nak tahu. 

Pemenang Masterchef Australia Siri 5/2013 ialah Emma.

Ok terima kasih yang bertanya.

Monday, September 23, 2013

Selamat Tinggal


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sedih. Esok saya akan pulang ke Malaysia. Penerbangan dalam pukul 6 pagi lebih. Betapa saya seronok di sini. Sukakan suasana yang masih penuh dengan keindahan alam semulajadi: pokok-pokok, bunga-bunga. Cuacanya yang dingin yang sekali-sekala datang angin yang sungguh sejuk dari Antartika. Untuk pengetahuan yang masih belum tahu New Zealand ni sangat dekat dengan Antartika. Saya baru tahu juga apabila hari Rabu lepas saya pergi Pusat Pameran Antartika. Kalau dalam km, jarak Christchurch dan Antartika ialah 4720.20 km. Kalau dalam batu nautika ialah 2548.70. Antartika ni benua yang paling sejuk, paling kering (lebih kering daripada gurun panas) dan paling kuat angin. Hehe pengetahuan diambil daripada pameran. Takde salji cuma air batu. Jadi bayangkan angin dari Antartika ni berhembus ke Christchurch. Sejuk nak mampus. Ada hari saya pakai 2 lapis baju sejuk campur baju biasa. Kira 3 lapis ler. Abah saya macam tak puas hati saya pakai tebal-tebal atau dia kata baju saya pakai bukan baju sejuk menawarkan diri belikan baju sejuk yang sebenar-benarnya. Beli di pasar minggu. Harga NZ$10. Murahlah tu. Hehe saya cakap apsal tak belikan baju sejuk yang betul-betul macam orang Eskimo pakai tu, baju sejuk guna bulu binatang. Banyaklah loyar buruk saya.

Doakan keselamatan saya balik esok. Saya akan rindu layanan baik adik dan adik ipar terutama makanan. Tetap makan nasi hari-hari dengan lauk-lauk seperti di Malaysia. Jadi takdelah pulun sahaja daging kambing dengan pizza. Nyum-nyum. Akan sentiasa dalam ingatan bila rindu dengan tempat ini. 

Tak tahu bila akan lagi ke sini. Kos tambang memang tinggi bagi saya. Kena menabung semula kalau nak datang lagi :)
 

Tuesday, September 17, 2013

Musim Bunga Semakin Hampir


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Masih lagi bersiaran di Christchurch. Tinggal seminggu sebelum pulang ke Melaka. Cepat masa berlalu.

Takde buat apa sangat di sini. Pergi beli barang runcit, pasar minggu, buat BBQ, jalan-jalan petang ambil angin dan melawat Taman Botani Christchurch. Taman ni saya pernah lawat. Masih lagi cantik dan dipenuhi bunga-bunga serta pokok. Ada sebahagian kawasan masih dalam pembaikan selepas gempa bumi 2011.

Ok selamat menjamu mata. Sekarang dah hampir musim bunga.