بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Alhamdulillah dah seminggu puasa. Sini puasa bermula hari Jumaat. Rasa pelik juga masa hari Khamis minggu lepas saya sarapan pukul 9 pagi teringat orang-orang Malaysia tengah sahur. Janggal betul. Nasib baik dapat luahkan pada kenalan rasa sedih dan luar biasa sebab tak puasa hari itu.
Buka puasa hari pertama kelam-kabut sebab Aidan (anak sedara) meragam nak Mami dia yang sibuk goreng ayam. Hoho buka puasa sini awal pukul 5 petang macam sarapan petang tapi dah hampir gelap. Sayapun macam keliru la dengan waktu sini. Ada hari itu orang hantar barang runcit dari Countdown datang pukul 3 petang, Saya sapa orang tu "Good evening" tapi orang tu apabila dah habis letak barang-barang runcit jawab balik "Good afternoon". Pelik betul tengahari apebende. Matahari memanglah memancar terang-benderang tapi dah Asar. Keliru sekejap.
Saya dah boleh buat unggun api. Hoyeah lama-lama jadi mudah. Macam tugas hakiki diri ini untuk buat unggun api apabila sejuk.
Pengetahuan baru: New Sea Land= New Zealand :0 Sini saya banyak tengok kuiz dari UK dan Australia macam The Chase, Pointless, One Million Dollars petang-petang waktu hampir berbuka.
Selamat berpuasa semua. Macam mana puasa korang?